web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 16 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penyanyi Aaron Carter Ditemukan Tidak Bernyawa Di Dalam Tab Mandi Di Kediamannya

Penyanyi berusia 34 tahun yang juga merupakan adik kepada salah seorang anggota Backstreet Boys iaitu Nick Carter itu meninggalkan seorang bayi berusia 1 tahun.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Nov 2022 1:08PM

Aaron Carter di sebuah acara di Hollywood pada tahun 2006 - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi dan rapper terkenal Hollywood, Aaron Carter, 34, ditemukan tidak bernyawa di dalam tab mandi di kediamannya yang terletak di Lancaster, California.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh TMZ, jurucakap polis telah memberitahu mereka telah menemui mayat Aaron yang juga merupakan adik kepada salah seorang anggota kumpulan Backstreet Boy iaitu Nick Carter pada jam 10.58 pagi.

Bagaimanapun, punca kematiannya masih dalam siasatan pihak berkuasa dan kediaman Aaron turut dipasang pita.

Sebelum ini media pernah melaporkan Aaron bergelut dengan masalah kemurungan dan tekanan hidup selain dikatakan terlibat dengan pengambilan bahan terlarang. Aaron juga pernah dimasukkan ke pusat pemulihan (rehab).

Sementara itu, dia media sosial, rata-rata netizen meluahkan rasa sedih dengan berita kematian Aaron. 

Ada pengguna media sosial memberitahu bahawa dia baru sahaja menonton sesi siaran langsung Aaron dua hari yang lepas dan tidak menyangka hari ini dia mendapat perkhabaran bahawa Aaron sudah tiada. 

Selebriti terkenal Hollywood, Hilary Duff turut berkongsi ucapan dukanya dengan pemergian Aaron yang merupakan bekas teman lelakinya sewaktu remaja.

“Kepada Aaron, saya sangat kesal bahawa kehidupan ini sangat sukar buat anda dan anda terpaksa bergelut di hadapan seluruh dunia. 

“Kamu punya pesona yang sangat menawan dan pernah membuatkan jiwa remajaku jatuh cinta kepadamu. Bersemadilah dengan tenang,” tulisnya. 

Aaron turut memiliki seorang anak lelaki bernama Prince Carter yang kini berusia setahun hasil hubungannya bersama bekas tunang iaitu Melanie Martin.  – Getaran, 6 November 2022

Isu Pada

Azira Shafinaz: Kenapa 2022 Adalah Tahunnya

05 Nov 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Pengawal Keselamatan Mati Diserang: Kes Diklasifikasi Semula Sebagai Bunuh 

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Ananda Krishnan Meninggal Dunia

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Raja Petra Meninggal Dunia

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

Penyanyi Veteran, Jay Jay Meninggal Dunia

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ