web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Rebut Hadiah Lumayan Sempena Ulang Tahun Ke-2 Pop Meals

Sempena ulang tahun keduanya, Pop Meals menawarkan pelbagai hadiah menarik bernilai RM122,222, termasuk iPhone 14 Pro dan tawaran hidangan sepanjang tahun.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Nov 2022 6:02PM

Bagi yang pernah menikmati hidangan yang mereka sediakan, pasti anda tahu mengapa jenama yang satu ini mampu meraih pencapaian ini - Gambar ihsan Pop Meals

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Restoran makanan segera Malaysia, Pop Meals kini menyambut ulang tahun keduanya dengan 81 peratus kadar pelanggan setia mereka. Sejak dibuka pada November 2020, jenama makanan segera Malaysia itu telah menyediakan lebih daripada 2 juta hidangan menerusi 32 cawangan miliknya. 

Bagi yang pernah menikmati hidangan yang mereka sediakan, pasti anda tahu mengapa jenama yang satu ini mampu meraih pencapaian ini. Sudah pasti hebahan dari mulut ke mulut meningkatkan popularitinya. 

Untuk merebut hadiah yang ditawarkan, pelanggan harus muat turun aplikasi Pop Meals dan kemudian buat pembelian untuk melayakkan anda mendapat balingan dadu untuk permainan ‘Snacks & Ladders Pop Meals’
Untuk merebut hadiah yang ditawarkan, pelanggan harus muat turun aplikasi Pop Meals dan kemudian buat pembelian untuk melayakkan anda mendapat balingan dadu untuk permainan ‘Snacks & Ladders Pop Meals’

Sempena ulang tahun keduanya, pelanggan yang turut serta dalam permainan aplikasi mereka boleh meraih pelbagai hadiah menarik bernilai RM122,222, termasuk iPhone 14 Pro dan tawaran hidangan sepanjang tahun. Jadi, bagaimana cara untuk menyertai permainan dalam talian ini?

Untuk merebut hadiah yang ditawarkan, pelanggan harus muat turun aplikasi Pop Meals dan kemudian buat pembelian untuk melayakkan anda mendapat balingan dadu untuk permainan ‘Snacks & Ladders Pop Meals’. 

Setiap lontaran membawa pelanggan selangkah ke hadapan untuk memperoleh ganjaran seperti minuman percuma, makanan ringan, pencuci mulut dengan nilai ganjaran semakin tinggi apabila pelanggan maju ke hadapan di dalam permainan ini.

Mengulas tentang tawaran hadiah yang dijanjikan, Pengurus Besar Pop Meals, Shaik Ali memberitahu, ini adalah salah satu cara untuk menghargai pelanggan setia yang tidak pernah jemu memberikan sokongan setelah dua tahun Pop Meals berada di pasaran.

Dalam masa yang sama, beliau turut  berkongsi bahawa data menunjukkan lapan daripada 10 pelanggan Pop Meals kembali semula dalam beberapa hari ke cawangan mereka untuk membeli hidangan seterusnya dan kebanyakan pelanggan baharu itu mengetahui berkenaan jenama itu daripada keluarga dan rakan mereka.

“Tidak banyak yang menganggap menu seperti mac & cheese, ayam buttermilk telur masin atau nasi ayam kicap sambal gesek apabila bercakap mengenai makanan segera. Perbezaannya di sini adalah jenama Pop Meals menyajikan makanan segera lazat yang dicipta khas untuk rakyat Malaysia dengan kaedah penyediaan pantas” ujar Shaik Ali.

Untuk maklumat lanjut tentang menu dan permainan dalam talian, pelanggan boleh melayari laman web www.popmeals.com.my. - Getaran, 6 November 2022

Isu Pada

Azira Shafinaz: Kenapa 2022 Adalah Tahunnya

05 Nov 2022

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh