web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRU-15: Ahmad Idham Tumpukan 3 Perkara Di Port Dickson - Pelancongan, Pendidikan Dan Nasib Askar Veteran

Dr. Ahmad Idham berkata, amanah ini diberikan kerana penerimaan masyarakat sendiri atas penilaian mereka terhadap gerak kerja yang telah dia lakukan sebelum ini.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Nov 2022 12:05PM

Ahmad Idham di samping ibunya, Zakiah Mohd Salleh (tudung putih) dan isterinya, Japeah Abdul Aziz atau Amy (tudung biru) - Gambar ihsan Dr. Ahmad Idham

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penerbit dan pelakon, Dr Ahmad Idham yang juga calon yang mewakili parti Gerakan Tanah Air (GTA) di Parlimen Port Dickson pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) berazam mahu memberikan tumpuan terhadap beberapa perkara utama di bandar itu. 

Selain menjadikan menjadikan Port Dickson sebagai bandar pelancongan popular, dia juga mahu Port Dickson dikenali sebagai Hab Pendidikan Khas serta menangani permasalahan dalam kalangan askar veteran. 

Idham berkata demikian pada hari penamaan calon semalam sebaik sahaja dia diumumkan sebagai sebagai calon No. 4 Parlimen P132 Port Dickson di Kompleks Pejabat Daerah dan Tanah Port Dickson. 

“Sebelum ini saya hanya berfikir soal kerja membantu dan mempermudahkan masyarakat melalui pertubuhan tanpa menyangka akan diangkat sebagai calon parlimen. 

“Saya melihat amanah ini diberikan kerana penerimaan masyarakat sendiri atas penilaian mereka terhadap gerak kerja yang telah saya lakukan sebelum ini.

“Saya tidak akan berganjak daripada paksi perjuangan saya seperti yang telah saya nyatakan sebelum ini dengan menjadikan Port Dickson sebagai bandar pelancongan popular dengan menambah baik segala infrastruktur dan fasiliti serta memperbanyakan aktiviti di sini agar dapat meningkatkan ekonomi tempatan melalui industri pelancongan,” katanya. 

Jelas Idham lagi, perjuangan menjadikan Port Dickson sebagai Hab Pendidikan Khas serta bandar pelancongan yang mesra OKU juga menjadi antara nadi perjuangannya. 

“Selain itu, saya telah mendengar dan dalam proses mendapatkan maklumat penuh berkenaan isu veteran askar yang berpencen mahupun yang tidak berpencen. 

“Selaku Naib Pengerusi Persatuan Suara Patriotik Rakyat Malaysia (PSPRM) Negeri Sembilan, saya akan terus berperanan agar permasalahan yang ada dalam kalangan askar veteran dapat kita selesaikan dengan mengikut lunas dasar dan akta yang telah diperuntukkan. 

“Sekiranya perlu untuk digubal dasar dan akta yang baru maka saya akan menjadi penggerak agar permasalahan yang ada dapat kita atasi sebaiknya. 

“Sebagai seorang anak askar, saya sangat memahami permasalahan yang sering menjadi polemik dalam kalangan veteran. 

“Pencadang dan penyokong saya sebentar tadi juga merupakan bekas anggota polis dan bekas anggota tentera yang sering berkongsi dapatan secara organik terhadap permasalahan yang ada. 

“Akhir kata, selagi hayat dikandung badan maka selagi itulah saya wajib melaksanakan amanah yang telah diberikan. Semoga Allah memberikan kekuatan kepada saya untuk terus berbakti dan berkhidmat kepada rakyat khususnya masyarakat di Port Dickson,” katanya. - Getaran, 6 November 2022

Isu Pada

Azira Shafinaz: Kenapa 2022 Adalah Tahunnya

05 Nov 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Lelaki Cedera Parah Diserang Buaya Ketika Menjala

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Ibu Didakwa Bagi Anak Usia 1 Tahun Minum Racun

3

Semasa 1 bulan yang lalu

APMM Gagalkan Kemasukan 15 Pendatang Tanpa Izin Di Perairan Port Dickson

4

Semasa 3 bulan yang lalu

RUU Hadkan Tempoh Perkhidmatan PM Gagal Diluluskan, Hanya Terima Sokongan 146 Ahli Parlimen 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan