web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ambil Aura Najwa Latif, 'Malu' Nyanyian Syafiq Naser Buat Peminat Terkenang Cinta Monyet

Syafiq tidak menolak single baharunya iaitu 'Malu' banyak dipengaruhi pelantun lagu 'Cinta Muka Buku' itu.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Nov 2022 6:00PM

Gambar Indigital Music

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebut sahaja nama Syafiq Naser, ramai yang mengenalinya sebagai jejaka ceria dengan parodi lucu di media sosial. Namun, tidak ramai yang menyedari lelaki berusia 27 tahun ini juga merupakan seorang penyanyi. 

Pernah tampil dengan lagu 'Lenggang', terkini Syafiq bergelar penulis lirik dan komposer dengan menampilkan lagu ciptaannya sendiri bertajuk 'Malu' sebagai taruhan terbaru. 

Kata anak kelahiran Perak ini lagi, lagu 'Malu' sudah mula dicipta sejak 10 tahun yang lalu ketika dia masih bangku sekolah. Kerana zaman itu muzik daripada penyanyi Najwa Latiff sedang meledak, Syafiq tidak menolak 'Malu' banyak dipengaruhi oleh pelantun lagu 'Cinta Muka Buku' itu.

“Memang ini merupakan lagu yang sudah dicipta sejak zaman persekolahan lagi. Saya sendiri pernah memperdengarkan lagu ini kepada keluarga dan orang sekeliling ketika itu.

“Ramai yang kata lagu ini macam ada aura ala-ala muzik Najwa Latiff. Sebenarnya ketika 'Malu' dicipta, memang Najwa sedang meningkat naik. Secara tidak langsung saya terinspirasi sehingga muzik Najwa memberikan pengaruh yang kuat kepada karya saya. Lagipula kami sebaya. 

“Ada juga yang mengatakan bila dengar lagu itu mereka terkenang zaman cinta monyet mereka 10 tahun lepas. Malu akan memulangkan kembali anda ke zaman sekolah dalam susunan muzik yang moden,” katanya ketika ditemui Getaran di ibu negara baru-baru ini.

Gambar Indigital Music
Gambar Indigital Music

Bercerita mengenai perjalanannya sebagai penyanyi, Syafiq mengakui pernah terkilan apabila lagunya sebelum ini tidak menepati sasaran seperti yang diharapnya. Mana tidaknya, dengan jumlah pengikut yang ramai di media sosial, ramai yang berharap lagunya akan hit serta merta. 

“Saya sebenarnya agak sedih dan terkilan sedikit. Mungkin ada kesilapan juga daripada pihak saya yang tidak cukup berusaha. Lagipula, sekarang ini banyak artis baru yang muncul bagai cendawan tumbuh. Nak bertanding dengan mereka memang sukar. Ikut rezeki juga.

“Saya pernah terfikir adakah saya patut berhenti bernyanyi dan fokus kepada bidang lain seperti lakonan? Tapi ramai yang merasakan saya perlu teruskan bernyanyi,. 

“Ada juga merasakan lenggok suara saya lebih sesuai dengan muzik balada atau timur tengah. Mungkin selepas ini jika ada rezeki saya mahu cuba menyanyikan muzik dengan alunan sebegitu,” tambahnya yang baru sahaja selesai membintangi teater Maduku Terpaling Kalut pada September.

Gambar Indigital Music
Gambar Indigital Music

Pembikinan lagu dan video klip 'Malu' telah menerima Dana Pemasaran Muzik Malaysia 2022 daripada Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOM).

'Malu' boleh distrim di semua platform digital dan video muzik pula boleh ditonton di YouTube Syafiq Naser. - 5 November 2022 

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Reeve Damien Akui Tugas Sebagai Pengarah Muzik Suke TV  Mencabar, Anak AC Mizal Teringin Berkolaborasi Dengan Sonaone 

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Aiman Tino Rancang Jadi Penerbit Program ‘Travelog’

3

Muzik 3 tahun yang lalu

Ayu Damit Nafi Lagu ‘Kejam’ Yang Berkisar Tentang Kecurangan Punya Kaitan Dengan Isu Syamsul Yusof 

4

Muzik 3 tahun yang lalu

Tak Pernah Menyesal Lalui Pengalaman Sukar Sebagai Penyanyi, Aman Aziz Kini Pertaruhkan 'Satu Hari Saat Hujan'

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN