Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Aktres Legenda, Jaya Bachchan Tak Kisah Jika Cucu Perempuannya Memiliki Anak Sebelum Berkahwin 

Jaya Bachchan yang cukup akrab dengan cucu perempuannya, Navya Neveli Nanda menyatakan perkara itu dalam podcast Navya, What The Hell Navya , baru baru ini. 

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Oct 2022 5:05PM

Jaya Bachchan dan cucunya, Navya Neveli Nanda. - Gambar dari Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Aktres veteran, Jaya Bachchan yang juga isteri kepada superstar legenda, Amitabh Bachchan mengakui tidak kisah jika cucu perempuannya, Navya Neveli Nanda mempunyai anak luar nikah. 

Jaya Bachchan yang cukup akrab dengan cucunya itu menyatakan perkara itu dalam podcast Navya, What The Hell Navya yang bertajuk 'Modern Love: Romance & Regrets' baru baru ini. 

Dalam temubual tersebut, Jaya telah menekan tentang kepentingan keintiman hubungan fizikal dan berpendapat semua orang tidak menganggap ia sebagai sesuatu yang tabu kerana ia adalah kunci kepada hubungan yang berpanjangan. 

Menurut Jaya, sesebuah hubungan tidak akan mampu bertahan dengan bersandarkan cinta dan penyesuaian diri semata-mata, sebaliknya ia harus dilakukan secara eksperimen. 

Katanya lagi, pada zaman dulu, mereka tidak boleh melakukannya (eksperimen) tetapi generasi hari ini mempunyai kebebasan untuk berbuat demikian. 

Jaya Bachchan mempunyai hubungan yang akrab dengan cucunya, Navya.
Jaya Bachchan mempunyai hubungan yang akrab dengan cucunya, Navya.

“Mengapa tidak kerana ia penting untuk memastikan hubungan mereka bertahan lama. Jika tidak mempunyai hubungan fizikal, ia tidak akan bertahan dan anda tidak boleh bersandarkan dengan cinta dan penyesuaian diri semata-mata,” katanya. 

Jaya selanjutnya memberitahu bahawa situasi generasi muda hari ini amat berbeza dengan zaman selepas dia dan anak perempuannya, Shweta Bachchan. 

“Ramai yang melakukan hubungan fizikal tetapi kemudian berasa bersalah. Tidak apa jika anda melakukannya dan kemudian berasakan hubungan anda tidak ke mana. Anda hanya perlu menerimanya. 

“Tetapi, mengapa perlu menjadi hipokrit?  Setiap gadis muda melaluinya dan mereka merahsiakannya daripada keluarga mereka. 

“Mungkin, mereka tidak mahu memperkatakan tentang hubungan fizikal mereka tetapi mengapa ia seharusnya menjadi tabu di kalangan kita semua?,” soalnya. 

Jaya turut memberikan nasihat yang berguna buat generasi muda hari ini. 

“Oleh kerana terdapat kekurangan emosi dalam percintaan hari ini. Saya fikir anda harus berkahwin dengan sahabat anda. 

“Anda harus mempunyai kawan yang baik, anda harus berbincang dan berkata:

“Mungkin saya ingin mempunyai anak dengan anda kerana saya suka anda, saya rasa anda baik, jadi mari kita berkahwin.

“Tapi, saya juga tidak mempunyai masalah jika anda mempunyai anak tanpa perkahwinan. Saya tiada masalah,” katanya yang turut menunjukkan perkara tersebut kepada cucunya. – Getaran, 30 Oktober 2022 

Isu Pada

Azira Shafinaz: Kenapa 2022 Adalah Tahunnya

29 Oct 2022

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini