web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pengunjung Berpeluang 'Terbangkan' Pesawat ATM Di Jelajah AKM Pahang

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Oct 2022 8:50PM

Ia antara tarikan yang disediakan dalam memberi kelainan kepada pengunjung AKM. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Pengunjung program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Pahang berpeluang merasai sendiri pengalaman 'menerbangkan' pesawat pejuang milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di pekarangan Stadium Darul Makmur di sini. 

Setiausaha Bahagian, Bahagian Industri Pertahanan Kementerian Pertahanan Fazidah Mustafa berkata ia merupakan antara tarikan yang disediakan dalam memberi kelainan kepada pengunjung AKM dan berharap para peminat aset pasukan keselamatan itu tidak melepaskan peluang untuk mencubanya. 

"Ada simulator yang pengunjung boleh cuba sendiri dan akan rasa macam kita terbangkan dan turunkan pesawat pejuang, itu antara tarikan untuk orang ramai yang nak cuba dan boleh lebih mendalami kerjaya sebagai tentera," katanya kepada Bernama. 

AKM Pahang yang berlangsung selama tiga hari bermula semalam diterajui Kementerian Pertahanan dengan tema 'Keluarga Malaysia Teras Pertahanan Negara’ dan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini. 

Mengulas lanjut, Fazidah berkata terdapat pameran kerjaya bagi ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM iaitu udara, darat dan laut selain pendaftaran askar wataniah. 

Beliau berkata warga Pahang, khususnya penduduk Kuantan, juga berpeluang melihat lebih dekat pameran aset ATM seperti kenderaan berperisai 8x8 GEMPITA, Command Rover GK Mk-1, 7 tan Radar Skyguard dan VAMTAC pembawa senjata IGLA SLU. 

Turut dipamerkan helikopter Agusta 109 LOH,  helikopter tempur ringan MD530G, kenderaan berperisai LIPAN BARA, meriam 105mm, meriam 155mm, kenderaan High Mobility Tactical Vehicle (HMTV) dan kenderaan berperisai ACV ADNAN. 

Fazidah berkata lebih menarik, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) turut menonjolkan peralatan menyelam Pasukan Khas Laut (PASKAL) dan senjata canggih selain replika pesawat serta Sekolah Latihan Tempur Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

"Kita juga ada persembahan gabungan iaitu ‘bagpipe’ dan tambor oleh ATM, kawad senyap oleh TLDM dan drumline oleh TUDM yang diadakan secara berjadual sepanjang AKM berlangsung,” katanya. 

AKM Pahang juga berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah (SASICC) dari 9 pagi hingga 9 malam dengan pelbagai program antaranya pameran usahawan industri kecil dan sederhana selain jualan barangan harian serta keperluan asas yang ditawarkan pada harga lebih rendah berbanding harga pasaran. - Bernama

Isu Pada

Azira Shafinaz: Kenapa 2022 Adalah Tahunnya

29 Oct 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

Nahas Hornet: PM Zahir Simpati, Arah Siasatan Menyeluruh

2

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Luang Masa Lawat Pameran Era Pasca Normal Madani

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kapal Tempur Pesisir Pertama Dijangka Turun Ke Air Pertengahan Tahun Ini

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh