Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Jangan Dibutakan Oleh Cinta, Jantung Berdegup Kencang Mungkin Masalah Kesihatan

Waspada apabila jantung anda berdegup kencang, mungkin bukan semata kerana cinta, tetapi masalah kesihatan yang harus diberi perhatian.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Oct 2022 12:00PM

Gambar hiasan

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pernahkah anda berada di situasi ini? Tapak tangan berpeluh-peluh, lutut terasa lemah dan jantung berdegup kencang. Ya, tidak mustahil perkara ini berlaku ketika anda mula-mula berjanji temu dahulu. Maklumlah gadis atau jejaka idaman berada di depan mata.

Namun, jangan salah membuat penilaian jika situasi ini sering berlaku. Lebih-lebih lagi ia berlaku pada waktu-waktu yang tidak sepatutnya. Dalam konteks perubatan, degup jantung yang laju mungkin menunjukkan gejala anda mengalami penguncupan ventrikel pramatang (PVC).

Pakar Perunding Kardiologi dan Elektrofisiologi dari Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway, Dr How Ann Kee berkata ia adalah perkara biasa jika hanya sesetengah orang yang pernah mengalami situasi ini, manakala sebahagian yang lain tidak.

“Bagi sesetengah orang, keadaan PVC mereka hanya dikesan pada elektrokardiogram (ECG) semasa pemeriksaan kesihatan. Walaupun PVC agak lazim berlaku, iaitu hampir 50 peratus individu pernah mengalami PVC sekurang-kurangnya sekali dalam hidup mereka, ini tidak bermakna PVC harus diabaikan, terutamanya jika ia mengganggu fungsi jantung atau menyebabkan gejala lain yang ketara,” ujar beliau.

Adakah PVC Perlu Dirisaukan?

PVC ialah impuls elektrik tambahan yang timbul daripada ruang bawah jantung (ventrikel). Ia menyebabkan degupan jantung terganggu. Anda mungkin berasa seperti jantung anda berdebar-debar kerana degupan jantung yang dilangkau atau degupan kuat yang luar biasa.

PVC biasanya tidak menimbulkan masalah kepada anda atau kesihatan anda, dan kebanyakan PVC adalah terpencil. Ini bermakna ia berlaku sekali dalam satu masa. Tetapi, perasaan degupan jantung dilangkau boleh membuatkan pesakit tidak selesa.

PVC merisaukan jika ia kerap berlaku. Menurut Dr Ann Kee, jika beban PVC melebihi 15 peratus, ia dianggap berlebihan dan boleh mengakibatkan disfungsi ventrikel kiri. Bagi memberi gambaran lebih jelas dalam konteks nombor, purata jantung manusia berdegup kira-kira 100,000 kali sehari, dan jika mengalami 15,000 PVC sehari bersamaan kira-kira 15 peratus beban PVC.

Punca Jantung Berdegup Kencang

PVC adalah perkara biasa, dan puncanya adalah idiopatik atau tidak diketahui. Dr Ann Kee menjelaskan bahawa PVC boleh berlaku kepada individu yang sihat dengan struktur jantung normal tanpa mengira peringkat umur. Ia juga boleh berlaku kepada pesakit yang mempunyai masalah jantung atau pernah menjalani pembedahan jantung.

Terdapat juga faktor kesihatan lain yang boleh memburukkan lagi keadaan PVC. Ini termasuklah:

  • Terlebih kafein
  • Ketidakseimbangan elektrolit
  • Kurang tidur
  • Pengambilan alkohol, tembakau atau dadah berlebihan

Adakah PVC Berbahaya?

Langkah pertama untuk mendiagnosis PVC adalah dengan melakukan elektrokardiogram (ECG). Doktor juga mungkin mengesyorkan monitor Holter yang akan merekod degupan jantung seseorang selama tempoh 24 jam.

“Ia akan menilai beban PVC, sekali gus menentukan pelan rawatan PVC yang sesuai,” jelas Dr Ann Kee.

Dalam sesetengah kes, doktor mungkin meminta pesakit melakukan ujian senaman stres yang dipantau sekiranya simptom didapati berkait dengan tenaga, atau ekokardiografi untuk penilaian struktur dan fungsi jantung. Keputusannya adalah lebih baik jika pesakit tiada penyakit jantung berstruktur kerana beban PVC yang tinggi boleh mengakibatkan disfungsi ventrikel kiri.

Bila perlu rujuk pakar?

Rawatan untuk PVC bergantung kepada beban PVC, gejala dan kehadiran disfungsi jantung. Bagi PVC yang jarang berlaku, pengurusan biasanya konservatif. Walau bagaimanapun, jika PVC kerap berlaku, dan pesakit mempunyai simptom, Dr Ann Kee akan mengesyorkan ubat-ubatan yang bertujuan untuk mengurangkan beban PVC.

“Tindak balas terhadap ubat adalah berbeza bagi setiap individu. Pada pesakit yang tidak bertindak balas terhadap ubat, kaedah ablasi kateter adalah disyorkan,” tambah Dr How.

Kajian elektrofisiologi (EPS) dan ablasi kateter ialah prosedur yang dilakukan pakar elektrofisiologi jantung, iaitu pakar kardiologi dengan subkepakaran dalam penyakit ritma jantung.

PVC biasanya tidak mengancam nyawa. Walau bagaimanapun, PVC yang kerap boleh mengakibatkan kegagalan jantung. Ablasi kateter boleh menghilangkan PVC dan meningkatkan fungsi jantung.

Pengesanan PVC sekurang-kurangnya akan mendorong penilaian terperinci pada jantung anda kerana pesakit dengan PVC didapati mempunyai keputusan perubatan yang lebih baik dan berpotensi disembuhkan jika dirawat lebih awal dan sewajarnya.

Bagi mendapatkan nasihat profesional dan maklumat lanjut mengenai Pusat Perubatan Sunway, anda boleh layari: sunwaymedical.com. - Getaran, 29 Oktober 2022

Isu Pada

Azira Shafinaz: Kenapa 2022 Adalah Tahunnya

29 Oct 2022

Sorotan

1

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

2

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

3

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

4

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

5

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

6

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright