Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Glass Skin, Tren Kecantikan Korea Idaman Ramai

Glass skin merupakan istilah yang digunakan untuk mewakili kulit yang sangat halus-mulus, anjal dan seolah-olah tidak memiliki pori-pori yang membawa kepada efek bercahaya seperti kaca.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Oct 2022 6:09PM

Sentiasa amalkan rutin penjagaan wajah yang tepat dan tidak sesekali mengabaikannya meskipun berada di luar rumah. - Gambar dari Glassskin

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Glass skin yang asalnya popular di Korea kini semakin mendapat perhatian di kalangan ramai wanita di seluruh dunia, terutama di negara-negara Asia termasuklah Malaysia. 

Ia merupakan istilah yang digunakan untuk mewakili kulit yang sangat halus-mulus, anjal dan seolah-olah tidak memiliki pori-pori yang membawa kepada efek bercahaya seperti kaca.

Mereka yang memiliki kulit seperti ini selalunya tampil lebih muda berbanding usia memandangkan kulit tampil menawan, sihat dan terhidrasi dengan baik. Solekan tebal semestinya tidak diperlukan memandangkan kulit tampil berseri-seri tanpa cacat cela.

Glass skin adalah kulit yang sangat halus-mulus, anjal dan seolah-olah tidak memiliki pori-pori. - Gambar hiasan dari unsplash
Glass skin adalah kulit yang sangat halus-mulus, anjal dan seolah-olah tidak memiliki pori-pori. - Gambar hiasan dari unsplash

Jadi, bagaimana caranya untuk mendapatkan kulit berseri dan licin bagaikan kaca ini? Pertama, atasi masalah kulit wajah yang boleh menjejaskan penampilan tanpa solekan wajah. 

Jerawat, parut jerawat, pigmentasi adalah masalah kulit yang harus anda atasi apabila ingin memiliki kulit wajah glass skin. Ini kerana kunci utama untuk mendapatkan kulit wajah yang licin dan bercahaya adalah dengan memiliki kulit yang sihat. 

Jerawat boleh dialami oleh siapapun disebabkan sel kulit mati atau bakteria penyebab keradangan kulit. Selain memakai krim jerawat yang boleh didapatkan dari farmasi atau klinik, anda juga boleh merawat masalah jerawat secara semula jadi dengan menggunakan campuran minyak pati pokok teh dan madu. 

Kemudian anda perlu amalkan rutin penjagaan yang tepat. Jangan malas biar pun penat setelah seharian berada di luar, jangan sesekali mengabaikan rutin perawatan wajah demi penampilan kulit wajah yang diidamkan. Secara ringkas, berikut ini adalah langkah-langkah penjagaan kulit yang disarankan untuk mendapatkan kulit wajah glass skin.

Bersihkan wajah melalui double cleansing, iaitu menggunakan pembersih wajah berbahan dasar minyak (oil based), kemudian lanjutkan membersihkan wajah dengan gel pembersih berbahan dasar air (water based).

Gunakan pembersih wajah yang mengandungi skrub halus untuk mengecilkan pori-pori dan menghilangkan kusam di wajah.

Jangan sesekali mengabaikan rutin perawatan wajah demi penampilan kulit wajah yang diidamkan.
Jangan sesekali mengabaikan rutin perawatan wajah demi penampilan kulit wajah yang diidamkan.

Hindari penggunaan toner wajah yang mengandung astringen kerana ia boleh mengeringkan kulit. Sebaliknya, pilihlah toner wajah dengan kandungan pelembap sekali gus pencerah kulit. 

Setelah menggunakan toner wajah, jangan lupa pakai micro essence dan serum yang berfungsi untuk mengunci kelembapan wajah dari dalam dan menghidrasi secara maksimum. 

Gunakan pelembap sesuai jenis kulit untuk menghindari munculnya jerawat sekali gus memberi efek kulit wajah segar, sihat dan menawan. 

Jangan sesekali tinggalkan skin pelindung matahari, walaupun hanya berada di rumah. Sunscreen berfungsi melindungi kulit dari bahaya paparan sinar ultra violet (UV), oleh itu pilih yang kandungan minimal SPF 30 untuk mendapatkan perlindungan kulit yang berkesan.

Dengan langkah-langkah yang dikongsikan di atas, anda boleh mendapatkan kulit glass skin asalkan melakukan perawatan wajah yang tepat. Pilih produk rawatan wajah yang bagus agar kulit tetap sihat, terawat dan bebas dari masalah-masalah kulit. 

Produk kosmetik jenama Glassskin

Jika tidak pasti atau tidak tahu produk yang sesuai, mungkin boleh dapatkan rangkaian produk kosmetik jenama Glassskin by Lyndarafikah yang diasaskan Datin Marlinda Rafikah Mohamad Rozi. 

Produk yang menjanjikan penampilan kulit wajah yang sihat berseri ini terhasil setelah menjalani proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) selama tiga tahun dan turut diuji sendiri oleh Marlinda sebelum mengambil keputusan untuk menjual kepada umum. 

Marlinda Rafikah Mohamad Rozi
Marlinda Rafikah Mohamad Rozi

“Glassskin by Lyndarafikah telah menjalani proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) selama tiga tahun dan diuji sendiri oleh saya selama tujuh bulan. Alhamdulillah sejak menggunakan produk ini saya mendapati kulit wajah saya semakin sihat dan berseri.”

“Salah satu faktor saya mengeluarkan produk kecantikan ini kerana penjagaan kulit sangat penting untuk setiap individu.  Saya juga nak didik masyarakat supaya berhenti menggunakan produk yang mengandungi bahan-bahan terlarang seperti hydroquinone dan merkuri.

“Saya juga percaya produk kecantikan sentiasa ada ‘demand’ tersendiri. Satu kepuasan apabila pengguna menggunakan produk kita. Saya juga mendapat maklum balas yang positif daripada kakitangan yang telah mencuba produk ini. Rata-rata mengatakan produk ini membantu masalah jerawat yang mereka hadapi, selain muka yang kusam menjadi putih, bersih dan sihat,” ulas beliau.

Menariknya lagi, produk kosmetik ini mengandungi  bahan-bahan selamat dan berkualiti serta sesuai digunakan oleh kaum lelaki dan wanita seawal usia 16 tahun.

Antara bahan-bahan yang digunakan adalah rice bran oil, Korean acacia honey, yam bean, chamomile, aloe vera, red seaweed, gotu kola, Black fern dan liquorice root.  Produk ini juga bernotifikasi dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 

Glassskin mengandungi lima produk hebat iaitu pelembap muka, pencuci muka, serum, toner dan krim pelindung matahari atau sunscreen. 

“Suami saya adalah jurutera kimia dan kilang membuat produk ini adalah bisnes keluarga yang sudah beroperasi lebih 40 tahun serta sudah menghasilkan banyak produk tempatan yang dieksport ke luar negara.

“Berbekalkan pengalaman selama 40 tahun dan ditambah pula dengan bahan berkualiti tinggi yang digunakan dalam produk ini, saya yakin ramai yang akan berpuas hati kerana produk kami setara dengan produk antarabangsa yang ada di pasaran sekarang,” tambah beliau lagi. 

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, anda boleh ikuti mereka di media sosial Facebook dan TikTok di Glassskin.my dan Instagram: @the.glassskin.my. - Getaran, 23 Oktober 2022 

Isu Pada

I'm Ready To Romance - Theebaan G

22 Oct 2022

Sorotan

1

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM

2

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

3

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

4

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

5

200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini

6

Penumpang Terkandas Di Lapangan Terbang Selepas Letusan Gunung Berapi Menyebabkan Pembatalan Penerbangan