Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Sering Salah Gerak Tarian, Rosé Blackpink Dikecam Teruk

Kesilapannya yang dilakukan Rosé di dalam konsert  itu bukan sekali dua, tetapi beberapa kali dan ia juga nampak begitu ketara sekali.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Oct 2022 4:00PM

Beberapa pengguna sosial mendakwa mereka malu melihat persembahan Rosé.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Apa masalahnya dengan Rosé Blackpink? Mungkin itulah yang menjadi pertanyaan peminat-peminat peminat tegar kumpulan Kpop wanita ini.

Apa tidaknya, sewaktu menjayakan konsert di Seoul selama dua hari berturut-turut, Rosé sering melakukan kesilapan di dalam tariannya.

Menurut laporan Kpopstarz.com, persembahannya yang teruk di dalam konsert itu menyebabkan Rosé dikecam teruk.

Bahkan, kesilapannya yang dilakukannya itu bukan sekali dua, tetapi beberapa kali dan ia juga nampak begitu ketara sekali.

Seorang pengguna media sosial bernama Nate Pann telah memuat naik beberapa GIF untuk menunjukkan kesilapannya yang dilakukannya sedangkan anggota lain berhasil melakukannya dengan sempurna.

Dalam satu GIF yang dikongsi, tarian Rosé cukup bercelaru sewaktu Blackpink mempersembahkan lagu ‘How You Like That’. Dia telah mencampuradukkan koreografi tarian pertama untuk korus kedua, tetapi kemudian cepat menyedari kesilapannya itu.

Dalam GIF kedua, Lisa dan Jisso dilihat sedang tunduk ke bawah untuk melentikkan badan mereka, manakala Jeannie berada di tengah. Rosé pula dilihat memulakan langkahnya sedikit lewat dan tidak melakukannya dengan sepenuh hati.

Bagi lagu ‘Pretty Savage’, kesemua anggota lain dilihat menarik bersama sewaktu Lisa menyanyikan bahagian korusnya. Tapi, Rosé yang berada di belakang Lisa tidak begitu bergerak dan kelihatan sibuk membetulkan rambutnya.

Dalam satu lagi GIF, semua ahli dilihat berpusing ke kiri mengikut koreagrafi tarian. Tapi, Rosé pula dilihat berpusing ke kanan sehingga membuatkan Lisa keliru.

Satu lagi GIF ini menunjukkan Rosé seperti tidak bersemangat sewaktu mempersembahkan tariannya.

Disebabkan beberapa kesilapan tersebut, beberapa pengguna sosial mendakwa mereka malu melihat persembahan Rosé. Tidak kurang juga yang mengatakan bahawa anggota Blackpink yang menjadi idola ramai itu tidak boleh menari, namun pasti ada peminat tegar yang tetap akan mempertahankan Rosé.

Ada juga yang membuat spekulasi kononnya Rosé tidak sihat dan disebabkan itu tidak mampu memberikan persembahan yang baik. Tidak kurang juga yang mengatakan bahawa persembahan tarian Rosé selama ini memang tidak begitu bagus. - Getaran, 23 Oktober 2022

Isu Pada

I'm Ready To Romance - Theebaan G

22 Oct 2022

Berita Berkaitan

1

Gaya 4 bulan yang lalu

Dr Wan Azizah, Rose Blackpink Bincang Isu Kesihatan Mental Di APEC

Sorotan

1

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

2

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

3

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

4

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

5

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

6

32 Keluarga Dipindahkan Selepas Banjir Lahar Sejuk Landa Jawa Timur, Indonesia