Berita Terkini

12 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


5 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

Buntu mahu tonton apa minggu ini? Kami di Getaran ada cadangan. Setiap minggu, kami akan kongsikan lima tajuk yang boleh anda tonton lewat platform-platform penstriman yang ada di negara kita. Semoga terhibur!

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Oct 2022 7:24PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Paramapatham

Sebuah filem thriller misteri yang mengisahkan tentang ahli arkeologi, Aroon (Thanesh Perrabu) bersama tiga rakannya, (wartawan Jayakanth, Ganesh dan Murali) yang merancang untuk mengembara ke sebuah bukit selama dua hari. 

Pada hari kedua, mereka bercadang untuk melakukan aktiviti pengembaraan di bahagian paling dalam di bukit tersebut. Melalui pengembaraan itu, mereka telah menemui sebuah hotel British abad ke-18 yang lama terbiar.

Keadaan menjadi epik apabila mereka menemui sebuah objek antik secara tidak sengaja iaitu sebuah papan permainan kuno dengan perkataan ‘Paramapatham’ yang diukir di papan kayu.

Mereka membukanya dan mula bermain. Apabila hari semakin gelap, mereka meninggalkan permainan yang belum selesai itu dan pulang ke rumah mereka. 

Permainan ini mula menjejaskan kehidupan realiti kepada mereka dan pelbagai perkara pelik mula tercetus sejak mereka membaling dadu.

Filem tempatan Tamil arahan bersama Thanesh Peraabu dan Viknes Perrabu ini telah ditayangkan pada 2020. Ia kini boleh ditonton menerusi Netflix. – Rubini Nagarajah

Someone Borrowed 

Judul asal filem romantik komedi dari Brazil ini adalah Esposa de Aluguel. Ia mengisahkan seorang lelaki bujang tampan bernama Luiz yang gemar hidup bebas dan tidak mahu berkahwin walaupun beberapa kali iminta berbuat demikian oleh ibunya. 

Namun, hidupnya mula tunggang terbalik apabila ibunya, Carlota disahkan menghidap penyakit dan hanya mampu hidup selama enam bulan.

Bahkan, ibunya juga membuat permintaan terakhir untuk melihat Luiz berkahwin sebelum dia menutup mata. 

Ibunya juga mengugut jika Luiz tidak menuruti permintannya itu, namanya akan digugurkan daripada wasiat hartanya.

Luiz yang masih sayangkan kehidupan bujangnya dan gemar berpoya-poya, mula menggunakan khidmat seorang aktres gagal dalam kerjayanya lakonannya iaitu Lina untuk berpura-pura menjadi kekasihnya. 

Lina yang terdesak untuk mendapatkan wang, bersetuju untuk mengambil pekerjaan itu dan mereka kemudian tinggal serumah.  Dengan bantuan Lina, Luiz yang sebelum ini tidak melakukan apa-apa mula bekerja sebagai seorang chef. 

Tapi, masalah tercetus apabila Carlota mula berbincang tentang tarikh perkahwinan mereka. Apakah yang akan berlaku Seterus? Saksikan filem yang dibintangi Caoi Castro, Thati Lopes, Patriciya Tavassos dan Mariana Xavier ini di Netflix. – Ellyna Ali 

Dahmer : Monster: The Jeffrey Dahmer Story 

Drama bersiri S10 episod ini adalah kisah benar tentang pembunuhan bersiri yang dilakukan oleh Jeffrey Dahmer, seorang psikopat yang memburu mangsanya dengan membawa pulang ke pangsapurinya dan seterusnya dibunuh. 

Saksikan bagaimana sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Dahmer dilihat seorang individu yang kejam, tidak punya empati sehingga membawa kepada gangguan kepribadian narsistik. 

Mungkin anda sudah kenal dan tahu tentang kengerian pelik pembunuh popular yang lain seperti John Wayne Gacy dan Ted Bundy yang menjadi pujaan ramai wanita kerana ketampanan wajahnya, namun Dahmer punya sisi berbeza .

Dia seorang pembunuh bersiri kanibal yang penampilannya boleh mengelirukan atau mungkin juga memikat hati anggota polis Milwaukee.

Menonton siri ini membuatkan jantung sentiasa berdebar-debar kerana adegan yang dipersembahkan penuh suspen.

Selain itu, penonton juga diselubungi rasa marah dan bengang apabila pihak polis berkali-kali mengabaikan panggilan telefon daripada jiran Dahmer, Glenda Cleveland (Niecy Nash), yang mengesyaki berlaku pembunuhan di rumah jirannya itu.

Insiden paling terkenal yang dilakonkan semula dalam siri ini berkisar tentang dua orang peronda yang dipanggil oleh Glenda, yang bertemu dengan Konerak Sinthasomphone berusia 14 tahun yang terpinga-pinga di luar bangunan pangsapuri mereka selepas budak itu melarikan diri dari Dahmer.

Peringatan buat anda, siri yang boleh ditonton di Netflix bermula agak perlahan pada episod pertama. Namun, semakin anda mengikutinya, semakin sukar untuk berhenti. Tonton drama bersiri ini di Netflix. – Rahayu MN 

‘(Un)Well’ 

(Un)Well ialah sebuah siri dokumentari enam episod tentang enam jenis perubatan alternatif. Dalam musim pertama ini, ada diskusi tentang minyak pati, seks trantrik, terapi sengat lebah, protein susu badan, berpuasa dan ‘ayahuasca’. Boleh tahan aneh juga trend-trend kesihatan yang ada di negara Barat. 

Penulis baru sahaja selesai menonton episod pertama iaitu episod tentang minyak pati dan mendapati hujah-hujah yang ditampilkan agak seimbang serta mampu membuka lebih banyak pintu kepada perbincangan sihat tentang penggunaan bahan ini.

Dua jenama terkenal iaitu Dottera dan Young & Living ada disebutkan dalam episod dokumentari ini. 

Jika anda seorang pengguna minyak pati, adakah anda yakin tatacara penggunaan anda betul?  Jika anda bukan seorang pengguna, tidakkah anda mahu mencuba?  Tontonlah ‘(Un)Well’ di Netflix pada hujung minggu ini. - Ili Farhana


Spiderhead

Sebuah filem thriller psikologi berkisahkan sebuah penjara yang bernama Spiderhead yang dijadikan tempat untuk eksperimen banduan oleh seorang ahli penguji bernama Steve Abnesti (lakonan Chris Hemsworth) .

Uji kaji yang ditawarkan organisasi yang bernama genius farmaseutikal itu bertujuan untuk mengurangkan tempoh tahanan atau hukuman banduan di situ.

Steve melaksanakan eksperimen tersebut menggunakan beberapa bahan kimia yang memberi kesan gelak tawa, gembira, sedih termasuklah perasaan berahi pada banduan tersebut.

Beberapa hari kemudian, pelbagai persoalan yang ditimbulkan daripada salah seorang banduan itu sendiri sehingga mereka merancang untuk melarikan diri dari tempat tersebut.

Filem yang diarahkan Joseph Kosinski Brian Kirk dan ditulis oleh Thett Reese  serta Paul Wernick ini ditayangkan pada 2022. Ia kini boleh ditonton menerusi saluran Netflix. – Izwan Ramlan 


 

Isu Pada

I'm Ready To Romance - Theebaan G

22 Oct 2022

Sorotan

1

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

2

Pasangan Suami Isteri, 2 Lelaki Didakwa Perdagang Wanita Malaysia Di Peru

3

Ada Keperluan Pinda Seksyen 21 Akta Polis - KPN

4

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

5

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

6

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

7

Bas Terbalik Di Lebuhraya KLK: 2 Maut, 13 Cedera