Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Alami Keistimewaan Sicily Dengan Produk Penjagaan Kulit Organik Tanpa Pengawet

Tanah liat hijau Sicily ditemui 16 juta tahun lalu dan ia kaya dengan tenaga aktif dari alam semula jadi serta mineral laut yang penting untuk kesihatan kulit. 

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Oct 2022 4:01PM

Tanah liat hijau Sicily dimanfaatkan untuk tujuan kecantikan dan kesihatan. - Gambar oleh Argital Malaysia

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tua mengejar kita. Sama ada rela atau tidak, penuaan adalah proses kehidupan yang tidak mungkin boleh dihentikan. Salah satu kesan penuaan yang mudah dilihat ialah penampilan kulit wajah yang semakin berkedut dan kusam.

Masalah inilah yang sangat digeruni oleh ramai wanita dan kerana itulah ramai yang mencari cara terbaik untuk memperlahankan proses penuaan semula jadi ini.

Pernah dengar tentang tanah liat hijau Sicily? Tanah liat istimewa ini ditemui 16 juta tahun lalu. Ia kaya dengan tenaga aktif dari alam semulajadi dan mineral laut yang penting untuk kesihatan kulit. 

Selain daripada sifat yang mudah menyerap, tanah liat ini memberikan kelembapan kepada kulit di samping meningkatkan peredaran darah untuk pembaharuan kulit yang lebih baik dan menjadikan anda kelihatan muda secara semula jadi.

Persoalannya, di mana atau bagaimana cara untuk mendapatkan tanah liat ini? Sudah tentu Sicily bukannya dekat, jauh beribu batu. 

Jangan risau, ada cara terbaik untuk menikmati segala manfaat kecantikan daripada tanah liat Sicily ini. Panjangkan langkah anda ke pusat beli-belah 1 Utama, dan cari stor atau kedai jenama kecantikan, Argital.

Rangkai produk Argital.
Rangkai produk Argital.

Jenama yang diasaskan oleh Dr. Giuseppe Ferraro ini mengandungi manfaat terapeutik tanah liat laut hijau untuk kecantikan dan kesihatan. 

Biarpun baru sampai ke Malaysia, jenama kecantikan ini sebenarnya sudah lama bertapak di Itali, di mana ia merupakan perintis dalam dunia penjagaan kulit organik yang berasaskan tanah liat botani yang tulen sejak 1979. 

Dengan pembukaan cawangan pertamanya di 1 Utama, rakyat Malaysia kini dapat mencuba keunikan mineral tulen Sicily yang mampu melambatkan proses penuaan dan meningkatkan keremajaan kulit. 

Dalam usaha untuk mendapatkan bahan-bahan yang terbaik dan tulen, produk Argital kebanyakannya diperoleh daripada kuari di sebuah pekan di selatan Sicily, Itali, yang mana bahan diambil dalam bentuk aktif dan diperkaya.

Rangkaian produk Argital fokus terhadap penyelidikan bagi tanah liat hijau Sicily dan herba organik untuk kebaikan kulit serta kesejahteraan tubuh dan minda. 

“Argital terhasil daripada kajian Antroposofi, yang menekankan kuasa alam dan manfaatnya kepada tubuh serta minda manusia. Kajian antroposofi yang digunakan dalam penghasilan produk Argital menjadikannya unik berbanding jenama organik yang lain. 

Oleh itu, sudah tiba masanya untuk pengguna Malaysia mendapatkan produk yang berkualiti tinggi, organik dan 100% semula jadi dari pantai Sicily,” ujar Wakil Argital Malaysia, Sara Lee.

Sara Lee
Sara Lee

Semua produk Argital terdiri daripada 100% bahan semula jadi dan herba organik melalui penghasilan produk yang tulen dan biodinamik. Rangkaian produk penjagaan kulit mengandungi bahan seperti tanah liat hijau terapeutik, ekstrak herba tumbuhan organik serta minyak pati emas. 

Argiltubo, Produk No.1 Global Argital diperbuat daripada bahan-bahan yang sama, termasuklah Tanah Liat Hijau Sicily dan Minyak Pati Emas Argital serta herba organik. Selain itu, reka bentuk tiub yang nipis dan kecil memudahkan pengguna membawa produk penjagaan kulit Sicily ini ke mana-mana sahaja pada bila-bila masa. 

Selari dengan prinsip jenama iaitu kesejahteraan tubuh dan minda, Argital juga membawakan rangkaian MIFIDO untuk kesejahteraan haiwan peliharaan, melalui penggunaan Tanah Liat Hijau Sicily dan herba organik yang sama. MIFIDO menawarkan rangkaian syampu, perapi dan semburan mulut untuk kesihatan haiwan kesayangan.

Untuk maklumat lanjut, layari www.klayorganic.com dan ikuti @argital_malaysia di Instagram. -  Getaran, 9 Oktober 2022 

Isu Pada

Takdir Bertemu - Nabila Razali & Keisya Levronka

08 Oct 2022

Sorotan

1

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

2

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

3

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

4

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

5

Kemenangan Ke Atas Hong Kong Lonjak Keyakinan Kem Perseorangan - Jun Hao

6

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

7

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM