Berita Terkini

6 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


Alzheimer, Demensia Penyakit Menjejaskan Otak, Kenali Perbezaannya!

Sering kali, orang tersalah anggap demensia dan alzheimer adalah perkara yang sama, hakikatnya, kedua-dua serupa tetapi tidak sama.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Oct 2022 12:00PM

Ada pesakit alzheimer yang tidak dapat mengingat ahli keluarga sendiri. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Demensia bukan sebahagian daripada penyakit tua yang lazim. Demensia adalah sejenis penyakit yang menjejaskan otak, yang membawa kepada hilang ingatan secara berperingkat-peringkat, penurunan dalam keupayaan intelek dan perubahan personaliti.

Ia mempengaruhi kebolehan seseorang berfikir, mempelajari maklumat baharu, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.

Pengurus Homage, PC Gan berkata, demensia boleh terjadi kepada sesiapa saja, tapi risiko demensia bertambah dengan meningkatnya usia dan kebiasaannya ia berlaku pada seseorang yang berusia melebihi 60 tahun.

PC Gan
PC Gan

“Sering kali, orang tersalah anggap demensia dan alzheimer adalah perkara yang sama. Kedua-duanya serupa tetapi tidak sama.

“Walaupun demensia dan alzheimer secara meluas dikaitkan dengan kehilangan ingatan, gejala biasa lain termasuk kurang fokus dan perhatian, perubahan kemahiran berfikir, perubahan kemahiran komunikasi dan bahasa, dan juga ketidakupayaan untuk melakukan aktiviti harian.

“Demensia adalah istilah payung untuk beberapa keadaan neurologi gejala utama termasuk penurunan global dalam fungsi otak.

“Dalam istilah yang lebih mudah, ia dilihat sebagai istilah atau sindrom umum (berbanding dengan keadaan tertentu) yang digunakan untuk menggambarkan pelbagai gejala.

“Sebaliknya, alzheimer adalah jenis demensia tertentu yang kebetulan menjadi yang paling biasa juga. Walaupun yang paling biasa, ia tidak semestinya menunjukkan bahawa semua orang yang mengalami demensia mempunyai penyakit alzheimer,” katanya yang menguruskan Homage iaitu sebuah pusat perkhidmatan penjagaan terkemuka

PC Gan berkata, demensia adalah istilah umum untuk penurunan keupayaan mental yang cukup teruk sehingga mengganggu kehidupan seharian. Alzheimer adalah penyebab demensia yang paling biasa. Alzheimer adalah keadaan tertentu. Demensia tidak.

Katanya, ianya amat penting untuk memahami perbezaan antara kedua-duanya untuk dapat menghubungi atau menyediakan penjagaan yang mereka perlukan

Menurutnya, alzheimer adalah sejenis penyakit demensia yang mempunyai ciri-ciri simptom yang boleh menyerupai satu sama lain.

“Sebagai contoh, kedua-dua keadaan boleh mengakibatkan, penurunan dalam fungsi berfikir, masalah mengingat, sukar untuk berkomunikasi.

“Namun, simptom alzheimer yang lain adalah sukar untuk mengingat kejadian yang baru berlaku, tidak ada sebarang minat dalam hidup dan tidak mahu berinteraksi dengan orang lain.

“Dan lama-kelamaan, individu yang menghidap penyakit alzheimer akan mengalami simptom hilang ingatan yang lebih teruk. Mereka akan mula berjalan-jalan tanpa sebarang destinasi untuk dituju dan kemudiannya sesat.

“Bahkan, ada pesakit alzheimer juga sukar untuk mengira duit dan melakukan aktiviti  seharian yang memerlukan mereka melakukan transaksi wang seperti membayar bil ataupun membeli barang,” ujarnya.

Jelas PC Gan, walaupun tidak ada rawatan perubatan semasa untuk menyembuhkan penyakit alzheimer sepenuhnya, namun terdapat bentuk demensia tertentu yang boleh dikawal atau diterbalikkan dengan rawatan.

Tambahnya, kini terdapat banyak alternatif rawatan dan pilihan untuk pesakit demensia dan alzheimer, dari penjagaan pesakit ke perkhidmatan penjagaan di rumah.

“Sebagai seorang individu yang dibesarkan dalam keluarga yang sederhana dan berpendapatan sederhana, dengan adanya ibu bapa yang masih aktif dan sihat, saya bersyukur, namun tidak semua mengalami nasib yang serupa.

“Malah ada keluarga kenalan rapat saya yang mengalami penyakit alzheimer ini, yang menyebabkan mereka tidak dapat mengingat ahli keluarga sendiri. Keadaan ini amat menyedihkan.

“Justeru itu, kami di Homage kami mengkhususkan diri dalam pelbagai perkhidmatan penjagaan warga tua  khusus, termasuk penjagaan demensia,” katanya.

Menurut PC Gan, merawat demensia seperti penyakit alzheimer memerlukan banyak masa, kesabaran dan komitmen daripada pengasuh dan ahli keluarga.

“Penting untuk difahami bahawa  menguruskan seseorang yang menderita demensia juga merangkumi latihan pengasuh. Ini untuk mewujudkan kesedaran, pendidikan dan kemahiran yang diperlukan untuk menjaga lingkungan dan hubungan yang sihat di antara pesakit dengan penjaga mereka.

“Tidak salah kalau kita meminta bantuan. Saya pernah lihat ramai keluarga pesakit alzheimer hampir berputus asa kerana tugas berkenaan boleh menimbulkan lelah secara fizikal, mencabar emosi dan perjalanan yang sangat memakan masa untuk mereka.

“Penjagaan adalah usaha bersama antara penyedia dan keluarga. Apabila anda memerlukan rehat, anda berehat, dan kami di sini sedia membantu. Kesihatan mental dan penjagaan diri sering diperkatakan pada masa ini, dan ia adalah suatu aspek yang penting,” katanya. - Getaran, 8 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Adiwira Thor, Chris Hemsworth Bakal Berehat Dari Dunia Lakonan, Disahkan Hidap Alzheimer 

Sorotan

1

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

2

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

3

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut