web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ceklah Air Kencing Dia - Awie Ketawa Skim Rumah Tak Logik Untuk Selebriti

Awie hairan memikirkan ada sahabat selebritinya yang mudah terpedaya dengan tawaran tidak masuk akal itu. 

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Oct 2022 10:26PM

Awie (tiga dari kiri) ketika dipilih sebagai Duta-Anti Scam bagi PDRM pada Jun lalu. - Gambar fail

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Maklum dengan khabar tidak enak didengar mengenai sebuah skim rumah untuk selebriti dengan pendaftaran berharga RM10, vokalis kumpulan Wings, Awie tersenyum sambil menggeleng kepala mempertikaikan kerelevanan tawaran tersebut.

Awie yang juga merupakan Duta-Anti Scam Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) berharap agar warga industri seni tidak mudah terpedaya dengan skim Rumahku Syurgaku yang diperkenalkan sebuah syarikat pemaju tersebut. 

“Bila dapat tahu isu tersebut, saya hairan dengan beberapa rakan artis yang bijak pandai boleh terlibat dan terpedaya dengan skim ini. Kalau ikut hukum, logiknya di mana?

“Bayar RM10 boleh dapat rumah berharga RM500,000. Logiknya tiada di situ. 

“Selepas itu saya tengok posting media sosial individu wanita yang dikatakan pengarah syarikat perumahan ini, cara dia bercakap macam terdesak sangat. 

"Saya ingat pihak berkuasa kena pergi cek ujian air kencing dia," katanya ketika ditemui Getaran pada majlis sidang media Konsert Naga Kramat baru-baru ini.

Awie
Awie

Awie bagaimanapun merasakan sekiranya benar wanita yang menawarkan skim ini terbukti bersalah, dia wajar dikenakan hukuman apalagi telah memberi harapan palsu kepada golongan industri seni yang tidak mampu untuk memiliki rumah.

“Benda ini terpaksa dilakukan sebab kita tidak boleh bersekongkol dengan penjenayah. Mereka yang senang-senang dapat duit, kita jadi bahan. Untuk apa kita jadi bahan? Berhati-hatilah. 

“Saya kasihan dengan artis-artis senior yang mengharapkan sesuatu. Mereka ini bertahun-tahun dalam industri seni kadangkala tak dapat pembelaan yang betul.

"Tiba-tiba dapat benda ini dan berharap. Tapi kena tipu pula lagi. Kalau betul ini satu penipuan, wanita itu patut direjam! Banyak perasaan orang dia mainkan,” tambahnya.

Artis itu turut mempertikaikan tujuan skim berkenaan diberikan sedangkan mana-mana syarikat pemaju mestilah mengutamakan keuntungan dan tidak akan membazirkan jutaan ringgit untuk sesuatu yang tidak memberikan pulangan. 

“Sebelum ini saya dengar juga kononnya dia nak bantu kru produksi dapatkan rumah. Dia dah jadi macam satu pertubuhan pula untuk bantu mereka.

"Kau nak jadi pemaju atau pertubuhan? Kalau pemaju, semua nakkan keuntungan, nak keluarkan modal. Ini boleh pula dengar cerita kalau bayar RM10,000 kau boleh pilih pemaju yang kau nak.

"Macamana ini? Bagusnya rangkaian dia. Saya rasa logik tiada di situ. Macam mana orang boleh terpedaya dengan dia," katanya yang turut mendedahkan tidak pernah dijemput untuk menyertai skim berkenaan. 

Dalam perkembangan lain, Awid dan kumpulan Wings sedang sibuk membuat persiapan untuk Konsert Naga Kramat yang bakal berlangsung pada 22 Oktober ini. Tiket konsert sudah mula dijual di laman sesawang www.ticket2u.com.my. – Getaran, 8 Oktober 2022 

Isu Pada

Takdir Bertemu - Nabila Razali & Keisya Levronka

08 Oct 2022

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa