Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Exabytes Lancar kempen #DetectToProtect Sempena Bulan Kesedaran Keselamatan Siber

Serangan siber jangan dipandang enteng, ambil langkah-langkah pencegahan sebelum menjadi mangsa, lindungi data-data sensitif anda!

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Oct 2022 7:09PM

Perniagaan komputer dan industri IT mencatatkan jumlah laporan serangan siber paling tinggi iaitu sebanyak 85 peratus terutama melibatkan syarikat yang melaksanakan konsep bekerja dari rumah. - Gambar hiasan AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sempena Bulan Kesedaran Keselamatan Siber, pembekal perkhidmatan lengkap Teknologi Digital, e-Dagang dan Perniagaan Berasaskan Awan (business cloud) terkemuka di Asia Tenggara, Exabytes melancarkan kempen #DetectToProtect, bagi meningkatkan tahap kesedaran mengenai keselamatan siber dan kesan-kesan apabila perkara ini dipandang ringan.

Kempen ini dilaksanakan secara strategik bagi mendidik pemilik-pemilik perniagaan, pengurus-pengurus serta perusahaan kecil dan sederhana (SME) mengenai kepentingan untuk bersedia menghadapi perkara terburuk dalam melindungi data-data sensitif mereka.

“Walaupun kita sentiasa diingatkan dengan pepatah ‘sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya’, syarikat-syarikat dan pemilik perniagaan cenderung mengabaikan aspek kepentingan memiliki jenis perlindungan yang betul untuk perisian dan perkakas mereka, sehinggalah satu perkara yang tidak diingini berlaku.”

“Pemikiran begini perlu dielak kerana serangan siber boleh berlaku apabila kita langsung tidak menjangkakannya, dan apabila ia disedari, segala-galanya sudah terlambat,” ujar Ketua Keselamatan Siber Exabytes, Kevin Foo.

Kevin Foo
Kevin Foo

Kevin juga menjelaskan bahawa perniagaan-perniagaan kecil merupakan kumpulan yang paling terdedah kepada serangan siber, terutama sekali dalam rantau Asean  memandangkan saiz dan kekangan kewangan syarikat-syarikat ini.

Ditambah pula dengan kekurangan pengetahuan dan latihan mengenai tahap keselamatan siber, PKS cenderung menjadi sasaran pilihan untuk serangan-serangan siber.

Hakikatnya, laporan serangan siber sentiasa menjadi tajuk-tajuk berita. Pada peringkat global, 97 peratus daripada orang ramai di seluruh dunia tidak dapat mengenal pasti e-mel memancing data (phishing email) dan satu daripada 25 orang yang menerimanya cenderung membuka e-mel berbahaya ini, sekali gus membuka ruang untuk perisian hasad (malware) menyelinap ke dalam komputer mangsa.

Serangan perisian juga semakin susah untuk dikesan dan dihapuskan kerana serangan siber kini menjadi semakin canggih, dengan 70 peratus daripada urus niaga yang meragukan dikesan berasal daripada platform-platform mudah alih. 

Pada peringkat serantau, 65 peratus daripada organisasi di Singapura mengalami sekurang-kurangnya enam serangan siber dalam setahun yang lalu, sementara Indonesia mengalami peningkatan 143 peratus  kes kebocoran data dalam suku kedua 2022, menjadikan Indonesia negara kedua yang paling terdedah kepada serangan siber pada peringkat global. 

Perniagaan komputer dan industri IT mencatatkan jumlah laporan serangan siber paling tinggi (85 peratus), terutama sekali melibatkan syarikat-syarikat yang menggunakan konsep bekerja dari rumah.

Industri perubatan dan kesihatan juga mengalami peningkatan jumlah serangan siber (73 peratus) sejak beberapa tahun kebelakangan ini, diikuti industri perakaunan, perbankan dan kewangan (67 peratus).

Mencegah adalah lebih baik daripada sekadar menunggu dan akhirnya menjadi mangsa serangan. 

“Mencegah adalah lebih baik daripada merawat – dan perkara inilah yang dilakukan oleh teknologi pelbagai lapisan Exabytes,” ulas Kevin lagi.

Dengan teknologi perlindungan menyeluruh Exabytes seperti Acronis Cyber Protect, SSL Certificate, Sucuri Web Security, Sitelock dan SpamExperts, pengguna boleh bekerja dengan tenang apabila mengetahui perkakas kerja mereka dilindungi sepenuhnya daripada serangan siber dengan mengesannya sebelum ia berlaku.

Seandainya anda salah seorang pemilik perniagaan yang mahu mendapatkan melindungi syarikat anda daripada serangan siber, apa kata ikuti webinar ‘Kesedaran Keselamatan Siber untuk Perniagaan’ yang dianjurkan oleh Exabytes pada 11 Oktober, 2022 dari 10 hingga 11.30 pagi.

Exabytes akan berkongsi trend-trend berkaitan keselamatan siber dalam 2022 dan kesannya kepada perniagaan dalam webinar tersebut. Satu kajian kes secara ‘live’ mengenai Acronis Cyber Protect dan cara ia berfungsi juga akan dilakukan bagi memberikan pemahaman yang lebih jelas tentang ciri-cirinya. 

Mereka yang berminat untuk menyertai webinar tersebut boleh mendaftar di sini ​​https://www.exabytes.my/events/product/exabytes-cybersecurity-webinar/. - Getaran, 8 Oktober 2022  

Isu Pada

Takdir Bertemu - Nabila Razali & Keisya Levronka

08 Oct 2022

Sorotan

1

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

2

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

3

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

4

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

5

Kemenangan Ke Atas Hong Kong Lonjak Keyakinan Kem Perseorangan - Jun Hao

6

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

7

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM