Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Rindu Untuk Kembali Menyemarakkan Bidang Lakonan, Amyra Rosli Tunggu Peluang Untuknya Jika Ada 

Biarpun sudah bergelar pengacara program Nona, namun ia masih tidak memadamkan semangat Amyra untuk meneruskan kerjaya lakonan. 

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Oct 2022 9:12PM

Amyra Rosli - Gambar dari Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sejak mula memikul tanggungjawab sebagai pengacara program Nona, wajah dan penampilan Amyra Rosli, 31, di dalam drama bersiri semakin berkurangan.

Namun, ia masih tidak memadamkan semangatnya untuk meneruskan kerjaya lakonan. 

Bahkan, pemilik nama sebenar Nur Amira Izzati Rosli ini mengakui, dia rindu untuk kembali menyemarakkan bidang lakonan.

“Saya sudah lama tidak berlakon drama kerana fokus dengan program Nona ketika ini. Namun saya masih menunggu juga peluang, jika ada. 

“ Ada yang pernah hubungi saya dengan tawaran berlakon tetapi mereka masih tidak menetapkan sebarang tarikh yang tetap dan tarikhnya pula selalu berganjak. 

“Jadi saya fikir, peluang Amyra tak sampai lagilah, dan jadi kalau ada projek baharu yang saya sudah komited, saya akan umumkan nanti,” ujar Amyra yang mula dikenali menerusi drama bersiri ‘Nur’ bergandingan dengan Syafiq Kyle untuk Slot Samarinda di TV3 pada 2018.

Amyra Rosli - Gambar dari TV3
Amyra Rosli - Gambar dari TV3

Amyra ditemui pada majlis Bicara Inspirasi Nona yang berlangsung di Hotel Royale Chulan Damansara, baru-baru ini. 

Majlis itu diadakan untuk memperkenalkan diri secara rasmi sebagai pengacara program Nona buat kali pertama selepas lebih dua tahun negara mengalami pandemik COVID-19.

Sebagai anak seni, Amyra juga berasakan bidang lakonan dan pengacaraan memiliki kepuasan yang berbeza. 

“Sebenarnya, saya dapat peluang menjadi hos baharu program Nona di TV3 ketika pandemik dan kini saya semakin selesa mengendalikan program itu sejak pertengahan tahun lalu.

“Namun, menjadi pengacara menjadikan diri saya semakin fokus dan yakin sebab ia menguatkan lagi diri saya untuk terus ke depan serta dapat memberikan penambahbaikan untuk diri sendiri. Kita ini bila dah dapat sesuatu anugerah takkan nak duduk dalam zon selesa sajakan?,” tambahnya.

Sebagai pengacara, Amya berkata, dia perlu berani untuk mencuba sesuatu yang baharu.

“Menjadi seorang hos bukan hanya sekadar membaca ‘prompter’ sebaliknya kena hafal skrip sebanyak tujuh muka surat. Jadi kita kena betul-betul fokus untuk memberi yang terbaik.

“Apa yang boleh saya katakan, Nona sebenarnya jadi medan saya belajar menjadi seorang pengacara dan dengan apa yang saya lalui hingga ke hari ini, ia mampu menjadi motivasi kepada diri sendiri,” jelasnya.

Pelakon drama ‘Sabarlah Duhai Hati’ itu menghargai segala sokongan yang diberikan terhadapnya selain menyifatkan rancangan Nona adalah ‘sekolah’ pengacaraan buat dirinya. – Getaran, 7 Oktober 2022.


 

Isu Pada

Takdir Bertemu - Nabila Razali & Keisya Levronka

08 Oct 2022

Sorotan

1

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

2

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

3

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

4

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

5

Kemenangan Ke Atas Hong Kong Lonjak Keyakinan Kem Perseorangan - Jun Hao

6

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

7

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM