web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Thailand Kini Dibuka Sepenuhnya, Tiada Lagi Proses Kemasukan Yang Renyah

Bermula semalam (1 Oktober 2022), semua pelancong antarabangsa ke Thailand tidak lagi perlu menunjukkan bukti vaksinasi atau keputusan ujian ATK (antigen self testing kit). 

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Oct 2022 3:00PM

Pelancong juga dibenar untuk berada lebih lama sebagai tanda pembukaan penuh negara itu kepada pelancongan antarabangsa. - Gambar Rahayu MN

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Berita baik untuk kaki-kaki travel, terutama kepada mereka yang gemar melancong ke negara gajah putih. The Tourism Authority of Thailand (TAT) mengumumkan bahawa bermula semalam (1 Oktober 2022), semua pelancong antarabangsa ke Thailand tidak lagi perlu menunjukkan bukti vaksinasi atau keputusan ujian ATK (antigen self testing kit). 

Bahkan, pelancong juga dibenarkan untuk berada lebih lama di negara itu sebagai tanda pembukaan penuh negara itu kepada pelancongan antarabangsa. 

Berkuat kuasa dari 1 Oktober 2022 hingga 31 Mac 2023, pelancong dari negara yang layak mendapat pengecualian visa, dibenarkan berada di Thailand sehingga 45 hari, berbanding sebelum ini 30 hari sahaja.

Manakala mereka yang layak mendapat ‘visa on arrival’ boleh menginap sehingga 30 hari, berbanding sebelum ini hanya 15 hari. 

Phuket merupakan destinasi pertama yang dibuka kepada pelancong antarabangsa. - Gambar Rahayu MN
Phuket merupakan destinasi pertama yang dibuka kepada pelancong antarabangsa. - Gambar Rahayu MN

Gabenor TAT, Yuthasak Supasorn, mengalu-alukan kehadiran pelancong ke Thailand kerana segalanya ada di sana. Malah, ia juga sesuai untuk semua.

“Thailand telah membuka sepenuhnya pintu sempadan kepada pelancong dunia dengan mesej, melalui kempen 'Visit Thailand Year 2022-2023: Amazing New Chapters'. 

Destinasi menarik kami menawarkan sesuatu untuk semua orang, dari A hingga ke Z (konsep amazing thailand mempunyai segalanya).Kami menjemput pelancong untuk datang dan merasai tawaran pelancongan sedia ada dan baharu di Thailand,” ujar beliau.

Thailand memulakan pembukaan semula secara beransur-ansur yang dirancang dengan teliti untuk pelancongan antarabangsa bermula 1 Julai 2021, dengan program Phuket Sand Box, Samui Plus dan 7+7 Extension. 

Ini diikuti dengan program empat fasa dari Oktober 2021 hingga Januari 2022 di mana destinasi di seluruh negara dibuka semula kepada pelancong. 

Gambar oleh Rahayu MN
Gambar oleh Rahayu MN

Pada 1 Julai 2022, skim pendaftaran Pas Thailand dimansuhkan, dan warga asing hanya perlu menunjukkan bukti vaksinasi atau keputusan ujian ATK negatif dalam masa 72 jam perjalanan.

Kini, setelah pembukaan sepenuhnya pintu sempadan, kalendar pelancongan Thailand mula diwarnai dengan pelbagai acara antarabangsa dan festival tempatan menarik. Kerajaan Thailand menjangkakan ketibaan pelawat antarabangsa akan semakin meningkat menuju ke penghujung tahun ini. 

Syarikat penerbangan Thai Airways International (THAI) dalam jadual musim sejuk 2022-2023 (30 Oktober, 2022 – 25 Mac, 2023) yang diumumkan baru-baru ini  mengendalikan penerbangan di 34 laluan Eropah, Australia dan Asia dengan peningkatan kekerapan di laluan terpilih. 

Ini termasuk penerbangan harian antara Bangkok dan London, Paris, Zurich, Frankfurt, Copenhagen, Sydney, Melbourne, Tokyo, Osaka, Fukuoka, Manila, Seoul, Taipei, Hong Kong, Singapura, Jakarta, Kuala Lumpur, New Delhi, Mumbai, Dhaka, dan Karachi.

'Night Market' antara aktiviti malam yang sangat popular dalam kalangan pelancong. - Gambar Rahayu MN
'Night Market' antara aktiviti malam yang sangat popular dalam kalangan pelancong. - Gambar Rahayu MN

Berikut antara acara dan tarikan menarik yang menanti anda di Thailand:

1) Festival Vegetarian yang sangat popular sedang berlangsung dari 24 September hingga 5 Oktober, 2022, di lokasi yang berbeza di seluruh negara.

2) Bangkok Art Biennale (BAB 2022) akan diadakan dari 22 Oktober 2022, hingga 23 Februari tahun hadapan di pelbagai lokasi di seluruh Bangkok yang menampilkan karya 73 artis tempatan dan antarabangsa.

3) Taman tema filem Columbia Pictures yang pertama di dunia yang menampilkan tunggangan dan tarikan dari Ghostbusters, Jumanji, Hotel Transylvania dan filem blockbuster lain akan dibuka di Bang Saray, pemanduan singkat dari Pattaya, pada 12 Oktober ini.

4) Edisi keenam MICHELIN Guide Thailand dijangka dikeluarkan pada penghujung 2022. Ia akan menampilkan buat pertama kalinya Timur Laut Thailand atau Isan selain Bangkok, Phra Nakhon Si Ayutthaya, Chiang Mai, Phuket, dan Phang-Nga.

Sebagai salah satu destinasi percutian kegemaran dunia, Thailand berbesar hati mengalu-alukan kedatangan pelancong. Bagaimanapun, anda diingatkan supaya terus berwaspada dengan COVID-19 dengan terus mematuhi piawaian kesihatan dan keselamatan yang ditetapkan. - Getaran, 2 Oktober 2022

Isu Pada

Takdir Bertemu - Nabila Razali & Keisya Levronka

01 Oct 2022

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Ancaman Bom: Penerbangan AirAsia Dari Krabi Ditangguh Lebih 4 Jam

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Suspek Kes Tembak Rakyat Malaysia Serah Diri Kepada Polis Thailand

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Pertempuran Di Myanmar Perlu Dihentikan, Buka Akses Untuk Misi Kemanusiaan - PM

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh