Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Fakta Menarik Dan Kopi Mesti Cuba Untuk Meraikan Hari Kopi Sedunia

Walaupun anda seorang pencinta kopi yang tegar, anda mungkin tidak mengetahui beberapa fakta kopi yang menyeronokkan ini.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Oct 2022 6:10PM

Antara menu mesti cuba sempena Hari Kopi Sedunia ini, Nuvola dari illy Caffè - Gambar oleh Syeda Imran

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pencinta kopi mesti raikan Hari Kopi Sedunia yang diraikan hari ini, 1 Oktober. Minuman paling popular di dunia ini adalah ‘cecair magik’ yang boleh menceriakan mood seseorang untuk memulakan hari yang panjang.

Sejuk atau panas, cair atau pekat, kopi mempunyai daya tarikan yang bukan kepalang. Harumannya sahaja sudah boleh menaikkan semangat!

Walaupun anda seorang pencinta kopi yang tegar, anda mungkin tidak mengetahui beberapa fakta kopi yang menyeronokkan ini.

Berikut adalah beberapa trivia kopi dan lima cadangan lokasi selera yang boleh anda kunjungi untuk menikmati kafein pada hari yang cukup istimewa ini! Semuanya terletak di Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

 

1) CO2 Coffee Bar - Tingkat 3 (Zon Merah Jambu), Pavilion Bukit Jalil

Nikmati letusan rasa yang luar biasa di CO2 Coffee Bar. Bar kopi ini tampil dengan kelainan memandangkan ia adalah bar kopi yang pertama di Malaysia. Memang benar ia menyajikan minuman koktel (beralkohol) kopi atau mereka memanggilnya cofftail, tetapi terdapat juga minuman moktel yang membuka selera. 

Minuman kopi di sini dikombinasikan dengan jus buah-buahan, rempah dan herba yang mengundang rasa menyeronokkan. Dua minuman ini mesti ada cuba iaiu Passiflora dan Coco Get Nut.

Antara minuman yang disediakan di CO2 Coffee Bar, Coco Get Net dan Passiflora
Antara minuman yang disediakan di CO2 Coffee Bar, Coco Get Net dan Passiflora

Passiflora menggabungkan kopi, lemon, nenas, dan beberapa buahan citrus yang menyegarkan. Sementara Coco Get Nut merupakan kopi campuran santan, sirap gula perang dan kekacang. 

 

2) Artelier Coffee – Aras 3 (Zon Jingga) & Aras 5 (Zon Jingga), Pavilion Bukit Jalil

Kafe yang satu ini menggunakan biji kopi yang dipanggang dua kali bagi menghasilkan rasa dan warna kopi yang tersendiri. Biji kopi yang lebih gelap dianggap lebih 'berani' dan biji kopi yang warnanya lebih terang mempunyai rasa yang lebih 'pedas'.

Masahiro Aoki
Masahiro Aoki

Jadi, mengapa anda patut menghirup kopi di Artelier Coffee? Ini kerana kafé ini diterajui pakar barista dan perunding kopi Jepun, Masahiro Aoki yang  memanfaatkan kemahiran bertaraf dunianya dengan mencipta minuman yang boleh membuatkan anda teringat-ingat!

Dirty Series dari Artelier Coffee
Dirty Series dari Artelier Coffee

Artelier Coffee hadir dengan beberapa minuman istimewa, 'Dirty' yang berbeza setiap bulan seperti Dirty (Latte), Dirty Houjicha, Dirty Matcha dan banyak lagi. Pastikan anda mencuba Dirty Mocha mereka yang tersedia secara eksklusif sepanjang Oktober.

 

3) Bukit Jalil Tsutaya Books - Aras 2 (Zon Jingga) Pavilion Bukit Jalil

Bukan sekadar kedai buku, Bukit Jalil Tsutaya Books juga membawakan ‘kedai kopi’ bagi membolehkan pengunjung menikmati secawan kopi hangat atau segelas kopi ais menyegarkan untuk merehatkan diri sambil membelek koleksi buku yang ada. 

Tahukah anda, satu kajian mendapati mereka yang menikmati minuman berkafein sejurus sebelum membeli-belah akan membuatkan mereka membelanjakan lebih banyak wang? (Tambahkan fakta menarik ini pada senarai pengetahuan anda!)

Oleh itu, untuk memerangi pembelian impulsif atau tanpa berfikir panjang, pastikan anda menghirup kopi anda selepas membeli-belah. Satu cara yang baik untuk melepaskan lelah setelah berjalan dari satu kedai ke kedai yang lain. 

Autumn Special Mont Blanc Dorayaki
Autumn Special Mont Blanc Dorayaki

Lihat pilihan kopi mereka yang baru dibancuh yang boleh digandingkan dengan Autumn Special Mont Blanc Dorayaki mereka. Penkek Jepun yang dipenuhi dengan krim buah berangan manis ini pasti membuatkan anda tersenyum.

 

4) HWC Coffee - Tingkat 2 (Zon Merah Jambu) Pavilion Bukit Jalil

Jangan tak tahu, kopi juga mempunyai markah. Cuba anda imbas kembali, ketika anda sibuk mendapatkan secawan kopi yang sempurna, anda mungkin terlihat grafik ‘ulasan kopi' dengan skor angka. 

Ia adalah salah satu panduan kopi terkemuka di dunia yang digunakan coffee sommeliers yang bertujuan untuk menyemak tahap ketepatan dan komprehensif biji kopi.

HWC Coffee baru-baru ini telah melancarkan biji kopi istimewa musim baharu, Neroli, yang memperoleh ulasan kopi 93 mata. Ini adalah biji kopi yang mendapat penarafan tertinggi yang dibawa oleh HWC Coffee!

Jika anda seorang peminat kopi dengan suntikan madu dan bunga, buah-buahan dan woody, hidangan kopi di sini adalah untuk anda!

 

5) illy Caffè - Tingkat 3 (Zon Jingga), Pavilion Bukit Jalil

Dipimpin generasi ketiga dalam perniagaan keluarga ini, illy Caffè diasaskan di Itali dan terkenal di seluruh dunia serta diiktiraf kerana mempersembahkan kopi berkualiti tinggi dengan rasa yang cukup mewah. Bijian kopinya merupakan campuran sembilan jenis Arabica tulen, dek itulah ia menjadi buruan ramai. 

Dibina di atas pengalaman, rasa, sains dan seni, ‘illycrema’ merupakan hasil yang luar biasa pada espresso illy yang diputar (whipped) dan disejukkan untuk menghasilkan hidangan kopi yang berkrim, kaya dan memanjakan! Anda mesti cuba Nuvola jika idamkan sesuatu yang manis berkrim!

Nuvola
Nuvola

Jom raikan Hari Kopi Sedunia! - Getaran, 1 Oktober 2022

Isu Pada

Takdir Bertemu - Nabila Razali & Keisya Levronka

01 Oct 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Lelaki Maut Ditetak Dalam Kedai Kopi Di Kulim

2

Kisah Kita 4 bulan yang lalu

Dyslexia Cafe MY Bantu Tingkat Kesedaran Tentang Disleksia

3

Gaya 5 bulan yang lalu

EMAX Beauté Buka 4 Outlet Di Pavilion Bukit Jalil

4

Selebriti 7 bulan yang lalu

 Cawangan Ke-10 Kafe Chef Wan Bakal Bertapak Di KLIA

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah