Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kenapa Air Halal Bukan Hanya Untuk Orang Islam? Ketahui Sebabnya!

Ramai tidak jelas sebenarnya ialah pensijilan halal melangkaui ketiadaan alkohol dan daging khinzir dalam penggunaan harian, ia juga meliputi aspek lain yang berpegang pada hukum Islam.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Sep 2022 4:05PM

Gambar ihsan Waterco Malaysia

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pensijilan Halal merupakan satu keperluan yang penting demi meyakinkan pengguna masyarakat Islam bahawa makanan dan minuman yang diambil memenuhi kehendak hukum syarak. 

Namun, perkara yang orang ramai tidak jelas sebenarnya adalah pensijilan halal melangkaui ketiadaan alkohol dan daging khinzir dalam penggunaan harian, ia juga meliputi aspek lain yang berpegang pada hukum Islam seperti kebersihan dan keselamatan. Keperluan ini turut dikenakan pada produk dan sektor kosmetik, logistik dan juga pelancongan.

Untuk perihal keperluan harian, air sudah pasti menjadi keperluan utama. Air adalah bahan penting untuk manusia bukan sahaja untuk kehidupan seharian tetapi juga untuk menjalankan aktiviti dalam pelbagai sektor industri. 

Mengikut perspektif Islam, air bersih merupakan elemen penting dalam penyucian badan manusia. Pada ketika ini, pengambilan dan penggunaan air yang disifatkan secara halal adalah satu aspek yang penting bagi umat Islam dalam menjalani kehidupan harian, lebih-lebih lagi untuk berwuduk.

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

Air pada semula jadinya dianggap halal, namun sepanjang pengeluaran air minuman dan proses rawatan air untuk kegunaan komersil lain, sifat air mungkin berubah kerana bersentuhan dengan bahan asing. 

Ini menimbulkan persoalan dalam kalangan masyarakat Islam tentang status air yang mereka gunakan. Ini termasuk pembuatan produk yang menggunakan air untuk dihasilkan dan kemudahan awam yang memerlukan air untuk berfungsi.

Menurut Pengurus Pembangunan Perniagaan Serantau Waterco Malaysia, Koo Zao Cheong, penggunaan air yang mematuhi piawaian halal semakin mendapat perhatian kerana ia bukan sahaja memberi manfaat kepada masyarakat Islam tetapi juga rakyat yang mementingkan penggunaan air yang berkualiti.

“Sudah tentu manusia memerlukan air yang bersih dan selamat tanpa mengira agama. Keperluan ini adalah penting untuk kehidupan seharian dan penggunaan industri kerana tanpa air bersih, pengeluaran barangan, pembersihan dan sebarang perkhidmatan berkaitan akan pasti terjejas.”

“Penggunaan air yang mematuhi piawaian halal bukan sahaja penting bagi masyarakat Islam, ia juga merupakan satu piawaian yang akan memenuhi permintaan pengguna dari semua lapisan masyarakat,” ujar Koo.

 

Pensijilan Halal dalam sektor perindustrian dan kemudahan awam

Air adalah komoditi asas untuk hampir setiap langkah proses pembuatan dan pengeluaran termasuk penyejukan, penyimpanan dan pembersihan. Untuk tapak pembuatan dan proses yang mematuhi piawaian halal, air memainkan peranan penting untuk memastikan pengguna akhir dapat menikmati produk yang mematuhi kehendak hukum syarak. 

Selain proses pembuatan, elemen sepanjang proses pelupusan dan penggunaan semula air termasuk penggunaan penapis, bahan mentah dan ramuan juga perlu mematuhi piawaian halal untuk penggunaan berterusan yang selamat.

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

Bagaimana pula dengan penggunaan air halal di kemudahan awam seperti kolam renang? Di Malaysia, kita menikmati pelbagai budaya yang indah dan kita berkongsi kemudahan awam dengan masyarakat yang mempunyai latar belakang berbeza. 

Oleh itu, ia merupakan satu langkah yang bijak untuk memenuhi keperluan komuniti yang berbeza dengan memberi manfaat yang sama kepada kita semua.

Sistem penapisan air halal bukan sahaja diperlukan untuk menapis air kolam untuk berwuduk dan untuk penggunaan lain di Masjid, penghasilan air yang mengikuti piawaian halal di kemudahan awam yang lain juga dapat memastikan status air yang pasti selamat dan bersih untuk semua pengguna.

 

Pensijilan Halal melangkaui kewajipan agama 

Kini, pengiktirafan pensijilan halal bukan sekadar konsep keagamaan, malah ia telah menarik minat mereka yang bukan Islam untuk mempertimbangkan jenama dan produk yang diiktiraf halal kerana ia terbukti menjadi pilihan berkualiti tinggi, selamat dan sihat. 

Bagi industri pembuatan dan penulenan air, proses pembuatan dan penghasilan produk perlu diperakui oleh institusi masing-masing dan mengikut garis panduan yang ketat untuk diiktiraf sebagai halal. 

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

Dengan mendapat pengiktirafan ini, produk dan perkhidmatan dijamin berkualiti dan bebas daripada sebarang sumber yang meragukan dan ini dapat meningkatkan tahap keyakinan pengguna walaupun dalam kalangan bukan Islam.

Pensijilan halal berfungsi sebagai garis panduan kepada pengguna bukan Islam untuk mendapatkan produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi untuk kegunaan air harian. Pengambilan dan penggunaan air yang selamat dan bersih adalah penting untuk tujuan keagamaan atau untuk kesihatan dan kesejahteraan hidup. 

Mungkin kini sudah tiba masanya untuk anda mempertimbangkan penggunaan penapis air yang mematuhi piawaian halal seperti yang dipasarkan oleh Waterco Malaysia. - Getaran, 25 September 2022

Isu Pada

Alena Murang: Ini Identiti Saya

24 Sep 2022

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Pelaburan Berpotensi Baharu Bernilai RM45.4 Bilion Dari Jerman - Tengku Zafrul

2

Ekonomi 1 bulan yang lalu

PM Temui Pemimpin Industri Jerman Di Berlin

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Peruntukan Tambahan RM500 Juta Atasi Masalah Air Bersih Di Kelantan - Anwar

4

Luar Negara 10 bulan yang lalu

Laporan Dedah 98 Peratus Nama Dalam Pemantauan FBI Terdiri Nama Orang Islam

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi