web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pecah Perut Tonton 'The Best of Bumis (In English)'

Komedi berdiri (komediri) atau 'standup comedy,' kalau kena gaya memang boleh buat penonton ketawa tak kering gusi. Acara yang telah diadakan di Crackhouse Comedy Club ini contoh yang terbaik.

TARA Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Apr 2021 9:13AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Persembahan komediri atau standup comedy The Best of Bumis (In English) yang berlangsung di Crackhouse Comedy Club pada 2 dan 3 April yang lalu mendapat sambutan yang begitu hangat. Tiket untuk kedua-dua malam persembahan habis terjual, membuktikan bahawa standup comedy adalah salah satu cabang hiburan komedi yang popular di Malaysia. 

The Best of Bumis (In English) membariskan Farid Azmir, KC Nazari dan Mad Sabah, tiga pelawak yang biasanya membuat persembahan dalam Bahasa Melayu. Turut serta mengiburkan penonton ialah pengasas Crackhouse Comedy Club, Rizal Van Geyzel.

Farid Azmir yang baru-baru ini dinobatkan sebagai juara dalam rancangan realiti komedi terbaru, Gelak Gempak, membuka tirai persembahan. Walaupun Bahasa Inggeris merupakan bahasa kedua Farid, lebih dari separuh set beliau dibuat secara improvisasi berdasarkan interaksi dengan penonton.

Penyampaian yang bersahaja serta jenaka berkisarkan keluarga dan kehidupan hariannya sangat lucu dan menggelikan hati.

Berikutnya Rizal Van Geyzel yang berketurunan Melayu, Cina, Belanda dan Turki mengambil giliran ke pentas.

Tiada budaya atau negara di dunia yang terlepas dari menjadi bahan lawak Rizal. Beliau juga gemar meraikan diversiti penonton yang hadir dengan mengusik dan bergurau tentang latar belakang dan kewarganegaraan mereka.

Riuh rendah ketawa penonton menjadi testimoni kepada bakat Rizal sebagai pelawak komediri.

Selepas berehat seketika, persembahan diteruskan dengan KC Nazari, yang juga merupakan seorang copywriter dan penterjemah.

Beliau juga pernah berlakon dalam dua telemovie ASTRO, The Hantus dan Mat So'od. Subjek lawak jenaka KC dimulakan dengan wajahnya yang persis raut seorang berbangsa Cina dan dikembangkan kepada kehidupan keluarganya. Walaupun set beliau agak pendek, penonton terhibur dan tidak kering gusi.

Penutup tirai persembahan ialah crowd favourite Mad Sabah, yang memulakan kerjaya komedi beliau pada tahun 2015. Mad kini seorang pelawak komediri sepenuh masa, penulis skrip, pelakon dan pengacara.

Beliau pernah muncul di platform TV dan radio seluruh negara dalam acara seperti Lawak Solo 2016 dan Maharaja Lawak Mega 2017. Beliau mencuri dan mencuit hati penonton melalui penyampaian bersahaja mengenai kisah hidupnya di kawasan pedalaman Sabah.

Penonton pecah perut ketawa geli hati terutamanya apabila beliau membuat perbandingan antara kehidupan di pedalaman dengan kehidupan di ibu kota Kuala Lumpur. 

The Best of Bumis (In English) anjuran Crackhouse Comedy Club ini adalah persembahan yang menghiburkan dan benar-benar sukses.

Untuk terapi ketawa berentak pantas yang akan membuat anda tidak senang duduk dan ketawa terbahak-bahak, anda boleh kunjungi Crackhouse Comedy Club yang menawarkan persembahan langsung setiap hari. - Getaran, 11 April 2021

Semua gambar (kecuali poster acara): Mursh Matsom

Isu Pada

Maya Karin: Saya Tak Rasa Tergugat

10 Apr 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini