web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sambutan Hari Malaysia Di Melaka Angkat Muzik Tradisional Sarawak

Sambutan kali ini turut menampilkan keunikan tersendiri melalui tema busana era 50-an dan 60-an bagi meraikan Hari Malaysia 2022.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Sep 2022 9:51AM

Hari Malaysia 2022 yang disambut di Melaka malam tadi turut mengangkat muzik tradisional Sarawak ke tahap lebih tinggi - Gambar Jabatan Penerangan Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Hari Malaysia 2022 yang disambut di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan di Banda Hilir, Melaka malam tadi turut mengangkat muzik tradisional Sarawak ke tahap lebih tinggi.

Penyanyi dan pemain sape dari Bumi Kenyalang, Alena Murang, 33, berkata persembahan alat muzik itu pada sambutan Hari Malaysia 2022 merupakan pentas terbaik untuk beliau menyebar luas muzik tradisional Borneo dan Bahasa Dayak agar lebih dikenali di negara ini.

"Saya membawakan lagu bertajuk Meno' dalam Bahasa Kenyah ataupun rindu jika diterjemah ke dalam Bahasa Melayu. Lagu ini sering dinyanyikan oleh orang-orang tua kami ketika mereka berjauhan daripada keluarga kerana berkelana selama berbulan-bulan ke tempat lain," katanya kepada Bernama.

Alena, yang belajar bermain sape ketika berusia 11 tahun, berkata bagaimanapun lagu 'Meno'' telah diberi nafas baharu apabila digubah secara kontemporari dengan iringan gitar akustik dan bes.

Berguru dengan Master Sape Mathew Ngau Jau, pemegang Ijazah Pengurusan Perniagaan dari Universiti Manchester itu berkata suatu ketika dahulu, kaum hawa dilarang menyentuh atau mempelajari alat muzik tersebut kerana ia dikatakan khusus untuk lelaki.

Alena berkata ketika itu, sape digunakan bagi upacara ritual serta penyembuhan dan pemain akan memainkan alat muzik tersebut jika ada ahli keluarga atau penduduk yang sakit namun selari dengan peredaran zaman, ia mula dipelajari oleh golongan wanita untuk hiburan.

"Ketika mula-mula belajar pada tahun 2000, tiada wanita terutama daripada generasi saya yang berminat untuk belajar bermain alat muzik itu. Saya tergerak hati untuk bermain sape ketika belajar menari bersama sepupu ketika tinggal di Kuching," katanya yang kini menetap di Kuala Lumpur.

Tahun lepas, wanita suku Kelabit itu membanggakan negara apabila video muziknya bertajuk ‘Warrior Spirit’ memenangi pelbagai anugerah di peringkat antarabangsa termasuk muzik video terbaik di Anugerah Filem Antarabangsa New York, Anugerah Khas Juri di Anugerah Filem Los Angeles 2021 serta muzik video terbaik Asia dan Pasifik di Anugerah Muzik Video Antarabangsa United Kingdom.

Video muzik itu, yang dilancarkan pada Mei 2021, diarahkan oleh sepupu Alena, Sarah Lois Dorai dan diterbitkan bersama syarikat produksi Project Room.

Sambutan kali ini turut menampilkan keunikan tersendiri melalui tema busana era 50-an dan 60-an bagi meraikan Hari Malaysia 2022.

Kira-kira 20,000 pengunjung hadir bagi memeriahkan sambutan julung kali diadakan di Semenanjung itu. - Bernama

Isu Pada

Alena Murang: Ini Identiti Saya

17 Sep 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Disangka Hilang, Rupanya Tertidur Sebelah Mesin Basuh Jiran

3

Politik 4 minggu yang lalu

17 Kerusi Baharu DUN Sarawak Masih Belum Dimuktamadkan, SPR Terus Membisu

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Lelaki Sarawak Terima MyKad Selepas Penantian 33 Tahun

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh