web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Siapa Kata Diva AA - Azwan Ali Tiada Semangat Patriotisme? 

Setelah terlibat di dalam dunia penyiaran, Azwan adalah antara penerbit yang cukup peka dengan hal-hal berkaitan sambutan kemerdekaan negara. 

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Aug 2022 8:13PM

Azwan Ali - Gambar oleh Syeda Imran

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Biarpun terpalit dengan pelbagai kontroversi dek kerana kelantangannya bersuara dalam meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pelbagai perkara termasuk hal-hal berkaitan politik dan sistem negara, namun Diva AA, Azwan Ali seorang yang benar-benar berbangga menjadi anak Malaysia. 

“Walaupun Azwan Ali sebetulnya dilahirkan di Singapura (ketika itu ia masih lagi sebahagian daripada Malaysia dan sekarang ini adalah rakyat Malaysia), namun saya sebenarnya berbangga jadi anak Malaysia. Bangga sangat.

“Saya sudah menjelajah banyak tempat. London, Paris, Jepun dan banyak lagi. Namakan sahaja, namun ia tidak sama dengan Malaysia,” kata Azwan. 

Azwan berkata dia adalah antara penerbit yang cukup peka dengan hal-hal berkaitan sambutan kemerdekaan negara. 
Azwan berkata dia adalah antara penerbit yang cukup peka dengan hal-hal berkaitan sambutan kemerdekaan negara. 

Jelas Azwan lagi, dia dilahirkan di Hospital Kandang Kerbau Singapura iaitu hospital yang sama dengan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan begitu juga dengan primadona Fauziah Ahmad Daud. 

“Tapi, saya hanya lahir sahaja di sana dan selepas itu, keluarga berpindah di Klang Gate, Kuala Lumpur. 

“Saya membesar di rumah pusaka Klang Gate. Kalau ikut kenangan, memang tidak merasa langsung untuk menyaksikan perarakan Hari Merdeka. 

“Sebab arwah bapa saya seorang yang sangat tegas. Kalau sekarang ini tengah viral Johan Raja Lawak rotan anak dia sampai menangis, saya kena lebih teruk daripada itu. 

“Haji Ali (arwah bapa) tidak bagi peluang. Walaupun saya suka dengan perkara-perkara seperti itu, tapi saya tidak dapat merasa disebabkan ketegasannya itu. 

“Jadi duduk memerap sahaja di rumah. Pasal-pasal merdeka nih, memang tidak ada apa. Cuma saya pernah terlibat dengan Jalur Gemilang sewaktu di peringkat pengajian tinggi di UiTM dan di Universiti Malaysia. Tapi, bukanlah secara besar-besaran,” katanya lagi. 

Azwan Ali
Azwan Ali

Bagaimanapun kata Azwan, apabila dia terlibat di dalam dunia penyiaran, dia adalah antara penerbit yang cukup peka dengan hal-hal berkaitan dengan sambutan kemerdekaan negara. 

“Bukan hanya di TV3, ketika terbitkan Cit Cat Awan di Astro, benda-benda inilah yang saya  perjuangkan. Kalau cakap pasal merdeka, program Cit Cat saya pernah tukarkan menjadi Cit Cat Merdeka. 

“Saya yang mencadangkan kepada pengurusan Astro dan mereka luluskan. Begitu juga dengan TV3 untuk program Melodi dan Muzik-Muzik. 

“Bendera memang cukup sinonim dengan jiwa saya. Saya bangga pegang jalur gemilang. Ia banyak diselitkan di dalam skrip-skrip saya. 

“Zaman saya terbitkan program dahulu, saya juga adalah penulis skrip dan memang saya sangat peka tentang hal-hal kemerdekaan,” katanya. 

Pada tanggal 31 Ogos ini yang akan menjelang dalam masa beberapa hari lagi, Malaysia akan meraikan Hari Kemerdekaan ke-65 selepas kita berjaya mencapai kemerdekaan daripada jajahan British pada tanggal 31 Ogos 1957. 

“Diam tak diam, kita semakin matang. Tidak kisahlah sama ada anda adalah pro kerajaan atau menentang kerajaan, tapi permintaan daripada Azwan Ali hanyalah satu. Jagalah bumi Malaysia ini. Tolonglah…,” katanya. 

Azwan juga turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat Hari Kemerdekaan buat seluruh rakyat Malaysia. 

“Kepada rakyat Malaysia, selamat menyambut Hari Kemerdekaan negara yang ke-65. Jadilah keluarga Malaysia yang bermaruah. 

“Walaupun anda melalui pelbagai suka dan suka, namun, sayangilah Malaysia dan junjunglah bumi ini seadanya selagi kita bernyawa. In Sha Allah kita akan dilindungi segala musibah. 

“Selamat Maju Jaya kepada Malaysiaku tercinta. Malaysia ke-65. I love you,” katanya mengakhiri perbualan. - Getaran, 28 Ogos 2022

Isu Pada

Datuk Hadi: Ledakan Meriam Gemparkan Komunis!

27 Aug 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Laungan Keramat 'Merdeka' Kembali Bergema Di Banda Hilir Selepas 68 Tahun

2

TARA 2 tahun yang lalu

5 Iklan Terbaik Sempena Hari Kebangsaan 2023, Sarat Mesej Bermakna Untuk Penonton

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Cari Pengisian, Makna Sebenar Merdeka Atas Diri Sendiri Cabaran Utama - Mujahid

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Program EMRKL Perlu Diteruskan Pada Hari Kebangsaan Akan Datang - Hannah  

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh