Berita Terkini

5 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


4 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

Buntu mahu tonton apa minggu ini? Kami di Getaran ada cadangan. Setiap minggu, kami akan kongsikan empat tajuk yang boleh anda tonton lewat platform-platform penstriman yang ada di negara kita. Semoga terhibur!

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Aug 2022 5:42PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pisau Cukur (Netflix)

Pisau Cukur (2009) ialah sebuah filem komedi misteri Malaysia arahan Bernard Chauly dan dibintangi oleh Nur Fazura, Maya Karin, Aaron Aziz, Redza Minhat dan Eizlan Yusof.

Tajuk filem ini mengangkat simpulan bahasa, ‘pisau cukur’ yang bermaksud perempuan yang mengikis wang atau harta teman lelaki atau suaminya dengan sewenang-wenangnya. Apa yang akan terjadi apabila mangsa dan gadis ‘pemburu’ ini sama-sama terperangkap di atas kapal percutian mewah?

Dua orang gadis pisau cukur, Bella (Maya Karin) dan Intan (Nur Fazura) dalam misi mereka dan bertemu dengan tiga orang Datuk dan seorang detektif bernama Ari (Aaron Aziz). Siapakah yang memburu dan siapa pula diburu? Dalam pelayaran yang penuh kejutan dan kelucuan ini, sama-sama kita saksikan di Netflix! – Zaidi Che

 

'Hi Bye, Mama!' (Netflix) 

Drama bersiri tahun 2020 ini memang layak ditonton secara marathon pada hujung minggu. Drama yang menjentik perasaan ini bukan sahaja mengundang air mata, tetapi ia juga mengundang tawa menerusi aksi-aksi lucu spontan.

Memang jalan ceritanya ‘merepek’, tetapi mesej yang cuba disampaikan bukan enteng. Ia membuka mata penonton agar lebih menghargai kehidupan dan menghargai setiap detik-detik bersama insan tersayang.

Secara ringkasnya, 'Hi Bye, Mama' mengisahkan tentang Cha Yu-Ri (Kim Tae-Hee) yang menjadi hantu setelah meninggal dunia akibat dirempuh sebuah kenderaan. Dia meninggalkan suaminya Jo Kang-Hwa (Lee Kyu-Hyung) dan anak yang sedang dikandung ketika kemalangan. 

Sepanjang tempoh lima tahun, Cha Yu-ri sentiasa mendampingi anak dan suaminya kerana tidak sanggup meninggalkan mereka. Suatu hari dia berlaku insiden di mana dia ‘dihidupkan’ semula dan diberi masa 49 hari untuk mendapatkan tempatnya semula sebagai seorang isteri dan ibu.

Jika berhasil, ini bermakna dia akan terus hidup. 

Biarpun misi ini nampak mudah dan boleh dianggap peluang keemasan, tetapi perkara sebaliknya berlaku. Banyak konflik berlaku sehingga Cha Yu-Ri mengangap kepulangannya hanya mengundang kesedihan.  Tonton drama bersiri ini di Netflix- Rahayu MN 

 

Suatu Ketika (Netflix) 

Filem Suatu Ketika yang diinspirasikan daripada kisah benar ini mengisahkan tentang semangat juang kanak-kanak sekolah kampung menentang pelajar sekolah British di dalam pertandingan bola sepak.

Berlatarbelakangkan era sebelum merdeka tahun 1952, ia bermula dengan  impian seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang mencuba sedaya upaya untuk menubuhkan sebuah pasukan bola sepak. Biarpun mempunyai masalah kesihatan, namun dia tetap tekad untuk menggapai cita-cita dan impiannya itu. 

Dengan bantuan seorang pekebun sekolah,menubuhkan sebuah pasukan bola sepak dan akhirnya pasukan bola sepaknya itu perlu bersaing dengan pasukan dari sekolah berprestij British, St James, untuk layak ke perlawanan JG Davidson Cup.

Sempena sambutan Hari Kemerdekaan negara yang ke-65 ini, barangkali kita patut meluangkan masa untuk menonton filem sebegini yang mampu membakar semangat patriotisme kita. 

Apatah lagi, ia sarat dengan pelbagai mesej positif mengenai persahabatan, perpaduan di antara rakyat Malaysia, semangat juang, kegigihan dan mengejar impian. 

Filem arahan Prakash Murugiah yang dibintangi 12 kanak-kanak berbakat termasuk pelakon nama besar seperti Namron, Pekin Ibrahim dan Farah Ahmad ditayangkan di Netflix - Ellyna Ali

 

Show & Tell Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (YouTube)

Sebuah drama pendek yang dihasilkan oleh Taylor’s Film berkisahkan tentang sekumpulan murid sekolah rendah yang ditugaskan untuk melukis dan menceritakan tentang perkara yang ingin dicipta untuk memajukan Malaysia. 

Pelbagai perkongsian dan visi yang dipaparkan sehinggalah seorang murid bernama Haziq yang ingin membuat robot pembantu rumah dan diketawakan oleh rakannya yang lain.Kemudian keadaan menajadi sayu, syahdu dan sedih disebalik cerita mengapa dia ingin mencipta robot tersebut. 

Drama ini cipta sempena Hari Kebangsaan 2022 dan bertujuan untuk memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia supaya membuka mata terhadap generasi baharu ini yang akan memajukan negara satu hari nanti. Anda boleh menontonnya menerusi saluran Youtube rasmi Taylor’s Universiti  – Izwan Ramlan - Getaran, 27 Ogos 2022

Isu Pada

Datuk Hadi: Ledakan Meriam Gemparkan Komunis!

27 Aug 2022

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok