web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Dahlia’ Punya Makna Istimewa Dalam Hidup Nashrain

Nashrain yang telah lama menyepi mungkin mampu berbangga apabila single terbaharunya ini telah mencapai 70,000 tontonan di saluran YouTube.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Aug 2022 12:09PM

Nashrain - Gambar ihsan Armani Entertainment Group

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kembali dengan single terbaharu, ‘Dahlia’ di bawah naungan Armani Entertainment Group yang mencapai jumlah tontonan 70,000 di saluran YouTube, pastilah ia menggembirakan penyanyi bersuara lunak, Nashrain. 

Semuanya berjalan lancar seperti yang direncanakan dan walaupun masih baharu saya percaya lama-kelamaan ia akan membuahkan hasil kerana kejayaan tidak diraih dalam sekelip mata. 

Kebanyakan komen yang saya terima, ramai yang tertunggu bila saya akan muncul dengan lagu baharu setelah tidak muncul dengan mana-mana single setelah sekian lama,” katanya sewaktu mengulas tentang respon ‘Dahlia’ yang cukup memberansangkan. 

Jelas Nashrain lagi, ‘Dahlia’ mempunyai makna yang istimewa dalam hidupnya. 

 “Lagu ini adalah berdasarkan cerita sebenar yang berkait rapat dengan hubungan kekeluargaan, tambahan pula kita baharu sahaja dalam fasa pemulihan sejak berlakunya bencana COVID-19.

“Ramai yang kehilangan orang tersayang dan ada pula terpaksa berjauhan dengan keluarga, sebagai ketua keluarga saya harus menggalas tanggungjawab ini demi mencari rezeki dan mengejar cita-cita,” katanya. 

Sebagai penyanyi berpengalaman, Nashrain percaya pada bakat kerana tanpa bakat tidak akan kemana-mana.

“Dalam dunia serba moden ini, pembangunan teknologi digital hanya membantu dari belakang dan buka nombor satu, jadilah penyanyi yang sentiasa bersiap siaga, dan hargai sokongan peminat.

“Saya tidak mengejar kemasyhuran, saya betul-betul ikhlas dalam berkarya dan langkah pertama saya adalah menembusi pasaran arus perdana dan membuktikan kemampuan saya yang sebenar,” katanya lagi. 

Layak digelar comeback kid, Nashrain percaya peluang itu terbuka luas jika seseorang itu terus sabar dan yakin. 

“Untuk peminat yang mengenali saya, lagu ini untuk anda semua. Terima kasih kerana sentiasa menyokong saya dan percaya pada bakat yang saya ada. 

“Semoga ‘Dahlia’ menjadi permulaan peluang kedua saya dan doakan saya agar dapat berikan yang terbaik buat semua,” katanya lagi. 

Lagu ‘Dahlia’ boleh dimuat turun di iTunes serta dijadikan nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didapati melalui aplikasi penstriman atas talian popular seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.

Manakala MV single ini boleh ditonton oleh peminat secara eksklusif hanya di saluran YouTube Armani Entertainment. - Getaran, 21 Ogos 2022

Isu Pada

Fenomena Casablanca Nuha Bahrin, Naufal Azrin

20 Aug 2022

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh