web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kerjasama Pintar Bateriku.com, Emerald-Brembo Tawarkan Pelapik Brek Terkemuka Dunia

Bateriku.com menawarkan pelapik brek asli Brembo di hentian pit yang terpilih untuk pelanggan lama dan baharu. Sebagai permulaan brek ini boleh dipasangkan pada kenderaan Proton, Perodua, Honda dan Toyota.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Aug 2022 12:09PM

Bateriku (M) Sdn.Bhd. (Bateriku.com) telah mengadakan kerjasama pintar bersama Emerald Auto Sdn Bhd (Emerald-Brembo) dengan menawarkan produk pelapik brek asli ini di hentian pit yang terpilih - Gambar ihsan Bateriku.com

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelapik brek merupakan salah satu komponen yang penting perlu ada pada setiap kenderaan untuk memberikan fungsi memperlahankan dan menghentikan kenderaan.

Ia perlu sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan mempunyai tempoh masa tertentu untuk ditukar kerana ia akan lusuh, namun ia juga bergantung pada kekerapan dan jarak perjalanan anda memandu kereta.

Menyedari betapa pentingnya penggunaan pelapik brek ini, Bateriku (M) Sdn.Bhd. (Bateriku.com) telah mengadakan kerjasama pintar bersama Emerald Auto Sdn Bhd (Emerald-Brembo) dengan menawarkan produk pelapik brek asli ini di hentian pit mereka yang terpilih baru-baru ini. 

Ketua Pegawai Eksekutif Bateriku.com, Azarol Faizi dan Ketua Pegawai Eksekutif Emerald Auto Parts, Markz Lim
Ketua Pegawai Eksekutif Bateriku.com, Azarol Faizi dan Ketua Pegawai Eksekutif Emerald Auto Parts, Markz Lim

Merupakan syarikat perkhidmatan menukar bateri yang beroperasi  24 jam sehari dan sudah menabur khidmat kepada hampir 1 juta pelanggan, Bateriku.com kini amat berbesar hati untuk mengembangkan lagi perkhidmatan bersama syarikat-syarikat produk automotif yang lain.

Ketua Pegawai Eksekutif Bateriku.com, Encik Azarol Faizi berkata, sepanjang 8 tahun Bateriku.com ditubuhkan, mereka telah membuka pelbagai peluang untuk Bateriku.com mengembangkan lagi servis dan produk automotif yang bukan berpunca daripada masalah bateri.

“Melalui kolaborasi ini, insya-Allah kami yakin dapat meningkatkan lagi keberadaan Bateriku.com di dalam segmen 'Vehicle Ownership Experience’.

Azarol Faizi
Azarol Faizi

“Dengan jumlah kenderaan yang semakin meningkat di Malaysia, Bateriku.com kini bukan sahaja menawarkan servis dan penukaran pengendalian bateri malah membekalkan juga produk dan servis automotif lain untuk dimanfaatkan oleh semua pengguna kenderaan.

“Dengan tagline ‘Beyond Batteries’, misi kami sebagai 'Connected Roadside Assistance Provider' (CRAS) adalah untuk sentiasa mencari produk dan servis automotif yang mampu dimanfaatkan oleh pemilik kenderaan, usahawan, dan juga rakan-rakan bengkel,” katanya. 

Pemilihan Bateriku.com untuk mengadakan kerjasama pintar seperti ini bukanlah sesuatu yang memeranjatkan kerana Emerald-Brembo merupakan satu-satunya pengedar produk Brembo yang membekalkan pelbagai jenis pelapik dan cakera brek yang berkualiti tinggi serta boleh dipercayai.

Azarol Faizi dan Markz Lim melihat Astra, produk Bateriku.com
Azarol Faizi dan Markz Lim melihat Astra, produk Bateriku.com

Bersesuaian dengan tagline mereka, 'Every Car Deserves Brembo', pelapik brek Emerald-Brembo juga boleh dipasangkan kepada semua jenis jenama kenderaan. 

Namun, sebagai permulaan, pelapik brek yang disediakan adalah untuk kenderaan jenaam Proton, Perodua, Honda dan Toyota.

Sama ada pelanggan Bateriku.com yang lama atau baharu, pelapik brek yang ditawarkan berkualiti premium namun berharga mampu milik.

Dengan reputasi dan prestasi produk Brembo yang berada di peringkat automotif global, Bateriku.com amat berbangga dapat menjalin kerja sama pintar ini untuk memberikan yang terbaik kepada pemilik kereta tempatan. - Getaran, 21 Ogos 2022

Isu Pada

Fenomena Casablanca Nuha Bahrin, Naufal Azrin

20 Aug 2022

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh