web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Toy Eight Alat Saringan Awal Bantu Tumbesaran Kanak-Kanak.

Toy Eight merupakan alat saringan digital pertama di Malaysia yang berupaya membantu kanak-kanak, golongan kelainan upaya, untuk menerokai kemahiran yang ada pada diri mereka.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Aug 2022 4:39PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tumbesaran kanak-kanak pada peringkat awal amat penting dan perlu diberi perhatian. Kebanyakan ibu bapa tersalah tafsir bahawa tumbesaran anak kecil ini hanya membabitkan perubahan fizikal.

Hakikatnya, terdapat banyak lagi faktor lain yang menyumbang kepada perkembangan mereka termasuklah dari sudut pertuturan, emosi, pemikiran, tingkah laku dan seumpamanya.

Toy Eight yang merupakan sebuah syarikat baharu dalam teknologi pendidikan yang berasaskan Kecerdasan Buatan (AI) dari Jepun bukan sahaja dapat membantu mengesan kadar tumbesaran kanak-kanak.

Bahkan, ia berupaya membantu kanak-kanak, termasuk golongan kelainan upaya, untuk menerokai kemahiran yang ada pada mereka ini.

Diperkenalkan di Malaysia pada bulan ini, ia merupakan program alat saringan digital pertama di Malaysia yang ditawarkan menerusi telefon pintar.

Menerusi borang soal selidik yang perlu diisi ibu bapa, teknologi ini  direka untuk menilai perkembangan kanak-kanak dalam lima bidang utama iaitu Motor Kasar (tindakan fizikal menggunakan otot besar), Motor Halus (tindakan fizikal menggunakan otot kecil), pertuturan dan bahasa, perkembangan kognitif dan tingkah laku sosial atau adaptif.

Saringan perkembangan hanyalah satu kaedah untuk mengenal pasti sama ada anak anda berisiko mengalami perkembangan yang terbantut. Sama seperti mereka yang dewasa, kanak-kanak membesar mengikut rentak mereka sendiri.

Namun adalah penting untuk memantau kemajuan, kerana mereka mungkin berpotensi menghadapi masalah tumbesaran dan perkembangan.

Malaysia dilaporkan menjadi antara negara tertinggi yang mengalami masalah keciciran pembelajaran di kalangan negara Asia yang sedang pesat membangun. Terdapat segelintir kanak-kanak tidak dapat mengenal huruf pada usia lima tahun, sekali gus menunjukkan satu cabaran dalam kemahiran bahasa.

Selain itu, terdapat juga situasi di mana kanak-kanak tidak boleh menuruni tangga tanpa sokongan yang menunjukkan tahap ketidakmatangan yang cukup ketara  dalam kemahiran sosial dan emosi.

Perkembangan kanak-kanak berubah apabila mereka melalui beberapa fasa mengikut peningkatan umur mereka dan ibu bapa memainkan peranan penting dalam memahami setiap peringkat tersebut.

Ini termasuklah pencapaian asas seperti langkah atau perkataan pertama mereka. Justeru itu, teknologi Toy Eight ini dapat memastikan setiap kanak-kanak mendapat manfaat daripada proses saringan ini. Malah, dapat membantu ibu bapa memahami perkembangan anak mereka.

“Kami percaya, memahami dan menerima tahap perkembangan semasa kanak-kanak adalah langkah pertama dalam ilmu keibubapaan dan pendidikan. Mengenal pasti di peringkat awal ciri-ciri dan tahap perkembangan kanak-kanak adalah penting untuk ibu bapa dan guru membuat keputusan tentang cara membesarkan mereka.

“Hanya selepas itu seseorang boleh memutuskan cara untuk mengoptimumkan aspek pembelajaran. Dari sudut pandangan ini, kami bimbang dengan fakta yang dilaporkan bahawa kebanyakan negara Asia tidak memiliki sistem nasional untuk menyaring perkembangan kanak-kanak,” kata Masaki Ishibashi, Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Eksekutif Toy Eight.

Bagi memastikan ketepatan saringan, penciptaan teknologi ini melibatkan penyelidikan daripada Universiti Malaya, Sunway University, dan pakar dari Jepun. Mereka telah menghabiskan masa berbulan-bulan untuk mengkaji dan membina sistem ini.

Ini bagi menjamin kriteria penilaian yang berkualiti tinggi, dan mewujudkan norma untuk meminimumkan kesilapan manusia. Laporan saringan Toy Eight menunjukkan hasil yang cekap dan mudah difahami.

Jika terdapat mana-mana bahagian yang perlu ditangani, laporan akan dikeluarkan dan diberikan kepada ibu bapa untuk mengetahui keadaan sebenar anak-anak mereka untuk mendapatkan bantuan atau menjalani ujian tambahan.

“Menerusi kerjasama ini, kami menyasarkan untuk menangani isu sosio-pendidikan di Asia Tenggara dengan menjadikan penilaian perkembangan ini berpatutan dan boleh diakses sambil meningkatkan pemahaman terhadap tahap perkembangan kanak-kanak dengan pantas dalam komuniti dan kawasan berbeza,” kata Masaki. - Getaran, 14 Ogos 2022

Sumber: Xavier Mah Consultancy Sdn Bhd

Isu Pada

Rizman Ruzaini Membina Empayar

13 Aug 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kebajikan Dan Keselamatan Kanak-Kanak Perlukan Perhatian Segera – Pakar

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh