web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sikap Tidak Peduli Masalah Pendengaran, Antara Punca Warga Emas Nyanyuk

Masalah pendengaran boleh dihadapi oleh setiap lapisan umur yang jika tidak dirawat dengan segera boleh memberi risiko lebih serius.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Aug 2022 5:00PM

Masalah pendengaran menyebabkan warga emas kurang berkomunikasi, rasa terasing, kecewa, tidak yakin dan sukar bersosial - Gambar Hiasan oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sikap kurang ambil peduli terhadap masalah pendengaran pada peringkat awal dalam kalangan warga emas menyebabkan golongan itu berisiko menghidap penyakit nyanyuk (dementia).

Ketua Pegawai Eksekutif Eartistic Sdn Bhd Dr Nur Shasa ‘Ain Abdul Aziz berkata masalah pendengaran juga menyebabkan golongan itu kurang berkomunikasi, rasa terasing, kecewa, tidak yakin dan sukar bersosial.

“Gangguan ini berlaku secara beransur-ansur mengikut tahap serta bacaan desibel terhadap frekuensi bunyi dan ia boleh bersifat kekal atau hilang kepekaan pada usia lanjut (presbycusis) akibat proses degenerasi organ pendengaran.

“Secara umum, menerusi kajian dalam portal kesihatan di Malaysia kira-kira 30 peratus dalam kalangan warga tua berusia antara 65 hingga 75 tahun dan 50 peratus dalam kalangan usia 75 tahun mengalami masalah pendengaran sehingga 2019,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Kesedaran dan Saringan Pendengaran Dalam Kalangan Warga Emas di Pusat Warga Emas (PAWE) Kemumin, Pengkalan Chepa, Kota Bharu baru-baru ini.

Kira-kira 30 peratus dalam kalangan warga tua berusia antara 65 hingga 75 tahun dan 50 peratus dalam kalangan usia 75 tahun mengalami masalah pendengaran sehingga 2019 - Gambar hiasan Unsplash
Kira-kira 30 peratus dalam kalangan warga tua berusia antara 65 hingga 75 tahun dan 50 peratus dalam kalangan usia 75 tahun mengalami masalah pendengaran sehingga 2019 - Gambar hiasan Unsplash

Ceramah serta pemeriksaan saringan pendengaran itu melibatkan 60 warga emas dan turut dihadiri Ahli Audiologi Pusat Pendengaran Eartistic Cawangan Kelantan Fatin Zafirah Juhar Nawawi dan Pengerusi PAWE Kemumin Datuk Roomai Nor Ali.

Mengulas lanjut, Dr Nur Shasa ‘Ain berkata masalah pendengaran boleh dihadapi oleh setiap lapisan umur yang jika tidak dirawat dengan segera boleh memberi risiko lebih serius.

“Pesakit yang mengalami gangguan pendengaran mestilah mengambil ubat melalui pemantauan doktor dan tidak mengorek telinga menggunakan putik kapas atau benda-benda tajam yang boleh merosakkan gegendang telinga,” katanya.

Sementara itu, Roomai Nor berkata program julung kali itu diadakan bertepatan dan bersesuaian dengan pusat aktiviti harian warga emas berkenaan memandangkan ada dalam kalangan ahlinya mengalami masalah pendengaran sama ada masih di peringkat awal mahupun serius. 

“Ada di antara warga emas ini layak mendapat alat pendengaran percuma di bawah Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40), selain mereka adalah penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), pesara tentera dan pesara Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau yang masih berkhidmat,” katanya.

Seorang warga emas di PAWE Kemumin, Mustapha Mohamad Noor, 71, berkata beliau sudah memakai alat pendengaran sejak tiga tahun lepas setelah mengalami gangguan tidak dapat mendengar dari arah belakang.

“Setiap enam bulan sekali alat pendengaran perlu diservis supaya dapat digunakan dengan lebih lancar dan tahan lama,” kata pesara guru itu. - Bernama

Isu Pada

Cantik Di Mata, Memikat Selera

06 Aug 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Warga Emas Rugi Lebih RM200,000 Terpedaya Skim Pelaburan Tidak Wujud

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Warga Emas Maut Dipercayai Dibunuh Anak OKU Mental

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Akauntan Rugi Lebih RM2.2 juta Diperdaya Sindiket Pelaburan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Pusat Jantung Hospital Serdang Hadapi Masalah, 4 Dewan Bedah Tak Boleh Diguna

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh