web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


3 Model Terbaharu Gabungan Modenas Dan Kawasaki Cetus Rasa Ghairah Peminat Motor

Mampukah penampilan keluaran tiga model terbaharu hasil gabungan Modenas dan Kawasaki memikat hati peminat motor dari sudut reka bentuk dan teknologinya? Teruskan membaca ulasan ini.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 31 Jul 2022 6:15PM

Modenas Ninja 250 ABS - Gambar ihsan Kawasaki

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Individu yang menggemari kenderaan jenis motosikal pastinya mempunyai minat dan kehendak yang tersendiri terhadap spesifikasi dan reka bentuk yang dihasilkan syarikat-syarikat pengeluar motosikal ini . 

Khamis baru-baru ini, penulis telah menghadiri satu majlis pelancaran motosikal yang dicetuskan hasil daripada gabungan jenama ikonik Malaysia Modenas bersama syarikat pengeluar motosikal Jepun iaitu Kawasaki. 

Menerusi acara tersebut, Modenas telah memperkenalkan tiga model terbaharu mereka iaitu Modenas Ninja 250, Modenas Ninja 250 ABS dan Modenas Z 250 ABS. Ia menampilkan reka bentuk dalam kategori sport bike dan naked bike bagi menarik minat serta memenuhi cita rasa pengguna di luar sana.

Ikuti ulasan penulis terhadap ketiga-tiga model keluaran gabungan Modenas dan Kawasaki ini. 

Modenas Ninja 250 ABS
Modenas Ninja 250 ABS

Model Ninja 250 dan Ninja 250 ABS memiliki rekaan luaran yang lebih kurang sama dan kelihatan lebih besar. Kedua-duanya mempunyai ukuran panjang 1,990mm, lebar 71mm, tinggi 1,125mm, jarak roda 1,370mm dan ketinggian tempat duduknya ialah 145mm. 

Tetapi untuk Ninja 250 ABS, ada sedikit perbezaan pada berat keseluruhan termasuk pengisian minyak penuh sebanyak 14 liter adalah 167kg berbanding Ninja 250 yang memiliki berat keseluruhan 165 kg.

Modenas Z 250 ABS
Modenas Z 250 ABS

Namun, ia agak berbeza sedikit dengan spesifikasi yang ada pada Modenas Z 250 ABS terutama di bahagian badan motosikal. Ia kelihatan lebih lebar, mempunyai ukuran luas sebanyak 800mm serta memiliki ketinggiannya, 1,060mm.

Bagi harga pasaran pula, Modenas Ninja 250 bernilai RM18,900,  Modenas Ninja 250 ABS (RM20,500) manakala Modenas Z 250 ABS (RM19,500).

Modenas Ninja 250 ABS
Modenas Ninja 250 ABS

Ketiga-tiga model ini bagaimanapun dipasangkan dengan komponen enjin dua silinder DOHC 249 cc untuk menghasilkan kemampuan tahap kuasa dan kelajuan yang sama iaitu 23Nm pada 10,000rpm (tork) serta jana kuasa sekitar 37 HP pada 12,500rpm. 

Bahkan, ia turut memiliki transmisi enam kotak gear kelajuan dan dipasangkan teknologi klac jenis assist & slipper. 

Dari segi teknologi Kawasaki, perbezaan ketara pada ketiga-tiga model ini dapat dilihat menerusi sistem brek antikunci (ABS). Ia hanya dipasangkan pada model Ninja 250 ABS dan Z 250 ABS sahaja.

Modenas Ninja 250 ABS
Modenas Ninja 250 ABS

Menurut pandangan penulis semasa duduk di atas ketiga-tiga model tersebut, Ninja 250 dan Ninja 250 (ABS) amat sesuai buat individu yang meminati reka bentuk motosikal yang besar. 

Tambahan pula, posisi badan anda akan tampak selesa ketika menungganginya. Namun, perlu diingatkan bahawa ia juga bergantung kepada keselesaan struktur badan individu.

Ini kerana kedudukan badan perlu dibongkokkan sedikit untuk mendapatkan posisi yang lebih praktikal semasa menunggang, sama ada dengan kelajuan yang sederhana atau pecutan lebih pantas.

Modenas Z 250 ABS
Modenas Z 250 ABS

Berbanding dengan Z 250 ABS, walaupun spesifikasinya tidak jauh beza dengan dua model sport bike di atas, penampilan rekaan naked bike ini lebih nampak slim. Malah set penutup badan motosikalnya juga lebih terbuka dan kompak serta tidak mengembang.

Model ini lebih sesuai ditunggangi oleh golongan wanita atau individu yang bertubuh kecil.

Modenas Z 250 ABS
Modenas Z 250 ABS

Ketika duduk di atas model ini, penulis dapat merasakan ruangan kaki agak rapat dan tidak terlalu terkangkang semasa memijak di bahagian pedal. Malah, badan anda juga boleh dilaraskan pada posisi tegak atau sedikit membongkok kerana rekaan model ini membolehkan anda menunggang secara santai dan ia juga nampak lebih ranggi.

Apapun, ketiga-tiga model baharu yang dicetuskan hasil gabungan jenama Modenas dan Kawasaki ini telah pun dijamin berkualiti, berteknologi tinggi dan harga mampu milik. 

Atas sebab itu, ia dilihat mampu mengghairahkan lagi dunia permotoran di Malaysia, apatah lagi bila ia akan berada di semua wakil pengedar sah Kawasaki mulai 1 Ogos 2022. - Getaran, 31 Julai 2022

Isu Pada

'Time Bomb' Isaac Voo

30 Jul 2022

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 3 tahun yang lalu

Tai Burger - Resepi Unik Kedai Burger Jalanan

2

Teknovasi 3 tahun yang lalu

Menakjubkan! Inilah Motosikal RE-EV Pertama Malaysia

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi