web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


“Kami Masih Mesra, Malah Naik Kereta Yang Sama Ke Mahkamah” – Afdlin Shauki

Biarpun sudah bercerai, namun Datuk Afdlin Shauki dan bekas isterinya Maria Christina masih mesra sebagai sahabat dan juga ibu bapa kepada tiga orang anak perempuan mereka

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jul 2022 9:40PM

Afdlin Shauki dan Maria Christina kekal mesra sebagai sahabat. - Gambar Instagram Afdlin Shauki

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Hari ini berita mengenai penceraian pelakon dan pengarah terkenal iaitu Datuk Afdlin Shauki dan bekas isterinya, Maria Christina Orow cukup hangat diperkatakan.

Apatah lagi, mereka mengambil keputusan tersebut selepas 25 tahun melayari bahtera rumah tangga bersama. 

Selepas Christina memuatnaik kenyataan mengenai berita perceraian mereka di akaun Instagram semalam, Afdlin akhirnya membuka mulut mengenai berita perceraiannya mereka itu  kepada pihak The Vibes. 

Afdlin Shauki - Gambar Fail
Afdlin Shauki - Gambar Fail

“Saya tidak rasa saya boleh beri kenyataan yang lebih baik dari kenyataan yang dikongsikan Christina. Apa yang ditulisnya itu adalah apa yang telah kami lalui dan rasai di antara satu sama lain ketika ini,” katanya.

Kongsinya lagi, sebelum dia dan Christina membuat keputusan untuk bercerai, mereka berdua telah duduk berbincang bersama ketiga-tiga anak mereka untuk menerangkan situasi hubungan mereka sejara jujur dan terbuka. 

“Sudah tentu sebelum memulakan sesi perbualan, kami tidak tahu bagaimana anak-anak akan menerima berita ini, tetapi kami sentiasa bersikap terbuka dengan mereka malah membenarkan mereka untuk meluahkan apa yang terbuku dalam fikiran mereka. 

“Walaupun saya dan Christina mungkin mempunyai matlamat hidup yang berbeza, kami akan tetap komited untuk menunaikan tanggungjawab sebagai ibu bapa dan melakukan apa saja untuk memastikan anak-anak kami terjaga,” ujarnya.

Ditanya adakah dia terkejut apabila anak-anak dapat menerima berita itu dengan penuh kematangan. 

Kata Afdlin, hal itu mungkin dusebaban dia sentiasa bersikap terbuka dengan anak-anak unttuk mereka untuk bercakap apa yang ada di dalam fikiran mereja. 

“Kami tahu, kami perlu bersikap juga dan mereka sangat matang dari segala sudut,” katanya lagi. 

Ditanya adakah penglibatannya dalam dunia politik menjadi punca kepada keretakan rumahtangga yang dibinanya selama 25 tahun, Afdlin enggan mengulas lanjut mengenai pertanyaan itu.

Afdlin dan Maria bercerai sejak April lalu. - Gambar Instagram Afdlin Shauki
Afdlin dan Maria bercerai sejak April lalu. - Gambar Instagram Afdlin Shauki

“Saya tidak boleh mengulas dengan lebih lanjut mengenai hal ini. Tetapi apa yang pasti, ianya tidak mudah untuk saya mengatasi perkahwinan yang sudah terbina selama 25 tahun. Tetapi ikatan istimewa kami sebagai sahabat akan kekal tidak kira apa jua yang berlaku. 

Malah kami pergi ke mahkamah menaiki kereta yang sama. Makan tengah hari selepas itu pun bersama. Kami masih mesra seperti biasa. 

“Tidak perlu bertelagah satu sama lain demi mempertahankan kebahagian masing-masing. Inilah yang kami harapkan selepas perpisahan ini” kongsi Afdlin. 

Dalam posting yang dimuatnaik Christina, bekas isteri Afdlin itu memberitahu bahawa pandemik  yang melanda juga telah merubah kedua-duanya dan apabila keadaan kembali normal tahun ini, mereka merasakan ada beberapa perkara yang mereka tidak lagi mampu untuk berkompromi bersama. 

Susulan itu, dia dan Afdlin sepakat untuk bercerai pada April lalu sewaktu bulan Ramadan, iaitu beberapa bulan sebelum mereka menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-25.

Afdlin dan Christina,mendirikan rumahtangga  sejak tahun 1997. Sepanjang 25 tahun hidup bersama, mereka telah dikurniakan tiga cahaya mata perempuan.  – Getaran, 23 Julai 2022

Isu Pada

Awie - Kemudi Empayar Wings

23 Jul 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

4 Pelakon Sado Dan Kacak Ini Dikaitkan Dengan Kes Pukul Kekasih

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Pelakon Filem Paku Tanah Jawa, Masayu Anastasia Kagumi Maya Karin 

3

Seni & Hiburan 2 tahun yang lalu

Pembatalan Permit Persembahan Sharul Channa Ambil Kira Laporan Polis Video Berkait Isu 3R

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Bella Astillah Nekad Bercerai Dengan Aliff Aziz

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh