web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


5 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

Buntu mahu tonton apa minggu ini? Kami di Getaran ada cadangan. Setiap minggu, kami akan kongsikan lima tajuk yang boleh anda tonton lewat platform-platform penstriman yang ada di negara kita. Semoga terhibur.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jul 2022 8:08PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

'The Heart of Genius' - iQIYI

Sebuah drama bersiri original iQIYI 'The Heart of Genius' sudah mula ditayangkan dan mendapat rating sehingga sembilan bintang oleh penonton walaupun baru enam episod bersiaran. Ia menceritakan tentang Zhau Xi yang mempunyai seorang bapa yang menghidapi Alzheimer.

Dia dan bapanya masing-masing merupakan seorang matematik genius. Bukan itu sahaja, ceritanya menjadi bertambah menarik apabila matematik telah membawa Zhau Xi ke zaman sewaktu dia berusia 13 tahun untuk menyertai semula Olimpiad Matematik yang sebelum ini gagal dilakukannya. - Wafa Aula

 

Zarul Umbrella Bersama Datin Fouziah Gous (YouTube)

Akhirnya permintaan ramai subscriber saluran YouTube Zarul Umbrella untuk melihat dia menemu bual Datin Fouziah Gous yang merupakan bekas pramugari Malaysia Airlines tercapai. 

Menerusi video terbaru yang dimuat naik Zarul, dia telah berkesempatan bertemu bekas rakan sekerjanya itu di majlis pelancaran Batik Air. Lantas dia terus menyambar Fouziah untuk ditemu bual.  

Untuk episod kali ini, Fouziah telah berkongsi beberapa pengalaman menariknya sebagai bekas pramugari. Antaranya beliau merupakan model atau wajah kepada Malaysia Airlines. 

Malah beliau  juga pernah berdepan detik cemas apabila terpaksa menginap di hotel lokasi kejadian bunuh diri yang masih mempunyai kesan darah. - Helmi Anuar

 

'Stairway to Heaven' (YouTube)

Meskipun drama 'Stairway to Heaven' telah lama disiarkan namun kepada peminat cerita lama Korea, ia antara drama yang menjadi pilihan.

'Stairway to Heaven' diterbitkan pada 2003 dan dilakonkan oleh pelakon terkenal Korea Selatan iaitu Choi Ji-woo, Kwon Sang-woo, Kim Tae-hee serta Shin Hyun-joon.

Ia adalah drama sedih dan berkisarkan kepada percintaan yang penuh dengan kesedihan selain tamak harta dan perebutan kekasih.

Paling menyentuh perasaan adalah watak Han Jung-suh yang dilakonkan Choi Ji Woo yang meninggal dunia akibat kanser. Hang Jung Suh terpisah lama dengan kekasih zaman persekolahannya, Cha Song-joo (Kwon Sang-woo) gara-gara sikap cemburu adik tirinya yang dilakonkan Kim Tae Hee.

Watak Cha Song Joo bermain piano di tepi pantai selepas kematian Hang Jung-suh amat meruntun hati. Drama ini boleh disaksikan menerusi YouTube. - Habibah Omar

'Boo, B*tch' (Netflix)

Apa rasanya bila mati ketika anda baru mahu live life to the fullest?

Erika Vu terpaksa menerima hakikat bahawa kehidupannya sudah berakhir dek tragedi tak disangka-sangka.

Dia bingung dan bertambah panik apabila mendapati dirinya masih ‘terkandas’ di dunia kerana ada urusan yang belum sempat disempurnakan.

Dengan bantuan sahabat baik, Gia, Erika cuba menyelesaikan misteri unfinished business miliknya dan pada masa sama menikmati kehidupan yang selama ini diimpikan.

Semuanya berjalan lancar sebelum satu demi satu masalah mula melanda, hingga akhirnya dia berdepan kejutan tidak diduga.

Apakah kejutan itu? Dan apa pula unfinished business yang cuba diselesaikan?

Siri mini lapan episod ini sarat dengan nilai persahabatan dan kasih tulus sahabat sejati. Biarpun padat dengan adegan lucu dan bahasa yang agak kasar, ia pasti berhasil menerbitkan air mata anda.

Awas! Siri ini hanya untuk tontonan individu 16 tahun ke atas. - Sophia Ahmad

 

Love and Monsters (Netflix)

Bayangkan dunia tiba-tiba dimonopoli haiwan bersaiz gergasi. Demikian kesan mutasi senjata nuklear yang pada awalnya membantu memusnahkan komet yang kononnya akan bertembung dengan bumi.

Tujuh tahun berselang, manusia memilih untuk hidup secara berkoloni di bawah tanah. Termasuklah Joel Dawson, seorang pemuda yang dikenali penakut, kurang keyakinan diri namun baik hatinya.

Demi cinta, Joel sanggup meninggalkan koloninya untuk mencari Amy, kekasih hati yang lama terpisah.

Saksikan pengembaraan Joel lakonan Dylan O'Brien dalam mencari cinta dan mengenal diri sepanjang Julai ini, hanya di Netflix. - Suzan Ahmad

Isu Pada

Awie - Kemudi Empayar Wings

23 Jul 2022

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh