web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


2 Penginapan Baharu Mesti Cuba Di Pulau Pinang

The Ascott Limited membuka dua lagi penginapan mewah di Seberang Perai dan George Town, Pulau Pinang.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jul 2022 5:14PM

Bilik di Ascott Gurney, Penang - Gambar ihsan Ascott Malaysia

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pulau Pinang memang terkenal sebagai destinasi pelancongan dan perniagaan di wilayah utara Semenanjung Malaysia.

Tak lupa juga, bagi mereka yang ingin melawati Pulau Mutiara ini, tentu sahaja tercari-cari penginapan yang selesa dengan lingkungan harga mampu milik untuk didiami seisi keluarga.

Tidak usah gusar lagi, kami senaraikan dua tempat penginapan terbaharu yang selesa dan mewah, sesuai untuk lawatan perniagaan, mahupun bercuti, yang boleh anda cuba di Pulau Pinang, seperti di bawah:

Kolam renang anta permana Sky Residence Prai by The Ascott
Kolam renang anta permana Sky Residence Prai by The Ascott

#1 Sky Residence Prai Managed By The Ascott Limited

The Ascott Limited (Ascott) membuka Sky Residence Prai Managed by The Ascott Limited, sebuah hotel yang berkonsepkan pangsapuri pertama di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Terletak di Juru Sentral berdekatan Auto City Juru dan berhadapan Icon City,  ia dihubungkan dengan lebuhraya utama seperti Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya Butterworth-Kulim.

Pengurus Kediaman Sky Residence Prai, Boon Kae berkata, “Sky Residence Prai Managed by The Ascott Limited merupakan hotel berkonsepkan pangsapuri bertaraf antarabangsa pertama di Pulau Pinang. Ia juga mendapat pengiktirafan empat bintang,

Bilik tidur Sky Residence Prai by The Ascott
Bilik tidur Sky Residence Prai by The Ascott

“Baru-baru ini, Ascott dianugerahi ‘Leading Serviced Apartment Brand’ di Asia dan Malaysia pada majlis World Travel Awards 2021.

“Kami mengalu-alukan kedatangan para pengunjung dan pelancong untuk menikmati sendiri perkhidmatan Ascott yang bertaraf anugerah ini, seikhlas hati kami,” ucap Boon Kae.

Sky Residence Prai Managed by The Ascott Limited menawarkan 168 unit bilik yang merangkumi bilik-bilik dari jenis studio sehingga jenis pangsapuri (dua bilik). 

Jenis pangsapuri ini lengkap dengan dapur, ruang makan dan ruang tamu yang luas, membuatkan tamu berasa selesa seperti berada di rumah sendiri.

Ruang dapur unit pangsapuri Sky Residence Prai by The Ascott
Ruang dapur unit pangsapuri Sky Residence Prai by The Ascott

Ia turut disertakan dengan kelengkapan rumah moden seperti dapur pintar, mesin basuh pintar dan televisyen pintar. 

Di sinit, anda boleh mencapai keseimbangan antara pekerjaan, kehidupan dan pelancongan. 

Hotel pangsapuri ini turut menawarkan prasarana-prasarana santai seperti kolam renang anta permana (infinity pool), jakuzi dan gimnasium mini.

Kolam renang di Ascott Gurney Penang
Kolam renang di Ascott Gurney Penang

#2 Ascott Gurney Penang

The Ascott Limited (Ascott) turut menambah cawangan hotel terbaharu, Ascott Gurney Penang, sebuah hotel penginapan di George Town, Pulau Pinang. 

Ascott Gurney Penang terletak di lokasi tumpuan pelancongan terkenal iaitu berhadapan Persiaran Gurney dan berhampiran Medan Selera Gurney. 

Berdiri megah setinggi 36 tingkat, hotel pinggir laut ini menawarkan 271 unit penginapan merangkumi pelbagai jenis bilik serta pangsapuri mewah (dua bilik), lengkap perabot, dapur dan mesin basuh.

Bilik tidur di Ascott Gurney Penang
Bilik tidur di Ascott Gurney Penang

Pengurus Besar Ascott Gurney Sharon Ang berkata, “Ascott mempunyai kehadiran yang kukuh di bandar-bandar utama Malaysia.

“Sehubungan itu, Ascott Gurney Penang akan direka dengan konsep yang bakal mempertimbangkan corak pelancong moden pada hari ini.

“Kami komited dalam menawarkan pengunjung satu pengamalan hospitaliti yang berkualiti di salah satu bandar paling mesra di Malaysia ini.

“Projek ini selaras dengan strategi kami untuk menempatkan hotel di kawasan perdana bandar, yang membolehkan tetamu kami menikmati kemudahan yang lebih besar dan mudah,”  ucap Sharon.

Konsep pangsapuri di Ascott Gurney
Konsep pangsapuri di Ascott Gurney

Melengkapkan lagi pengalaman penginapan, Ascott Gurney Penang turut menawarkan prasarana-prasarana mewah seperti restoran, bankuet, bilik mesyuarat dan kelab kanak-kanak.

Prasarana-prasarana santai juga ditawarkan seperti kolam renang anta permana, kolam renang kanak-kanak, taman kanak-kanak, ruang barbeku, gimnasium dan sauna. 

Jamu mata dengan keindahan seni rekaan dalamannya. Menariknya, hiasan dalaman hotel ini direka oleh pereka hiasan dalaman terkenal, Kian Liew. 

Ascott Gurney Penang turut dilengkapi dengan unit residensi, pejabat dan ruang komersial. – Getaran, 17 Julai 2022

Isu Pada

Adicita Pa’din Musa

16 Jul 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Langgar Polis Semasa Op Tapis Khas, Lelaki Ditahan

2

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

32 Gerai Penjaja Di Batu Ferringhi Musnah Dijilat Api

3

Semasa 1 tahun yang lalu

PEMENANG Rancang Bawa Kembali 10,000 Keluarga Melayu Ke George Town

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Penganjur George Town Festival Mohon Maaf, Tarik Balik Video Kontroversi

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh