web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Restoran Hidang Serangga Kumbang Dalam Gaya ‘Fine Dining’

Antara ‘protein’ yang tersedia di restoran ini ialah cacing, cengkerik, belalang, kumbang dan ulat yang ‘dikahwinkan’ dengan bijirin, makanan laut dan sayur-sayuran yang membuka selera.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jul 2022 8:00PM

Antara hidangan yang disediakan di restoran Insects In The Backyard - Gambar Instagram Insects In The Backyard

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Makanan Thai dengan rakyat Malaysia memang tidak dapat dipisahkan. Antara yang memanggil-memanggil untuk dinikmati ialah tomyam, kari hijau, daging harimau menangis, som tam, pulut mangga dan panang kari. 

Namun begitu, masyarakat Thailand juga terkenal dengan pelbagai makanan eksotik seperti serangga goreng-gorengan. Makanan yang menjadi kegemaran tempatan ini bukan sahaja dijual di tepi-tepi jalan, malah ditawarkan oleh restoran atau kafe-kafe atasan.

Salah satu restoran yang terkenal dengan sajian serangga ‘fine dining’ ialah Insects In The Backyard yang terletak di Bangkok, Thailand. 

Insects in the Backyard ialah restoran pertama di Thailand yang membawa konsep seumpamanya di mana ia menggunakan makhluk atau serangga berkaki enam sebagai bahan santapan - Gambar Instagram Insects In The Backyard
Insects in the Backyard ialah restoran pertama di Thailand yang membawa konsep seumpamanya di mana ia menggunakan makhluk atau serangga berkaki enam sebagai bahan santapan - Gambar Instagram Insects In The Backyard

Restoran yang diterajui oleh Cef Eksekutif, Mai Thitiwat ini merupakan restoran pertama di Thailand yang membawa konsep seumpamanya di mana ia menggunakan makhluk atau serangga berkaki enam sebagai bahan santapan. 

Cef Mai dalam satu temubual bersama Bloomberg memberitahu dia tidak menyediakan makanan menakutkan, sebaliknya menghidangkan makanan yang kaya dengan protein. 

Antara ‘protein’ yang tersedia di restoran ini ialah cacing, cengkerik, belalang, kumbang dan ulat yang ‘dikahwinkan’ dengan bijirin, makanan laut dan sayur-sayuran yang membuka selera. 

Salah satu menu menarik ialah ravioli segar yang disumbat dengan isi ketam dan kumbang air, kemudiannya dihidangkan bersama sos ‘beurre blanc’ yang diselitkan dengan telur semut untuk mencipta rasa istimewa. 

Ravioli isi ketam dan kumbang air - Gambar Instagram Insects In The Backyard
Ravioli isi ketam dan kumbang air - Gambar Instagram Insects In The Backyard

Selain itu, Cef Mai juga mencampurkan serbuk cacing sutera dengan keju mascarpone untuk tiramisu berkrimnya. 

Cef Mai, 35, tidak membesar dengan memakan serangga di Bangkok. Sebaliknya, dia mengasah bakat memasaknya di dapur Thai dan Amerika. Di situlah dia belajar membuat masakan Itali, Perancis dan Amerika dalam gaya mewah. 

Insects In The Backyard wujud apabila beliau sedar bahawa dunia sebenarnya berhadapan dengan masalah kekurangan protein. 

"Populasi manusia semakin meningkat tetapi kita tidak mempunyai protein yang mencukupi. Jadi kita perlu mencari sumber protein yang lain untuk manusia terus bertahan," ulas Cef Mai kepada organisasi media bebas, NPR di awal pembukaannya.

Kenyataan Cef Mai ini tidak boleh disangkal kerana dalam satu laporan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 2013 mendedahkan bahawa walaupun ‘minat’ terhadap serangga yang boleh dimakan masih di peringkat awal, namun kumbang boleh menjadi sebahagian daripada penyelesaian untuk memberi makan kepada 9 bilion penduduk dunia menjelang 2050.

Kekapis bersama ulat bulu buluh dan sos puri parsli - Gambar Instagram Insects In The Backyard
Kekapis bersama ulat bulu buluh dan sos puri parsli - Gambar Instagram Insects In The Backyard

Daripada beribu-ribu spesies serangga yang diketahui di dunia, sekurang-kurangnya 1,900 spesis boleh dimakan. 

Sebelum restoran dibuka, dia mengembara di seluruh Thailand untuk melawat ladang yang membiak dan menuai serangga secara mampan, dalam persekitaran yang bersih dan mempunyai lesen untuk beroperasi. 

Sepanjang pengembaraan itu, beliau telah merasai pelbagai jenis serangga dan kumbang. Kemudiannya menghabiskan masa enam bulan menghasilkan sajian kegemarannya dalam resipi yang berbeza. 

Dia seboleh-bolehnya mengelakkan diri daripada mengambil daging babi, lembu dan ayam kerana serangga dan kumbang mempunyai jejak karbon yang sangat sedikit, berkhasiat dan tidak memerlukan banyak tanah atau air untuk pemeliharaannya.

Fettuccine sos krim bersama ulat kelapa - Gambar Instagram Insects In The Backyard
Fettuccine sos krim bersama ulat kelapa - Gambar Instagram Insects In The Backyard

Sesungguhnya hanya mereka yang berhati kental sahaja berani mengunjungi restoran yang menghidangkan menu ‘next-level’ ini. 

Buat yang beragama Islam pula, tidak semua serangga yang boleh dimakan menurut hukum syarak. Jadi hati-hati memilih makanan kalau ke sini.

Biarpun setiap pinggan mungkin nampak menakutkan, tetapi seni kulinari yang dipamerkan sebenarnya memikat mata. Jika dikongsi di platform media sosial, tidak mustahil mendapat tanda suka atau ‘likes’ bukan sedikit.

Malah, segenap inci restoran ini menampilkan dekorasi bertemakan serangga. Patung perangkap lalat Venus gergasi menghiasi siling dan koleksi rama-rama yang cantik tergantung di dinding.

Manakala tingkap dari lantai ke siling menghadap ke tumbuh-tumbuhan tropika yang subur, bagaikan bukan berada di tengah kota yang tidak pernah tidur. - Getaran, 10 Julai 2022

Isu Pada

Erti Pengorbanan Daphne Iking

09 Jul 2022

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Festival Air Sedunia Maha Songkran Bermula Di Thailand

2

TARA 2 tahun yang lalu

Bangkok Juga Sesuai Untuk Percutian Keluarga

3

TARA 3 tahun yang lalu

Berjanji Dengan Saya, Anda Semua Akan Jadi Sahabat Saya – Antara Interaksi Conan Gray Dengan Peminat Di Bangkok 

4

TARA 3 tahun yang lalu

Kalau Ke Chiang Mai, 2 Hotel Di Kawasan Bazar Malam Ini, Wajib Untuk Anda Cuba  

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh