web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hei Lelaki! Ini 3 Tip Pilih Kasut Dengan Tepat

Kasut membuatkan kaki anda lepuh? Simpson Wong berkongsi tip sebelum anda membeli kasut.

TARA Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jul 2022 4:05PM

Kasut yang selesa tidak hanya bergantung pada satu elemen semata-mata, sebaliknya ia merupakan gabungan beberapa faktor penting. - Gambar hiasan Unsplash

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mahu tidak mahu, kasut sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian kita. Sama ada untuk tujuan bekerja, bersenam mahupun hanya rekreasi harian, kasut sentiasa menemani kita.

Rata-rata seorang lelaki menghabiskan masa lapan hingga 10 jam memakai kasut pada satu-satu masa atau hari.

Namun, dalam sekian banyak kasut yang kita miliki, tentu sahaja ada sepasang atau dua pasang kasut yang menjadi kegemaran. Betul atau tidak?

Jawapannya, tentulah kerana keselesaannya.

Simpson Wong
Simpson Wong

Sering diabaikan, sepasang kasut yang selesa itu tadi tidak hanya bergantung pada satu elemen semata-mata, sebaliknya ia merupakan beberapa gabungan faktor penting.

Faktor pertama ialah ‘bahan’. Faktor kedua, ‘pengudaraan’ dan faktor ketiga ialah ‘sokongan’. 

Ketiga-tiga faktor ini merupakan aspek-aspek penting untuk dipertimbangkan semasa anda memilih sepasang kasut. 

Pengasas dan Pengerusi Xes Shoes, Simpson Wong berkata, “sama seperti memilih pakaian, kita cenderung memilih ‘bahan’ yang paling selesa.

“Sebenarnya, terdapat pelbagai bahan yang digunakan oleh pereka dan pengilang kasut seperti kulit, kanvas, polyurethane, thermoplastic polyurethane dan banyak lagi.

Gambar dari Xes Shoes
Gambar dari Xes Shoes

“Sehingga hari ini tiada satu bahan pun yang dianggap sebagai bahan terbaik, sebaliknya anda hanya perlu memilih bahan berdasarkan gaya hidup dan tujuan penggunaannya.

“Misalnya, sepasang kasut kulit kelihatan gah bila digandingkan dengan sut dan tali leher tetapi ia tidak sesuai digunakan untuk anda bersukan atau menjaringkan gol,” ujar Wong.

“Satu trivia yang saya pelajari ialah kaki kita cenderung untuk melebar dan mengecut sepanjang hari bergantung pada suhu. Ia perlu dipertimbangkan semasa anda memilih sepasang kasut.

“Selalunya, bahan yang lebih lembut mengikuti perubahan saiz kaki kita dengan lebih baik. Justeru, ia memberikan kita kesesuaian yang lebih selesa.

“Ini menjawab persoalan mengapa berjalan dengan kasut yang diperbuat daripada bahan-bahan yang lebih keras pada hari yang panas terik amat memenatkan,” jelasnya lagi. 

Gambar dari Xes Shoes
Gambar dari Xes Shoes

Tambah Wong, “Kaki kita, seperti anggota badan yang lain juga, mengeluarkan peluh. Tanpa sistem ‘pengudaraan’ yang betul, anda mungkin memerangkap peluh di dalam kasut.

“Seterusnya, ia boleh menyebabkan jangkitan kulat atau bakteria seperti lepuh atau penyakit athlete's foot.

“Akhir sekali, tetapi tidak kurang pentingnya ialah ‘sokongan’. Sepasang kasut tanpa sokongan yang betul boleh memburukkan keadaan kaki anda.

“Tapak dalaman kasut ialah bahagian kasut yang paling penting apabila kita membicarakan soal sokongan ini. Ia harus mudah dilenturkan.

“Manakala tapak dalaman tengah harus agak keras untuk membenarkan perubahan gerakan yang tegap apabila kita melangkah. 

Gambar dari Xes Shoes
Gambar dari Xes Shoes

“Kaedah mudah untuk mengujinya ialah dengan membengkokkan kasut itu. Jika mudah lentur di bahagian hadapan dan keras di bahagian tengah, maka ia kasut yang baik,” jelasnya.

Walau tampak ringkas, tiga faktor yang dibincangkan tadi boleh membawa banyak manfaat jangka pendek dan panjang untuk kesejahteraan kaki anda.

Perkara terakhir yang tidak diingini selepas seharian penat bekerja ialah tapak kaki yang sakit sepanjang malam. 

Memilih sepasang kasut yang diperbuat daripada bahan-bahan yang selesa, memberi pengudaraan dan sokongan yang betul, haruslah sentiasa menjadi keutamaan.

Kegagalan memilih kasut yang tepat boleh membawa kepada ketidakselesaan dan kecederaan atau penyakit kaki yang mungkin menghantui anda di kemudian hari!. – Getaran, 9 Julai 2022

Isu Pada

Erti Pengorbanan Daphne Iking

09 Jul 2022

Berita Berkaitan

1

Gaya 2 hari yang lalu

Ramai Mahu Betulkan Kelopak Mata Demi Cantik, Tidak Sedar Ia Mungkin Petanda Penyakit

2

Gaya 3 minggu yang lalu

Minuman Sedia Diminum Semakin Jadi Sebahagian Rutin Harian

3

Gaya 1 bulan yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

4

Gaya 1 bulan yang lalu

Piala Dunia 2026: Penginapan, Kembara Dan Peluang Mendapatkan Tiket Percuma

Sorotan

1

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

2

PRN Negeri Sembilan: Ada Perbincangan Positif Dengan BN - PAS

3

Misteri Bau Busuk Terbongkar, Mayat Wanita Reput Ditemui Dalam Apartment

4

Pub Popular Terbakar, 27 Maut, Puluhan Cedera Parah 

5

Keputusan Kes Syed Saddiq: Bella Astillah, Keluarga Hadir Di Mahkamah Persekutuan 

6

Menang 8 Kerusi, ADUN PH Sedia Jalankan Tugas Pembangkang Dengan Penuh Integriti - Amirudin