1 jam yang lalu: Pengawal keselamatan ditahan bantu siasatan lelaki dipukul hingga mati1 jam yang lalu: Maybank perkenal ciri nyahaktif akses segera, tangani penipuan dalam talian1 jam yang lalu: Sukan SEA: Erry, Hafiz taruhan pingat di Kemboja1 jam yang lalu: India: Menteri Kesihatan Odisha maut ditembak2 jam yang lalu: Kurang 10 peratus syarikat culas bayar SST, negara rugi hampir RM150 juta - Kastam
Berita Terkini
1 jam yang lalu: Pengawal keselamatan ditahan bantu siasatan lelaki dipukul hingga mati1 jam yang lalu: Maybank perkenal ciri nyahaktif akses segera, tangani penipuan dalam talian1 jam yang lalu: Sukan SEA: Erry, Hafiz taruhan pingat di Kemboja1 jam yang lalu: India: Menteri Kesihatan Odisha maut ditembak2 jam yang lalu: Kurang 10 peratus syarikat culas bayar SST, negara rugi hampir RM150 juta - Kastam
Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.
Ketagihan bahan lucah atau pornografi amat membimbangkan dalam kalangan masyarakat masa ini.
Ia bukan sahaja melibatkan golongan dewasa malah terdapat segelintir kanak-kanak yang sudah mengalami kecenderungan tersebut.
Antara punca utama dikesan ialah sumber laman sesawang pornografi yang banyak dan mudah diakses oleh sesiapa sahaja walaupun sudah disekat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Media (SKMM).
Pornografi mempunyai banyak kesan negatif, dan boleh mendorong seseorang itu untuk melakukan jenayah seksual seperti rogol akibat nafsu yang tidak dapat ditahan.
Namun mereka yang sedang mengalami situasi ketagihan bahan lucah sebenarnya boleh mendapatkan bantuan, walaupun sesetengah individu mempunyai perasaan malu untuk mendapatkan rawatan ketagihan ini.
Gambar Hiasan Unsplash
Minggu ini kami berkongsi cara untuk mengurangkan ketagihan bahan lucah yang boleh diamalkan untuk tujuan kebaikan.
Menurut seorang konsultan dalam bidang kesihatan psikologi dan mental, Amirah Hazwani Bakri menerusi sebuah perkongsian di ML Studio, terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan bagi mengurangkan ketagihan ini.
Gambar Hiasan, Unsplash
Berpuasa
Buat yang beragama Islam, berpuasa adalah latihan yang terbaik untuk menahan ketagihan keghairahan hawa nafsu dan menonton bahan lucah.
Maksud berpuasa itu sendiri sudah merujuk kepada menahan diri daripada lapar dan dahaga serta menghindari perkara yang boleh membatalkan puasa.
Namun perlu diingatkan, tidak semua individu memiliki kemampuan berpuasa setiap hari. Malah terdapat segelintir daripadanya masih tidak dapat mengawal ketagihan tersebut walaupun sudah berpuasa.
Jangan Kecam, Bantu Cari Jalan Keluar
Elakkan daripada memarahi atau mengecam individu yang mengalami situasi ini. Sebaliknya adalah lebih baik untuk memberi sokongan moral dan membantu mereka yang mahu berubah dengan mencari jalan untuk keluar daripada zon ketagihan tersebut.
Kesedaran Diri Dan Ketahui Kesan Buruk
Individu yang mengalami ketagihan bahan lucah perlu memulakan langkah pertama dengan mengenali dan menyedari bahawa diri mereka sudah berada di tahap ketagihan tersebut.
Kemudian kenal pasti apakah kesan atau perkara negatif yang terjadi dalam kehidupan seharian semasa menonton bahan lucah.
Sudah semestinya antara kesan yang jelas adalah ia membuang masa.
Buat yang bakal berumah tangga, ia boleh membawa kesan negatif terhadap hubungan suami isteri semasa melakukan hubungan intim pada masa akan datang.
Oleh kerana apa yang pernah ditonton mungkin tidak sesuai dengan harapan salah seorang pasangan, ia berpotensi merenggangkan rumah tangga.
Jadikan masalah ini sebagai motivasi dan peringatan pada diri untuk melawan ketagihan tersebut.
Gambar Hiasan Unsplash
Kurangkan Masa Dan Kekerapan Menonton
Secara dasarnya, kita tidak boleh memaksa diri atau individu lain untuk berhenti serta-merta daripada menonton bahan lucah.
Perasaan dan kehendak yang membuak-buak untuk menontonnya akan hadir dengan lebih tinggi akibat percubaan berhenti secara mengejut.
Kaedah untuk mengurangkan waktu menonton perlu bermula secara perlahan-lahan.
Sebagai contoh daripada tiga jam tontonan turunkan kepada dua jam.
Dari segi kekerapan pula, kurangkan daripada menonton selama lima hari kepada empat hari dalam masa seminggu.
Kemudian perlahan-lahan beralih kepada peringkat yang seterusnya.
Gambar Hiasan Pexels
Penangguhan Tindakan
Penangguhan yang dimaksudkan adalah ketika perasaan untuk menonton pornografi hadir dalam diri, tanamkan dalam pemikiran untuk melakukan perkara lain terlebih dahulu.
Sibukkan diri dengan perkara lain seperti minum air, berbual bersama rakan, bersenam dan seumpamanya.
Ini kerana amalan penangguhan seperti ini sedikit sebanyak mampu mengurangkan keinginan dengan sendiri.
Bahkan ia dapat membantu melupakan dan memalaskan diri, seterusnya menghilangkan hasrat untuk menonton bahan lucah tersebut.
Oleh itu kepada individu yang mengalami ketagihan terhadap bahan lucah, disarankan untuk berikhtiar dengan mencari penyelesaian.
Cubalah cara-cara yang dikongsikan di atas.
Berikanlah sokongan kepada mereka yang hendak berubah dan demi masyarakat sekeliling, jangan sesekali memandang rendah isu ini. - Getaran, 12 Jun 2022
Jiran Bantu Pindahkan Lelaki ‘Slipped Disc’ Ke PPS Politeknik Mersing
2
Semasa1 bulan yang lalu
Lelaki Ditahan Disyaki Miliki Bahan Pornografi Kanak-Kanak
3
Semasa2 bulan yang lalu
Pengundi Muda Dambakan Calon Sahsiah Terpuji, Bantu Selesai Isu Asas
4
Politik2 bulan yang lalu
Keluarga Bantu Ketika Berkempen, Lonjak Imej Calon Di Mata Pengundi
Langgani Berita Terkini
Dapatkan berita generasi baharu. Ambil tahu kisah kejadian terkini dengan segera.
Sorotan
1
Orkid Hibrid Baharu Dinamakan Sempena PM Dan Isteri
2
Kerajaan Pulangkan Wang Berkaitan 1MDB Kepada Parti Politik, Syarikat Dan Individu
3
‘Lebih Ramai Akan Tinggalkan UMNO, Sertai Saya Masuk PKR’ - Zahidi
Popular Sekarang
Semasa1 jam yang lalu
Putrajaya Meterai MoU, Rangka Kerja Keselamatan Siber, Digital Dan Ekonomi Hijau Dengan Singapura
Semasa4 jam yang lalu
Kerajaan Pulangkan Wang Berkaitan 1MDB Kepada Parti Politik, Syarikat Dan Individu
Politik6 jam yang lalu
Khairy Terbuka Sertai Parti Lain, Tidak Akan Kembali Kepada UMNO Sehingga…
Semasa18 jam yang lalu
Cuba Sogok Polis RM100, Warga Bangladesh Dicekup
Disyorkan untuk anda
TARA20 jam yang lalu
Pelajari Kehebatan Tamadun Islam Di Pusat Kebudayaan Dunia Raja Abdulaziz
oleh Rahayu MN
TARA1 hari yang lalu
Seramai 1.5 Juta Dijangka Banjiri Pulau Pinang Sempena Thaipusam
Tahun ini Thaipusam jatuh pada hujung minggu, manakala Isnin cuti umum. Dijangkakan penganut dari Medan, Jakarta di Indonesia dan Singapura akan hadir untuk men...
TARA1 hari yang lalu
Tanglung Peranakan Terbesar Di Malaysia Tarikan Terbaharu Di Jonker Walk, Melaka
Himalaya Sports tersenarai dalam Malaysia Book of Records dengan tanglung Peranakan setinggi 12 kaki yang mengagumkan.