Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Bongkah-Bongkah Kecil Mainan Tersohor Dunia Kini 90 Tahun

Jenama permainan tersohor dunia, Lego meraikan ulang tahun yang ke-90 dengan pelbagai inovasi menarik dan pertunjukan di Malaysia.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jun 2022 9:17AM

Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pada 2022, kajian Lego Play Well mendapati, lebih daripada 55,000 ibu bapa memikirkan tentang kemahiran dari segi kreatif, komunikasi, penyelesaian masalah dan keyakinan diri anak- anak ketika bermain. 

Ini merujuk kepada kanak-kanak daripada 30 buah negara yang menyatakan beriadah bersama keluarga memberikan kebahagiaan dan keseronokan kepada mereka. 

Bukan sahaja membantu meningkatkan lagi kemahiran seperti dinyatakan, malah empat daripada lima (85 peratus) ibu bapa menyatakan bahawa permainan binaan Lego sangat membantu anak-anak mereka.

Gambar ihsan Lego
Gambar ihsan Lego

Sempena sambutan ulang tahun The LEGO Group yang ke-90 di Malaysia, peminat Lego boleh hadir untuk menyaksikan pameran pemasangan Lego dalam bentuk fizikal pada 12 Jun ini bertempat di Mid Valley aras bawah kawasan pameran tengah. 

Pemasangan sesi kedua pula akan dijalankan pada 20 hingga 30 Julai bertempat di The Mall, Mid Valley Southkey Johor Bharu. 

Set 11021 LEGO Classic 90 Years of Play - Gambar ihsan Lego
Set 11021 LEGO Classic 90 Years of Play - Gambar ihsan Lego

Di samping itu, terdapat pelbagai keluaran siri Lego khas dan eksklusif yang ditawarkan sempena sambutan ulang tahun ini.

Antaranya ialah set 11021 LEGO Classic 90 Years of Play. Di dalam edisi tersebut, ia mempunyai 1,100 set permainan termasuk binaan ikonik seekor itik Lego tahun 1932  dan 15 jenis binaan bangunan yang boleh dicipta mengikut kreativiti pemain.

Lego salah satu jenama permainan paling dikenali di dunia berkat keunikan produknya yang membolehkan pemain mencipta pelbagai objek dengan hanya mencantumkan bongkah-bongkah kecil yang disebutkan tadi.

Pengasas The Lego Group, Ole Kirk Kristiansen - Gambar ihsan Lego
Pengasas The Lego Group, Ole Kirk Kristiansen - Gambar ihsan Lego

Ia dimulakan oleh seorang tukang kayu bernama Ole Kirk Kristiansen yang merupakan pengasas The Lego Group. 

Sehingga 1947, pembuatan permainan Lego diinovasikan dengan menggantikan bahan kayu kepada plastik. Jadi ia lebih tahan lama dan tidak mudah rosak. 

Siapa sangka sekarang syarikat ini bukan sahaja menjadi salah sebuah organisasi mainan terbesar di dunia, malah memberikan inspirasi kepada berjuta kanak-kanak setiap tahun.

Model pesawat X-Wing Fighter dari filem Star Wars di Times Square, New York - Gambar AFP
Model pesawat X-Wing Fighter dari filem Star Wars di Times Square, New York - Gambar AFP

Sehingga kini pembinaan Lego terbesar yang pernah dicatatkan adalah pembinaan model pesawat X-Wing Fighter Star Wars pada 2013. 

Ia menggunakan lebih daripada lima juta bongkah Lego untuk menghasilkan kapal angkasa ini mengikut saiz sebenarnya seperti dalam filem.

Gambar ihsan Lego
Gambar ihsan Lego

Syarikat ini juga telah memperluaskan lagi industri mereka kepada dunia permainan video. 

Mereka sudah mengeluarkan 180 jenis permainan video berdasarkan bentuk Lego yang sebenar seperti LEGO Racer (Perlumbaan Kereta), LEGO Star Wars dan banyak lagi. 

Gambar ihsan Lego
Gambar ihsan Lego

Di samping itu, pembikinan filem berdasarkan Lego sendiri juga telah dicipta untuk tontonan umum seperti siri LEGO Harry Potter dan LEGO DC Comics Superheroes. 

Gambar ihsan Lego
Gambar ihsan Lego

Permainan Lego juga dapat membantu kanak-kanak mengenali teknologi robotik dan pengekodan menerusi THE LEGO MOVIE, LEGO® dan MINDSTORMS®. 

Hari ini, Lego bukan lagi sekadar bahan atau bongkah plastik untuk kanak-kanak bermain, malah ia sudah mewujudkan fenomena yang baru di dunia.

Jika anda peminat permainan ini jangan ketinggalan menyaksikan binaan-binaan hebat ini di lokasi yang disebutkan tadi. - Getaran, 12 Jun 2022

Gambar ihsan Lego
Gambar ihsan Lego

Isu Pada

Siapa Di Hati Azrel Ismail?

11 Jun 2022

Sorotan

1

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

2

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara

3

Sultan Nazrin Dilantik Pengerusi MKI Bagi Tempoh 2 Tahun 

4

Agong, Raja Permaisuri Zahir Penghargaan Kepada Warga Pekerja

5

AstraZeneca Akui Vaksin COVID-19, Covishield Mampu Timbulkan Masalah Darah Beku

6

Saya Perlu Dapatkan Semula Keyakinan Diri - Zii Jia