Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Amal Di Balik Himpunan Kereta Mewah Terbanyak Di Malaysia

Persatuan pemilik jenama kereta mewah di Malaysia ini membuktikan mereka tidak pernah lupakan golongan kurang bernasib baik.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jun 2022 12:24PM

Gambar Hiasan Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Lamborghini adalah kereta ciptaan Itali dan ia merupakan salah satu jenama kenderaan mewah paling dikenali di dunia.

Dengan prestasi enjin yang hebat dan kelajuan yang pantas, kenderaan mewah ini juga terkenal dengan reka bentuk yang luar biasa.

Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa syarikat pengeluarnya iaitu Automobili Lamborghini S.P.A. adalah milik Volkswagen Group di bawah anak syarikat Audi sejak 1963.

Sebagai sebuah jenama mewah, harga bagi seunit kereta ini mencecah jutaan ringgit dan tergantung juga kepada permintaan khas pelanggan yang inginkan rekaan eksklusif sendiri. 

Rekod siri Lamborghini yang paling mahal pernah dikeluarkan ialah Veneno Roadster yang bernilai RM33.2 juta.

Gambar laman Facebook @Aurizn
Gambar laman Facebook @Aurizn

Di Malaysia, memang tidak ramai yang memiliki kenderaan ini gara-gara harganya yang mencecah jutaan ringgit.

Namun sebenarnya terdapat kelab Lamborghini Owner Malaysia (LOM) yang sudah ditubuhkan sejak 2014 dan bermula dengan hanya 50 ahli tetap. 

Kini kelab penggemar kereta mewah ini sudah memiliki 150 orang ahli tetap.

Gambar laman Facebook Piston.my
Gambar laman Facebook Piston.my

Pada 31 Mei lalu, persatuan komuniti Lamborghini Owner Malaysia (LOM) telah mengadakan sebuah program amal membantu rumah anak-anak yatim. 

Di acara amal tersebut, mereka telah berjaya mengumpulkan sebanyak 77 buah kereta Lamborghini dan telah mencatatkan sejarah dalam Malaysia Book Of Records sebagai pengumpulan jumlah kenderaan Lamborghini terbanyak dalam satu acara di Malaysia.

Gambar laman Facebook @Aurizn
Gambar laman Facebook @Aurizn

Menurut Presiden LOM. Datuk Roslan Rosdi objektif mereka adalah untuk memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan seperti rumah anak yatim dan pastinya memberi mereka peluang merasai sendiri pengalaman menaiki kereta Lamborghini.

Rekod ini juga merupakan sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-50 Lamborghini yang pernah diraikan sembilan tahun lalu dan menjadi satu titik simbolik untuk pemandu Lamborghini yang ada di Malaysia. 

Pada 11 Jun 2022 nanti, komuniti ini akan berkumpul sekali lagi untuk mempamerkan kenderaan mereka di tempat letak kereta terbuka Mandarin Oriental Kuala Lumpur dari jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari buat tatapan umum.

Program ini bukan sahaja bertujuan meraikan ulang tahun ke-50, malah ia sebagai seruan kepada pemilik kereta mewah ini untuk mengembalikan keghairahan memandu di atas jalan raya selepas tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan sebelum ini.

Gambar laman Facebook Piston.my
Gambar laman Facebook Piston.my

Selepas sahaja rekod ini telah diisytiharkan secara rasmi, ahli LOM akan memulakan jelajah mereka menuju ke Chateau, Bukit Tinggi untuk mengadakan majlis makan malam gala yang diberi nama Bulls Ball.

Menurut Datuk Rakesh Sachdev selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur LOM berkata, “Matlamat program ini dijalankan adalah untuk mengumpul sekurang-kurangnya RM40,000 daripada ahli dan rakan kongsi kami. Ia bagi memberikan penghormatan serta sumbangan yang cukup besar kepada empat wakil badan amal.”

Gambar laman web wapcar.my
Gambar laman web wapcar.my

Pelbagai model dan siri Lamborghini akan membuat kemunculan dalam program jelajah yang akan dianjurkan ini. Antara yang dijangkakan adalah Lamborghini Gallardo MLE, Huracan Spyder, Urus SUV dan Aventador SVJ. - Getaran, 5 Jun 2022

Isu Pada

Merungkai Magis Pulau Mauritius

04 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

TARA 4 bulan yang lalu

Lamborghini Huracán STO SC 10° Anniversario, Edisi Tunggal Untuk Keluaran Terakhir Huracán

2

Teknovasi 8 bulan yang lalu

Guna Kepakaran Volkswagen, Lamborghini EV Bakal Muncul 2028

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Buru Pemandu Kenderaan Mewah Guna Laluan Motosikal

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Sindiket Larikan Kenderaan Mewah Ke Thailand Tumpas, 14 Ditahan Termasuk Dalang

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini