web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sindiket Larikan Kenderaan Mewah Ke Thailand Tumpas, 14 Ditahan Termasuk Dalang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Feb 2023 12:05PM

Sindiket yang didalangi warga tempatan tersebut tumpas susulan penahanan 14 suspek, termasuk seorang lelaki yang dipercayai dalang utama di sebalik kumpulan itu

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bukit Aman menumpaskan satu sindiket melarikan kenderaan mewah yang menjadikan pusat jualan kereta, bengkel, parkir dan premis basuh kereta sebagai lokasi jenayah.

Sindiket yang didalangi warga tempatan tersebut tumpas susulan penahanan 14 suspek, termasuk seorang lelaki yang dipercayai dalang utama di sebalik kumpulan itu.

Taktik sindiket berkenaan terbongkar hasil laporan polis daripada 14 mangsa di seluruh negara iaitu di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Pahang.

Setiausaha Polis Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, modus operandi sindiket adalah dengan menyamar sebagai pembeli atau pemilik kenderaan dan memperdayakan kakitangan premis sasaran untuk menyerahkan kunci kenderaan berkenaan.

Menurutnya, suspek mensasarkan kenderaan mewah daripada jenama Mercedes Benz, Toyota, Honda dan Volkswagon, sebelum melarikan kenderaan terbabit.

“Sindiket juga dikesan pernah menggunakan perkhidmatan ‘joki’ untuk menghantar beberapa kenderaan yang dicuri ke Thailand melalui sempadan Malaysia - Thailand,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, hasil siasatan dan risikan yang dijalankan Bahagian Risikan/Operasi/Rekod (D4) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dan kontinjen terlibat, 14 suspek dipercayai ahli kumpulan sindiket berjaya ditahan.

“Turut ditahan adalah dalang utama sindiket ini yang semuanya merupakan warga tempatan, terdiri daripada 11 lelaki dan tiga wanita berusia antara 22 hingga 43 tahun.

“(Dalam serbuan yang dijalankan) sebanyak lima kenderaan meeah yang dipercayai dicuri turut berjaya dirampas,” katanya sambil memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 379A dan Seksyen 411 Kanun Keseksaan.

Noorsiah berkata, polis menasihatkan semua pihak supaya berhati-hati dengan individu yang mengaku sebagai pemilik atau wakil pemilik kenderaan apabila berurusan ketika serahan kenderaan, terutamanya di pusat jualan, bengkel, parkir valet dan pusat basuh kereta.

“Turut disarankan supaya pihak yang berkenaan mengambil langkah keselamatan di premis masing-masing dan mengetatkan prosedur serahan kunci dan kenderaan kepada pemilik yang sebenar atau wakil yang sah,” katanya. - Getaran, 18 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 15 jam yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

2

Semasa 20 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

3

Video & Galeri 1 hari yang lalu

Polis Buru 2 Suspek Samun, Tendang Wanita Warga Emas 

4

Semasa 1 hari yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

oleh Sophia Ahmad