web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Keunikan Gubahan Bunga Kulit Jagung 'Mekar' Di Riuh Bah!

Walaupun baru dua bulan beroperasi, jambangan bunga kulit jagung mendapat tempahan sangat menggalakkan daripada pelanggan.

TARA Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jun 2022 6:47PM

Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Lazimnya kulit jagung akan dibuang begitu sahaja selepas isinya diambil untuk diproses namun siapa sangka ia boleh digubah menjadi kuntuman bunga yang indah pada pandangan mata.

Ini dibuktikan oleh Pengasas Upcycled Shack, Tressie Yap, 50, yang menghasilkan kraf jambangan bunga daripada kulit jagung dan berkongsikan kemahirannya itu dengan lebih 20 suri rumah di Kota Marudu menerusi kursus anjuran bersama rakannya, Farni Millis seorang usahawan sosial di daerah itu.

Kota Marudu, kira-kira 125 kilometer ke utara Sabah, merupakan sebuah daerah yang terkenal sebagai pengeluar tanaman jagung.

Yap berkata Farni sebelum itu ada bertanyakan mengenai alternatif bagi memanfaatkan kulit jagung daripada dibakar begitu sahaja dalam kumpulan WhatsApp mereka.

“Saya kemudian memberi respons dengan memberitahu bahawa saya pernah membuat kraf menggunakan kulit jagung seperti bunga dan anting-anting tetapi hanya sekadar hobi.

“Selepas itu, Farni tanya adakah saya boleh memberi latihan? Saya mengatakan saya cuba dan kemudian kami memulakannya (kursus dan latihan membuat kraf berasaskan kulit jagung) kira-kira dua bulan lepas,” katanya yang ditemui Bernama di reruai ‘Corn Husk Craft’ pada program Kembara Riuh Bah! Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah, Kota Kinabalu.

Beliau berkata walaupun baru dua bulan beroperasi, tempahan jambangan bunga daripada pelanggan sangat menggalakkan terutama ketika sambutan Hari Ibu, selain untuk majlis perkahwinan, hari jadi dan pembukaan kedai.

“Bunga ini (daripada kulit jagung) adalah produk mesra alam yang organik kerana ia berasal daripada tanaman pertanian. Kami mahu seiring dengan konsep mesra alam. Warna untuk bunga-bunga ini juga menggunakan bahan daripada tumbuh-tumbuhan seperti bunga kertas, kunyit, pandan dan kulit bawang.

“Tidak dinafikan ada sedikit kekangan serta cabaran untuk mendapatkan bahan (bagi menghasilkan warna bunga) dan kami akan cuba mengatasinya. Bagaimanapun, kami akan memberitahu pelanggan bahawa ada sebahagian kuntuman bunga diwarna menggunakan pewarna makanan,” katanya.

Menurut Yap, setakat ini kira-kira 2,000 kuntum bunga pelbagai warna dihasilkan daripada kulit jagung telah dijual pada harga RM6 hingga RM7 sekuntum dan sebanyak 30 peratus daripada hasil jualan diagih kepada setiap penggubah bunga.

Yap yang juga seorang arkitek dan usahawan sosial berkata kursus digerakkan menerusi program memperkasa komuniti tersebut merupakan inisiatif bersama Perusahaan Farni dan Upcycled Shack bertujuan melonjakkan potensi wanita luar bandar dengan memanfaatkan sisa pertanian untuk mengembangkan pendapatan.

Beliau yang berkecimpung dalam dunia kitar semula dan memberi tumpuan kepada konsep sisa sifar sejak lapan tahun lepas, mempunyai perspektif untuk memastikan setiap bahan terbuang dijadikan produk barangan mendatangkan hasil dan dalam masa sama dapat menjaga alam sekitar.

“Kami mahu meneruskan usaha ini untuk memperkasa komuniti kampung terutama di luar bandar dengan menggunakan konsep sisa pertanian dijadikan pendapatan. Ia hanya memerlukan modal sangat minimum untuk mereka memulakan perniagaan.

“Inisiatif ini sangat membantu ibu tunggal atau suri rumah yang berminat menjadi usahawan bagi menambah sumber pendapatan,” katanya.

Individu berminat mendapatkan gubahan bunga daripada kulit jagung dihasilkan komuniti Kota Marudu boleh membuat tempahan menerusi Facebook atau Instagram Corn Husk Craft atau menghubungi talian 010-396 1869. - Bernama

Isu Pada

Merungkai Magis Pulau Mauritius

04 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Insiden Kepala Air: 45 Individu Berjaya Diselamatkan

2

Jelajah 2 tahun yang lalu

Warta Hutan Batu Kapur Sebagai HSK Cara Terbaik Kekal Kelestarian

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Pitas, Kota Marudu Daerah Terbaharu Dilanda Banjir Di Sabah

4

Refleksi 3 tahun yang lalu

MR DIY Tak Berhenti Berbakti, Beri Bantuan Kepada Masyarakat Terpencil Sabah Dan Kedah

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan