Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Selamat Ulang Tahun Ke-149 Ikon Jean Dunia!

150 tahun menjadi ‘keperluan asas’ almari pakaian masyarakat serata dunia! - Levi’s® 501® masih relevan hingga ke abad ini.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jun 2022 8:07PM

Sheena Liam dan karya instalasi yang dibuat menggunakan seluar jean Levi’s di majlis pelancaran Kempen The Travelling 501® oleh Levi’s - Gambar oleh AllIsAmazing

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Siapa sangka pakaian kerja tahan lama pada pertengahan abad ke-19, akan menjadi salah satu pakaian paling ikonik yang pernah wujud dalam dalam sejarah fesyen hingga ke abad ini.

Sejak tahun 1873, rekaan 501® Levi’s® tidak lapuk ditelan zaman dan mulai tahun hadapan, Levi’s® akan memulakan sambutan ulang tahun ke-150 ikon global yang telah mencipta sejarah fesyen yang gemilang. 

Button fly, straight leg, Red Tab adalah teras rekaan jenama ini tetapi setiap tahun kita dapat melihat sentuhan baharu dan berbeza pada rekaan 501® agar seiring dengan trend, budaya serta gaya semasa.

Levi’s® 501® melangkaui trend dan menjadi simbol cool bergaya yang mudah merentasi generasi. 

The Travelling 501® menyerlahkan semangat rekaan asli 501®. Sama ada diwarnakan ataupun dengan rekaan khusus, gaya faded dan slim 80-an, ripped-up dan baggy umpama gaya grunge 90-an mahupun dad-style. 

Kempen The Travelling 501® juga memberi gambaran dan penekanan bahawa gaya jean ikonik ini turut merentasi sempadan.

Suasana pelancaran Kempen majlis pelancaran Kempen The Travelling 501® oleh Levi’s di APW Bangsar - Gambar oleh AllIsAmazing
Suasana pelancaran Kempen majlis pelancaran Kempen The Travelling 501® oleh Levi’s di APW Bangsar - Gambar oleh AllIsAmazing

Untuk meraikan masa lalu, semasa dan depan ikon yang disayangi seluruh dunia ini - dan untuk membantu melancarkan gaya terkininya di Asia, 501® 90-an, Levi’s® telah berganding tenaga dengan lima individu kreatif di Asia Tenggara yang menyerlahkan semangat Original 501®. 

Mereka memiliki perspektif yang amat unik dalam menerima perubahan yang diperlukan bagi mengilhamkan pertumbuhan dan evolusi peribadi. 

Individu-individu ini terdiri daripada artis dan ilustrator dari Indonesia, Diela Maharanie; model dan artis sulaman dari Malaysia, Sheena Liam; penyanyi rap dan komposer dari Singapura, Yung Raja; jurusolek terkemuka dari Thailand yang juga aktivis sutera Thai, Pearypie serta model, pelakon dan insan kreatif dari Filipina, Issa Pressman.

Untuk menyerlahkan suara dan semangat Asia Tenggara, setiap individu terbabit akan memberikan sentuhan gaya mereka sendiri terhadap sepasang seluar jean Original 501® yang akan mengembara ke lima buah negara asal setiap individu sebelum berakhir pada acara kemuncak Hari 501® yang akan berlangsung di Thailand.

Di sini, orang ramai berpeluang untuk melihat karya terakhir pada seluar berkenaan.

Model dan artis sulaman dari Malaysia, Sheena Liam - Gambar oleh AllIsAmazing
Model dan artis sulaman dari Malaysia, Sheena Liam - Gambar oleh AllIsAmazing

Anak Malaysia, Sheena Liam berkongsi sentuhan kreatif beliau terhadap kempen The Travelling 501® dengan menyerlahkan seni sulaman signature beliau. 

Berpeluang untuk mengembara di seluruh dunia selepas memenangi musim kedua program Asia’s Next Top Model, Sheena gemar menyulam sebagai cara ekspresi dirinya sementara menunggu penerbangan. 

Menetap di Pulau Pinang, karya beliau meneroka peranan diri dan rambut dalam keanggunan wanita. 

Berbekalkan jarum dan benang, Sheena menjalin seninya pada seluar jean Levi’s® 501® yang juga sebagai kanvas sulaman, sekali gus menyerlahkan kecintaan beliau terhadap dunia fesyen dan seni serta meraikan ekspresi dirinya bersempena Hari 501®.

“Seluar jean Original 501® merupakan satu ikon sebenar dan telah berada di pasaran selama hampir 150 tahun. Ia merupakan sepasang seluar asas yang boleh didapati di hampir setiap almari di seluruh dunia.

“Jean ikonik ini merupakan kanvas kosong terbaik bagi menyerlahkan gaya dan ekspresi diri, yang juga merupakan inspirasi di sebalik usaha Travelling 501®.

“Di Levi’s®, kreativiti dan keaslian merupakan teras jenama ini. Sehubungan itu, kami amat gembira untuk bekerjasama dengan lima individu berwawasan yang telah merintis jalan di negara masing-masing.

“Kami tidak sabar untuk melihat hasil karya mereka pada seluar 501® yang disediakan!” kata Herve Bullot, Pengarah Pemasaran Asia Pasifik Timur Levi Strauss & Co.

Rekaan 501® Levi’s® baharu didapati di Malaysia mulai 11 Mei 2022. Untuk maklumat lanjut berkenaan kempen ini dan mendapatkan berita-berita terkini, layari laman levi.com.my dan ikuti Instagram @levismy. - Getaran, 4 Jun 2022

Isu Pada

Merungkai Magis Pulau Mauritius

04 Jun 2022

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi