Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


5 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

Buntu mahu tonton apa minggu ini? Kami di Getaran ada cadangan. Setiap minggu, kami akan kongsikan lima tajuk yang boleh anda tonton lewat platform-platform penstriman yang ada di negara kita. Semoga terhibur.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 May 2022 2:30PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Our Father 

Neflix tampil dengan sebuah lagi dokumentari yang menarik tetapi cukup menggemparkan iaitu kisah benar mengenai perbuatan jijik dan gila yang dilakukan seorang doktor bernama Donald Cline. 

Donald Cline adalah seorang doktor yang membantu pesakit wanita menjalani rawatan kesuburan yang membuka klinik kesuburan tetapi tanpa disedari mereka, dia telah menyemai pesakit wanitanya dengan spermanya sendiri dan bukan sperma daripada penderma mereka. 

Donald Cline melakukan jenayah ini tanpa kebenaran atau pengetahuan pesakit mereka dan perkara ini tidak akan terbongkar jika seorang wanita bernama Jacoba Ballard tidak melakukan ujian DNA untuk mencari dan mengetahui tentang susur galur dirinya. 

Namun, usahanya melakukan ujian DNA itu adalah ibarat satu mimpi ngeri kerana akhirnya ia menemukannya  setidak-tidaknya  93 adik-beradiknya yang lain dan kesemua mereka dilahirkan daripada sperma, Donald Cline.  Saksikan dokumentari, Our Father ini di Netlix. - Ellyna Ali

Community

Community ialah drama bersiri komedi arahan Dan Harmon. Ia dibintangi oleh Joel McHale, Donald Glover, Gillian Jacobs, Danny Pudi, Alison Brie, Ken Jeong dan ramai lagi.

Drama komedi ini sarat dengan komedi gelap dan budaya pop, ia menyoroti kisah seorang peguam bernama Jeff Winger (Joel McHale) yang terpaksa memasuki sebuah kolej komuniti di Greendale.

Dia telah dipecat dan digantung daripada firma guamannya apabila dia didapati berbohong tentang memiliki Ijazah Sarjana Muda dari Columbia University.

Bagi menggenggam segulung ijazah yang sah, dia mendaftar di Greendale Community College dan berjumpa dengan sekumpulan pelajar dengan perwatakan yang sangat aneh dan menarik.

Kumpulan itu terdiri daripada seorang surirumah, anti-sosial, ahli sukan, aktivis sosial dan seorang jutawan tua yang hanya mahu menghabiskan masa bersama anak-anak muda.

Walaupun perbezaan perwatakan mereka yang sangat ketara, akhirnya mereka menjadi rapat.

Bersama-sama, Jeff dan rakan-rakan baharunya itu membantu dekan kolej, Craig Pelton (Jim Rash) untuk menjadikan kolej komuniti mereka lebih bermaruah dengan cara yang sangat lucu! – Zaidi Che

American Murder:The Family Next Door

Jika anda peminat filem berdasarkan kisah benar, ini adalah filem yang layak ditonton kerana kisah tragik ini cukup menyayat hati. Kisah tentang tentang kecurangan suami yang sanggup membunuh isterinya yang sedang hamil dan anak kembarnya yang comel gara-gara tergila-gilanya wanita lain.

Pembunuhan keluarga Watts yang berlaku pada tahun 2018 di Frederick, Colorado ini mencantumkan rakaman-rakaman kamera litar tertutup, status yang dimuat naik di media sosial, rakaman penguatkuasaan undang-undang, mesej teks dan rakaman video rumah untuk menggambarkan peristiwa yang berlaku. 

Biarpun agak meleret dan sedikit membosankan, tetapi penonton akan diheret untuk mengikuti jalan cerita hingga ke akhirnya. Walaupun kita sudah tahu Chris Watts sudah didapati bersalah dan dijatuhi hukuman, namun sehingga hari ini, dia tidak pernah mengakui kesalahannya. Dek kerana itulah kita mahu tahu satu demi satu tindakan daripada Chris sehingga membawa kepada insiden pembunuhan. 

Ikuti temu bual bersama rakan dan keluarga, serta perempuan simpanan Chris yang terkejut kerana  percaya bahawa Chris dan Shanann telah berpisah. Wanita yang menjadi punca keretakkan rumah tangga Chris ini menafikan penglibatannya dalam pembunuhan tersebut dan kini menghilangkan diri dan dipercayai telah menukar identiti. - Rahayu MN

The Platform

Sebuah filem sains fiksyen dan seram berbahasa Sepanyol berkisahkan sebuah menara yang mempunyai 132 tingkat. Ia menyediakan sebuah platform umpama lif yang akan turun di setiap tingkat beserta hidangan mewah.

Hidangan tersebut akan direbut oleh penghuni di setiap tingkat dan tragisnya, individu yang berada di tingkat bawah akan makan sisa makanan yang tinggal sahaja.

Pelbagai cabaran dan rintangan yang perlu ditempuh oleh penghuni menara ini untuk mendapatkan kedudukan pertama supaya dapat merasai hidangan mewah terlebih dahulu.

Filem ini menyindir fenomena orang yang kaya yang suka membazir makanan. Diarahkan oleh Galder Gaztelu Urrutia, filem yang ditayangkan pada 2019 ini boleh ditonton melalui saluran Netflix. - Izwan Ramlan

My Ofis

Sitkom ringan ini menyajikan kehidupan kerjaya yang huru-hara’, kisah cinta serta cabaran Jasper mendepani politik pejabat yang sinonim dengan kehidupan rakyat Malaysia. Menampilkan barisan pelakon veteran industri hiburan dari pelbagai budaya serta bakat-bakat baru yang sedang meningkat naik, siri ini menyentuh dilema dalam kerjaya yang diingini ramai, namun tak semua boleh menceburinya, terutama kepada mereka yang mengidamkan untuk masuk ke dunia hiburan.

Saksikan kesemua  babak gelak tawa, cabaran serta mesej-mesej dalam sitkom pejabat tempatan secara eksklusif di iQiyi dan ikuti keseronokan dengan 101 telatah Jasper di tempat kerja dalam menangani politik pejabat. Tonton dan cuba kenal pasti jika anda dapat mencari persamaan dikalangan rakan sekerja anda dalam My Ofis!

Akan mula ditayangkan di platform Iqiyi bermula 26 Mei ini. - Shah Shamshiri - 22 Mei 2022

Isu Pada

Amir Masdi - Kebangkitan Seorang Rockstar

21 May 2022

Sorotan

1

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

2

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara

3

Sultan Nazrin Dilantik Pengerusi MKI Bagi Tempoh 2 Tahun 

4

Agong, Raja Permaisuri Zahir Penghargaan Kepada Warga Pekerja

5

AstraZeneca Akui Vaksin COVID-19, Covishield Mampu Timbulkan Masalah Darah Beku

6

Saya Perlu Dapatkan Semula Keyakinan Diri - Zii Jia