web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


5 Langkah Perlu Ambil Jika Kereta Rosak Di Atas Jalan Raya

Kerosakan kereta di atas jalan raya boleh berlaku pada bila-bila masa dan lazimnya ia di luar jangkaan. Ketahui langkah yang perlu diambil jika kereta anda rosak dan tidak dapat bergerak di atas jalan raya.

TARA Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 May 2022 6:10PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kerosakan kereta di atas jalan raya boleh berlaku pada bila-bila masa dan lazimnya ia di luar jangkaan.

Tidak semua orang dapat mengenal pasti masalah yang dihadapi kereta yang dipandu.

Malah ada banyak kes yang melibatkan kereta rosak walaupun baru sahaja dihantar untuk proses pemulihan atau servis.

Tentunya perasaan panik akan timbul buat kebanyakan pemandu jika kereta tiba-tiba rosak dan tidak dapat bergerak di tengah-tengah jalan raya.

Tambah-tambah lagi jika ia terjadi ketika hendak ke destinasi yang jauh atau tersangkut di tengah-tengah kesesakan lalu lintas.

Namun apakah tindakan yang sepatutnya dilakukan oleh pemandu kereta jika perkara ini berlaku di luar sana?

Minggu ini kami berkongsi lima langkah yang perlu dilakukan jika kereta anda rosak dan tidak dapat bergerak di atas jalan raya.

Berhenti Di Tempat Selamat.

Perkara pertama yang perlu anda lakukan jika kenderaan tiba-tiba rosak dan tidak boleh bergerak adalah usahakan untuk tolak atau alih kenderaan tersebut ke tempat yang selamat seperti di laluan kecemasan.

Jika tidak dapat menghubungi sesiapa yang berdekatan kawasan kerosakan, mintalah bantuan pengguna jalan raya yang lain.

Ini bagi mengelakkan daripada berlakunya kesesakan lalu lintas akibat.

Namun perlu diingatkan sebelum melakukan perkara ini, pastikan anda menyalakan lampu kecemasan terlebih dahulu untuk memberikan isyarat kepada kenderaan yang datang dari belakang.

Kemudian pastikan anda tidak meninggalkan apa-apa barang berharga sebelum keluar daripada kereta.

Letakkan Penanda Segi Tiga Amaran.

Setelah berada di kawasan yang selamat, keluarkan tanda segi tiga amaran yang biasanya berada di dalam bonet belakang kereta.

Jika tiada, anda disarankan untuk membelinya di kedai-kedai aksesori kereta.

Fungsi peralatan itu adalah sebagai tanda memberi amaran kepada pengguna jalan raya yang lain bahawa berlakunya kerosakan kenderaan atau kemalangan di hadapan.

Ia diperbuat daripada bahan reflektif merah yang terang dan boleh memberikan pantulan cahaya jika disuluh dalam gelap dari jauh.

Letakkannya pada jarak kira-kira 45 meter dari belakang kenderaan. 

Buka Bonet Hadapan.

Kebanyakan kereta yang rosak di tengah jalan raya akan mengalami situasi suhu enjin kenderaan meningkat naik.

Sekiranya perkara ini berlaku, buka bonet hadapan dengan segera dan biarkan seketika.

Ini bertujuan bagi menurunkan suhu kenderaan dan menyejukkan sebentar enjin kereta.

Namun perlu diingatkan, jangan sesekali menyentuh atau membuka mana-mana bahagian komponen enjin terutamanya pada penutup radiator.

Ini kerana dalam keadaan enjin tersebut yang sedang panas, bahan cecair seperti air di dalam radiator boleh menyembur keluar dan menyebabkan kelecuran.

Hubungi Kereta Tunda.

Perkara ini perlu dititik beratkan sebagai pemandu kereta.

Setiap kenderaan yang berdaftar di bawah mana-mana syarikat insuran kenderaan akan mendapat pelekat cukai jalan yang perlu ditampal dan dipaparkan di bahagian depan cermin kereta.

Syarikat penjual kereta juga akan memberi pelekat sokongan khas keluaran badan insurans. 

Di belakangnya, terdapat nombor telefon kereta tunda kelolaan syarikat insurans tersebut.

Hubungi nombor yang terpapar itu untuk meminta pihak insurans menghantar kereta tunda.

Pihak insurans akan bertanya beberapa soalan seperti lokasi kereta rosak dan sebagainya.

Seterusnya kereta tunda akan dihantar secara percuma untuk membantu menunda kenderaan terus ke bengkel yang berdekatan.

Inilah sebabnya mengapa anda perlu memastikan cukai jalan anda sentiasa berlaku.

Ia bukan sahaja untuk menjamin keselamatan anda atau mengelak daripada disaman oleh pihak berkuasa, malah ia bertujuan membantu anda dalam situasi seperti ini.

Tunggu Di Tempat Yang Selamat

Sementara menunggu kereta tunda sampai ke tempat kejadian, cari tempat yang selamat untuk berteduh.

Jangan tunggu di dalam kereta atau di jalan raya.

Cari kawasan seperti pondok hentian berdekatan atau kawasan lapang yang berada di tepi jalan.

Sungguhpun anda sudah meletakkan penanda segi tiga amaran dan lampu isyarat kecemasan, dikhuatiri kereta, lori atau motorsikal dari belakang tidak perasan lalu melanggar kereta anda.

Keselamatan diri sendiri perlu diutamakan.

Walau bagaimanapun, jika kerosakan ini berlaku pada waktu malam dan tiada kereta lain kelihatan untuk meminta bantuan cuba hubungi kenalan atau pihak berkuasa terlebih dahulu sebelum memulakan langkah-langkah di atas.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua. Hati-hati di jalan raya! - Getaran, 22 Mei 2022.

Semua gambar dari Unsplash


 

Isu Pada

Amir Masdi - Kebangkitan Seorang Rockstar

21 May 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

KPDN Pertimbang Tambah Kenderaan Layak Terima Subsidi Diesel – Armizan

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Berhenti Jika Mengantuk, Jangan Bahayakan Orang Lain

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Malang Memang Tidak Berbau

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Kalau Boleh Bersabarlah, Semua Orang Nak Cepat

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa