Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Puaskan Selera Dengan Hidangan Enak Bingkisan Chef Amatur

Apa sahaja yang diidamkan boleh dipesan di hujung jari, lebih-lebih lagi ketika musim pandemik ini.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 20 Mar 2021 9:05AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selain menjamu selera di restoran atau kafe, ramai juga warga kota yang gemar memesan makanan secara dalam talian.

Apa sahaja yang diidamkan boleh dipesan di hujung jari, lebih-lebih lagi ketika musim pandemik ini.

Tak perlu susah-susah meredah trafik menjengkelkan, tak perlu pening mencari parkir dan yang paling penting, tak perlu berbaris panjang menunggu giliran.

Lebih baik menjamu selera di rumah, selesa dan selamat. Lagipun bukan sedikit pilihan yang ada ketika ini.

Apa sahaja menu yang terlintas di fikiran pasti ada dijual secara dalam talian. Kalau tiada di platform pesanan makanan, boleh cuba di laman media sosial yang lain seperti Facebook dan Instagram.

Jangan tak tahu, ada ramai ‘chef amatur’ yang sedia memuaskan nafsu makan anda! Rambang mata, kecur air liur dibuatnya!

1)  Sambal & Butter  - @sambalandbutter

Pedas terangkat! Itu letusan rasa yang akan anda rasai apabila menikmati pes sambal segera daripada Sambal & Butter ini. Enak dimakan dengan nasi panas bersama lauk-pauk yang lain atau boleh juga dijadikan pes nasi goreng serta dicampur ke dalam masakan lain bagi mendapatkan rasa pedas yang digemari. 

Diperbuat daripada 100% cili padi Thai, pes sambal ini turut ditambah dengan kerangupan ikan bilis Sabah.

Menurut empunya resipi, Juhfaidzal Juhari, tiada bahan pengawet ditambah bagi memastikan pelanggan mendapat produk makanan terbaik. Malah, kedua-dua produk ini dibuat tanpa menggunakan peralatan industri untuk mengekalkan keasliannya.

Kalau anda ‘ratu diet’ atau amalkan eat clean, bolehlah cuba mentega sihat kacang badam atau Almond Butter. Menggunakan kacang badam berkualiti, mentega ini enak disapu ke atas roti atau biskut walaupun ia tidak ditambah dengan garam mahu pun minyak.

Lemak daripada kacang badam sudah cukup membangkitkan rasa!  Cili sambal berharga RM15 dan mentega kacang badam cuma  berharga RM25.

2) Laksa Johor House - @laksajohorhouse

Penggemar menu dari selatan tanah air ini, jangan lepaskan peluang untuk menempah laksa Johor daripada Laksa Johor House, terutama jika anda menetap di Denai Alam dan kawasan berhampiran.

Laksa Johor yang disediakan oleh pramugari Malaysia Airlines ini boleh dikategorikan sebagai hidangan premium kerana ia menggunakan ikan parang untuk dijadikan kuah. 

Biarpun mahal, empunya resipi tahu ini adalah kunci kepada keenakan rasa Laksa Johor. Sambal merah yang turut tersedia tambah membangkitkan rasa. Memang pedas, tetapi ia melengkapi rasa kuah yang lemak manis. Ulam-ulaman yang digunakan juga segar.  

Laksa Johor House ini memulakan operasinya ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada Mac 2020.

Ketika dihubungi, pemilik perniagaan ini, Rafidah Othman memberitahu resipi ini diwarisinya daripada arwah ibunya.  Kongsi Rafidah lagi, dia mendapatkan bekalan ikan parang daripada pembekal di Sekinchan, Selangor bagi memastikan kesegarannya terjamin.  

Biarpun tidak punya ramai pengikut di media sosial, Laksa Johor House berjaya menjual sebanyak 500 pek pada setiap minggu semenjak enam bulan lalu, walaupun hanya beroperasi pada Rabu, Jumaat dan Ahad. 

Pek individu dijual pada harga RM12, manakala pek famili (5-6 hidangan) berharga RM60. 

3) De’ Langit – de_langit 

Nama De’Langit adalah simbolik kepada situasi berada di awang-awangan. Itulah yang diharapkan berlaku kepada anda apabila menikmati hidangan daripada perniagaan yang beroperasi di Setapak ini.

Menyediakan pelbagai jenis lauk-pauk, De’Langit semestinya mahu mengumpan penggemar makanan bercitarasa Melayu.

Jika mengintai ke akaun Instagram mereka, anda boleh melihat beberapa menu yang membuka selera seperti Sambal Udang Petai Pedas Terangkat, Asam Pedas Ikan Tenggiri, Siput Sedut Masak Lemak dan Cencaru Goreng Bercili Petai Tempoyak. 

Jadi apa yang boleh anda jangkakan daripada masakan rumah yang disediakan oleh Shazwani Saad ini?

Jika anda pencinta makanan pedas, De-Langit mampu memuaskan selera. Cubalah pesan Asam Pedas Daging Tetel dan Cencaru Goreng Bercili Petai Tempoyak, keenakannya cukup menyerlah.

Pasti bertambah-tambah nasi dibuatnya. Jika mahukan menu bercitarasa Negeri Sembilan, boleh cuba beberapa jenis masak lemak. Walaupun rasanya tidak terlalu pedas, namun kuahnya pekat secukup rasa. 

Menurut Shazwani, perniagaan online ini hanya bermula tahun lalu setelah dia kehilangan pekerjaan akibat pandemik COVID-19.

Memandangkan ketika itu agak sukar untuknya mendapatkan peluang pekerjaan lain, dia mengambil keputusan untuk memanfaatkan kebolehan memasak.

Apatah lagi sebelum ini masakannya memang sering mendapat pujian daripada ahli keluarga dan kenalan rapat.

Jelasnya lagi, dia sangat cerewet dalam pemilihan bahan masakan kerana mahu memastikan setiap hidangan yang terhasil mampu memuaskan hati pelanggan.  

Satu prinsip yang diguna pakai oleh Shazwani ialah memasak perlulah ikhlas dan masak seperti mahu memberi keluarga sendiri yang makan.

Dengan cara ini, pasti pelanggan akan jatuh cinta dengan makanan yang dijual. Harga setiap hidangan bermula dari RM12.90.  

4) Dapoq Eeman - @dapoqeeman

Nasi Arab merupakan hidangan dari Timur Tengah yang tidak kurang popularnya di Malaysia. Ramai menggemarinya kerana rasanya yang kaya dengan pelbagai rempah ratus yang membangkitkan selera.

Selalunya apabila ingin menikmati hidangan ini, restoran Arab akan menjadi pilihan kerana keaslian rasanya tidak perlu dikhuatiri.

Namun begitu, sesekali apa kata anda lari daripada kebiasaan. Jangan tak tahu, ada juga chef amatur yang boleh mempersembahkan hidangan Nasi Arab yang menambat selera. 

Salah seorang ialah Mastura Burhanuddin yang menggunakan nama Dapoq Eeman sebagai nama komersial untuk masakan yang dihasilkan dari dapur rumahnya.

Keenakan rasa Nasi Arab, Dapoq Eeman memang tidak boleh disangkal. Menggunakan beras Basmathi, hidangan ini mewah dengan pelbagai rasa manakala ayam panggangnya lembut dan berjus.

Paling penting kuantiti nasinya banyak. Boleh makan puas sehingga kenyang.

‘Salatah Adi’ yang menjadi pelengkap hidangan juga tidak kalah enaknya. Ini kerana ia menggunakan campuran timun jepun, tomato, bawang holland, lemon zest dan minyak zaitun yang segar. Begitu juga dengan ‘Salatah Hala’, ia secukup rasa.

Mengulas tentang menu jualannya ini, Mastura memberitahu dia berharap agar pelanggan dapat menikmati hidangan ini seperti mana dia sekeluarga menikmatinya di rumah.

Bahan-bahan yang digunakan adalah premium dan pilihannya sendiri. Dia juga sengaja melebihkan nasi kerana percaya apabila pelanggan gembira, pasti mereka akan menempah berulang kali. Nasi Arab ini dijual pada harga RM10 (kecil) dan RM15 (besar). 

Selamat menjamu selera! - Getaran, 20 Mac 2021

Kredit foto : Instagram / Azim / Rahayu MN

Isu Pada

Transisi Tiz Zaqyah

20 Mar 2021

Sorotan

1

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

2

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

3

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

4

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

5

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

6

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

7

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA