Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kecam Orang Lain, Sendiri?

Apakah generasi hari ini hanya hidup untuk mengecam orang lain? Kami kongsikan pendapat salah seorang penyumbang kami tentang isu ini.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Mar 2021 9:00AM

Gambar: Ihsan TV3

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ramai betul yang sibuk mahu mengambil kerja Tuhan. Tidak, bukan ajaran sesat. Ini soal, manusia yang cukup gemar menjadi hakim seterusnya membuat tuduhan dan kutukan seolah-olah mereka pemilik sebuah ruang legar mahkamah.

Tidak payah kita campak belakang kisah lalu. Contoh paling dekat, isu persembahan Nabila Razali di Anugerah Juara Lagu (AJL) 35 baru-baru ini.

Ruang media sosial menjadi medan kutukan pakar papan kekunci yang seronok mengutuk dan mengecam kegagalan Nabila membawakan lagu 'Peluang Kedua'.

Semua bercakap mengalahkan mereka semasyhur Beethoven. Lepas satu, demi satu kutukan yang dilemparkan sehinggakan mereka lupa penyanyi itu juga hanya manusia biasa yang tidak sempurna.

Trend masyarakat yang terlalu gemar menjadi jaguh mengutuk dan mengecam ini semakin membimbangkan sampai ada ketika hati terdetik, apa sebenarnya yang mereka mahu bila tergamak melemparkan kata-kata yang melampau?

Lebih mengejutkan, kutukan dan kecaman ini turut mendapat sambutan dengan ulang ciap dan muat naik di media sosial.

Kutukan dan kecaman mereka juga bukan tahap biasa-biasa sampaikan tergamak menjadi penentu ahli syurga juga neraka, malah ada yang dengan yakin menjatuhkan hukum murtad kepada yang dikutuk.

Bukan sahaja golongan selebriti, ustaz yang berdakwah juga menjadi mangsa. Ebit Lew sebagai contoh. Dikutuk konon menunjuk-nunjuk buat kebaikan dan macam-macam lagi.

Warga maya, apa masalah anda semua ya? Kenapa semua serba tak kena?

Begitu juga jika anda masih ingat seorang wanita yang ingin berniaga alat solek dan membuat siaran langsung di laman sosialnya menjadi bahan ejekan dan hinaan masyarakat netizen.

Seronok berpesta membahan wanita itu dan mempersendakan fizikal serta rupa. Adakah ini hakikat manusia zaman millenial. Menjadikan kutukan sebagai rutin dan terapi harian.

Tanpa sedar, mereka yang mengutuk ini juga menjadi batu api paling bahaya kepada pihak yang dikutuk. Terbaharu isu penyanyi Aishah yang dikatakan menyekat Datuk Seri Siti Nurhaliza di laman Instagram.

Bila Aishah dan Siti sudah membuat penjelasan, tetap ada yang terus mencurah minyak mahu melihat hal kecil ini diperbesarkan.

Teruskan dengan kutukan dan hinaan. Masing-masing mengambil kem mereka, pasukan Aishah lawan Siti. Apa yang anda nikmati?

Usaha yang ternyata sia-sia, sebab kedua-duanya adalah penyanyi profesional yang saling menghormati. Baik Aishah mahupun Siti tidak cukup masa melayan misi kutukan anda semua.

Jujurnya, diakui memang ada juga golongan selebriti yang mengundang kecaman dan meminta-minta dengan tindakan dangkal dalam media sosial masing-masing.

Itu memang tidak dinafikan. Bak kata orang, "Anak Cina makan pengat, sendiri mahu ingat."

Ada juga yang berpendapat, alah orang Malaysia ini terlalu sensitif dan mudah terasa. Sedangkan di luar negara lagi teruk kecaman dilakukan.

Soalnya, kenapa kita perlu ikut mereka? Kenapa pula soal kejayaan mereka tidak dijadikan ikutan?

Sesetengahnya memberi alasan, bukan kutuk tetapi kritikan dan komen. Penulis juga setuju, bukan soal tidak boleh terima teguran, isunya cara teguran dan komen yang dibuat.

Niat perlu jelas dan ikhlas. Tidak kira siapa pun sama ada netizen ataupun golongan cerdik pandai dalam membuat teguran.

Bagi penulis siapa pun kita, menegur juga perlu adab.

Mungkin niat kita mahu menegur, lalu berjelalah hujah atas nama agama teguran dibuat.

Pernah tak terfikir, selepas teguran itu, orang mahupun artis yang ditegur berdepan dengan soldadu netizen menyerang mereka dan sekali lagi berlakulah pesta kecaman.

Bila hal ini berlaku siapa yang wajar bertanggungjawab? Sehinggakan kata-kata kesat dilemparkan dan seperti yang penulis katakan mereka yakin menjatuhkan balasan di akhirat.

Masing-masing bercakap seolah-olah mereka sudah ada tiket sah sebagai ahli syurga.

Sebab itu bagi penulis, tidak kisah netizen atau orang cerdik pandai, apabila mahu menegur fikir semasaknya niat dan impak tulisan kita.

Jangan nanti kita menjadi punca jutaan orang lain mengecam dan mengutuk orang yang kita tegur. Lebih dari itu, teguran juga biarlah menyeluruh, jangan hanya memilih isu atau selebriti yang tertentu sahaja.

Kecaman dan kutukan yang kita nampak sebagai permainan kata-kata ini sebenarnya membawa impak yang sangat besar.

Pernah terfikir anda menjadi punca kepada mangsa kecaman sehingga ada yang nekad menamatkan nyawa mereka sendiri.

Ramai selebriti luar yang memilih mati sebagai jalan akhir kerana tidak tahan dengan kutukan.

Begitu juga mangsa kutukan berdepan trauma dan tertekan. Lantaran atas semua ini, siapa yang harus dipersalahkan?

Bahan kecaman yang kita anggap hiburan, sebenarnya menjadi mudarat kepada mangsa yang berdepan dengannya.

Jadi atas nama manusia, adakah kita gembira dan menganggap misi sukses apabila orang yang dikutuk tertekan perasaan serta mental.

Sifirnya mudah. Siapa tahu satu hari nanti, saat anda sedang nyawa-nyawa ikan di tepi jalan, orang yang anda kutuk itulah yang melintas dan membantu anda.

Kutuk? Kecam orang lain, sendiri?

Penulis tinggalkan anda dengan lagu ‘Eh’ nyanyian Zizi Kirana. - Getaran, 21 Mac 2021

Isu Pada

Transisi Tiz Zaqyah

20 Mar 2021

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Luar Negara 4 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

3

Semasa 4 minggu yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

4

Sukan 4 minggu yang lalu

Beraksi Di Laman Sendiri Gagal Bantu Harimau Malaya Saingi Kehebatan Oman

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi