Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


5 Tip Sebelum Membeli Kereta Terpakai

Kereta terpakai memang lebih murah namun ketahui apa yang perlu diperiksa sebelum anda membelinya.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Apr 2022 8:56AM

Gambar Hiasan, Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tidak salah untuk memilih dan membeli kereta terpakai sebagai kenderaan utama anda kerana ia juga ada kelebihan tertentu. 

Jika bernasib baik, sesetengah pelanggan masih boleh mendapatkan kereta terpakai yang masih cantik dalam keadaan ‘baharu’ atau hampir baharu. 

Kereta-kereta seperti ini mungkin digunakan untuk beberapa bulan sahaja sebelum ia dijual semula. 

Tambahan lagi kereta terpakai pasti menawarkan kos yang lebih rendah berbanding model baharu. Namun perlu diingatkan, jangan sampai anda tertipu dengan penjual kereta yang mengambil kesempatan ke atas keghairahan anda semasa membeli. 

Menurut carsome.my statistik menunjukkan penipuan terhadap proses jual beli kereta terpakai semakin meningkat. Pada Januari hingga Mei tahun ini, rekod mencatatkan berlakunya kerugian sehingga RM5,400,000 akibat penipuan sedemikian. 

Tidak terkecuali, pasaran kereta terpakai juga digunakan untuk memerangkap seterusnya menipu pelanggan yang tidak berpengetahuan tinggi mengenai kereta. 

Kriteria untuk memilih kereta terpakai bukan sahaja merujuk kepada jarak tempuh meter kenderaan, malah terdapat beberapa perkara lain yang anda perlu ketahui sebelum membeli.

Hari ini kami kongsikan lima tip yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta terpakai.

Gambar Hiasan, Pexels
Gambar Hiasan, Pexels

Ketahui Nilai Pasaran Kereta

Kereta merupakan sebuah aset yang mempunyai susut nilai setiap tahun. 

Ini kerana jumlah kereta model terbaharu akan kerap dikeluarkan untuk bersaing dengan jenama-jenama lain bagi memenangi hati pelanggan. 

Jadi, pentingnya untuk anda mengetahui nilai semasa kereta yang mahu dibeli. 

Kini, anda boleh merujuk harga pasaran di platform media sosial atau laman sesawang rasmi kenderaan yang anda mahu miliki. 

Buat sedikit kiraan anggaran daripada harga yang ditawarkan dengan harga asal kereta tersebut semasa ia mula-mula dilancarkan. 

Selain itu, salah satu alternatif untuk membuat perbandingan adalah dengan memeriksanya melalui syarikat insurans. 

Lakukan kiraan menerusi bayaran bulanan yang perlu dibayar (jika anda melakukan pinjaman) dan kenal pasti nilai harga semasa kereta yang dipilih. 

Kemudian barulah lihat pada bajet anda dan datang ke kedai untuk memulakan urusan bersama pihak penjual.

Gambar Hiasan, Pexels
Gambar Hiasan, Pexels

Memeriksa Dokumentasi Kereta

Mohon kepada pihak penjual untuk memberikan dokumentasi kereta yang telah dipilih. 

Lihat dan semak laporan pemeriksaan kenderaan, rekod servis kereta dan seumpamanya. 

Ini kerana anda perlu mengetahui adakah pemilik sebelumnya menjaga kenderaan mereka dengan baik atau tidak. 

Kemudian jangan sesekali terlepas pandang bahagian nombor chasis dan enjin kenderaan tersebut. 

Pastikan ia padan dengan nombor yang ada pada kereta untuk memastikan kereta tersebut tidak terjebak dengan sumber yang tidak sah.

Periksa Keadaan Kereta

Selepas dua perkara di atas sudah selesai, barulah mulakan pemeriksaan peribadi anda sendiri pada  kereta yang ingin dibeli. 

Adalah lebih baik buat anda membawa seorang rakan untuk bersama-sama membuat pemeriksaan ini. 

Ia bertujuan bagi meneliti setiap sudut kenderaan dengan lebih efektif. 

Pastikan tiada bahagian yang rosak akibat kemalangan yang lepas terutamanya pada bahagian chasis. Ini kerana jika bahagian tersebut sudah rosak, proses pembaikan yang perlu dibuat akan menelan belanja yang agak besar kerana ia perlu dikimpal, dijajar dan dicat semula. 

Tambahan lagi pemeriksaan ini bertujuan mengelakkan anda daripada membeli 'kereta potong' dan berlaku kerosakan di kemudian hari.

Pandu Uji Kenderaan

Selesai proses pemeriksaan, barulah anda memulakan sesi pandu uji kenderaan tersebut pada jarak dan laluan yang dicadangkan. 

Jika penjual tidak membenarkan anda untuk pandu uji kenderaan yang dipilih, itu adalah tanda kenderaan tersebut bermasalah. 

Setiap kenderaan yang dipamerkan wajib menawarkan sesi pandu uji sama ada atas permintaan pelanggan atau pun tidak. 

Ia bagi menilai keserasian pemandu semasa menggunakannya dan memastikan gear, butang elektrik dan lain-lain lagi berfungsi dengan baik. 

Gambar Hiasan, Pexels
Gambar Hiasan, Pexels

Yuran Tersembunyi

Terdapat beberapa kes yang dilaporkan di Malaysia mengenai penjual kereta yang tidak bertanggungjawab mengenakan yuran tersembunyi. 

Jangan sesekali berasa malu untuk meminta penjual kereta menunjukkan penyata kira-kira di depan anda berkenaan yuran yang perlu dibayar. 

Tanyakan setiap maklumat pembayaran yang dikenakan supaya anda tidak ditipu dan dikenakan caj yang melampau. 

Kadang-kadang tanpa disedari, perkara ini boleh membuat harga keseluruhan kereta tersebut menjadi lebih tinggi berbanding harga yang diiklankan. 

Lazimnya harga yang dipaparkan harus termasuk dengan kos bayaran insuran serta proses dokumentasi kertas kerja. 

Mungkin ia agak membosankan dan mengambil sedikit masa. Namun perkara ini perlu bagi mengelakkan anda membuat pembayaran yang lebih banyak. - Getaran, 3 April 2022


Sumber: Carsome.my

Isu Pada

Dunia Seni Zulhairul Ikram

02 Apr 2022

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok