Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


5 Baka Kucing Paling Mahal Di Dunia

Kucing adalah antara haiwan peliharaan paling disukai ramai. Kenali jenis-jenis kucing termahal dunia.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Mar 2022 11:22AM

Gambar Hiasan, Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kucing merupakan haiwan mamalia yang mempunyai rupa bentuk yang comel serta kepelbagaian baka. 

Haiwan ini sentiasa dijaga rapi sehinggakan terdapat sesetengah individu sanggup menghantar kucing jagaan mereka ke pusat penjagaan khas setiap bulan dengan memakan belanja yang agak tinggi. 

Sesetengah individu mempercayai haiwan ini memiliki kelebihan untuk membuat orang yang sedih menjadi gembira jika emosinya sedang terganggu. 

Malah menurut Dr. Steve Weinberg, pengasas pusat veterinar dan CEO bagi 911 VETS di California, melalui laman sesawang Healthline berkata kucing berpotensi untuk menenangkan kebimbangan dan ketakutan seseorang itu pada waktu malam. 

Selain itu, terdapat juga pencinta kucing yang sanggup menghabiskan ribuan ringgit untuk memiliki haiwan ini, termasuk membelikan aksesori seperti baju, gelang leher dan seumpamanya. 

Mari kita lihat antara lima baka kucing paling mahal di dunia.

Gambar: pumpkin.care
Gambar: pumpkin.care

Russian Blue 

Kucing Russian Blue merupakan baka hasil kacukan kucing jenis Siam dan British. Ia berasal daripada Arkhangelsk, Rusia dan dipertontonkan buat kali pertama di sebuah pertunjukan di Crystal Palace di England pada 1872. 

Antara ciri-ciri yang menjadikan baka kucing ini mempunyai nilai yang tinggi ialah bulunya yang pendek tetapi tebal serta berwarna seakan-akan kelabu gelap. 

Tambahan lagi, bulunya membantu melindungi dirinya dari pada cuaca sejuk yang teruk. Jadi tidak hairanlah jika kucing ini mempu hidup di negara yang beriklim sejuk atau bersalji. 

Selain mempunyai badan sepanjang 38 hingga 45 cm dan berat mencecah 5.5 kg secara purata, jangka hayatnya juga boleh mencecah sehingga 20 tahun.  Kucing ini memiliki pergerakan yang aktif dan bertenaga namun ia mempunyai sifat pemalu dan jinak sehingga sesetengah individu yang membelanya perlu mengambil masa untuk mendekatinya. 

Harga bagi seekor kucing ini dianggarkan antara RM 4,000 hingga RM 7,000 seekor bergantung pada saiz dan umurnya.

Gambar: animalwised.com
Gambar: animalwised.com

Peternald

Seekor lagi baka kucing yang berasal daripada St. Petersburg, Rusia ialah Peternald. 

Ia mula menjadi popular sekitar tahun 90-an kerana rupa bentuknya yang unik hasil kacukan eksperimen terhadap dua jenis kucing iaitu baka Don Sphynx yang tidak berbulu bersama baka Oriental Shorthair dari Siam. 

Proses pengawanan yang dijalankan telah menghasilkan baka yang baharu ini dan mengeluarkan bentuk kepala yang elegan seperti kacang badam serta warna tubuhnya mengikut kulitnya.

Ia mempunyai bulu yang pendek dan halus malah sesetengah daripada spesis ini mempunyai bulu yang tidak melebihi 5mm panjang. Namun terdapat juga yang tidak mempunyai sehelai bulu sama sekali. 

Sifatnya pula aktif dan mudah bergaul dengan kucing lain malah sesetengah daripadanya hidup bersama anjing peliharaan tuannya. 

Jadi kucing jenis Peternald tidak mempunyai masalah yang banyak untuk dibela oleh siapapun. 

Tambahan lagi, badannya dilihat seperti berotot dan kurus memberikannya berat maksimum sebanyak 5kg sahaja. 

Selain itu, ia juga perlu dimandikan dengan sabun mandian khas bagi mengelakkan kulitnya rosak dan terluka. 

Jangka hayatnya pula dianggarkan mampu mencecah sehingga 16 tahun dan harga bagi seekor kucing baka ini boleh mencecah RM10,000 seekor mengikut saiz dan warna.

Gambar: vetstreet.com
Gambar: vetstreet.com

Parsi

Berbeza dengan dua jenis baka di atas, baka Parsi merupakan antara kucing yang mempunyai bulu panjang dan tebal serta popular di Amerika Syarikat. 

Bulunya yang tebal dan mengembang seakan-akan anjing jenis Peking ini mempunyai muka dan hidung yang leper serta bulat, telinga kecil, kaki pendek serta dipenuhi dengan bulu yang lebat.

Tambahan pula, baka jenis ini sering diperagakan dengan pelbagai jenis barangan mewah kucing seperti gelang leher atau baju kucing. 

Namun ia juga perlu dijaga dengan rapi terutamanya pada bahagian bulunya kerana ia mudah dikotori oleh habuk, tanah, pasir dan seumpamanya. 

Lazimnya pemilik kucing ini akan menghantarnya ke kedai perapi atau salun khas kucing untuk dibersihkan serta dicantikkan. 

Penampilan kucing ini perlu sentiasa kelihatan cantik dan kemas. Tambahan pula, ia perlu disikat selalu bagi mengelakkan bulunya bergumpal di badan. 

Kucing baka ini kebiasaannya agak manja dan tidak berapa aktif dibanding kucing lain serta perlu diberi makanan yang sesuai agar bulunya tidak gugur. 

Ia perlu sentiasa dibelai bagi merapatkan hubungan bersama tuannya. 

Mempunyai berat mencecah 10kg dan purata jangka hayat maksimum sehingga 12 setengah tahun, harga bagi seekor mampu mencecah RM12,000 mengikut harga pasaran semasa.

Gambar: rover.com
Gambar: rover.com

Bengal

Kucing baka ini pula hasil daripada kacukan kucing hutan Asia dan domestik. Ini jelas kelihatan terutamanya pada corak tompokan yang datang daripada kucing Mau Mesir dan kucing bintang Asia. 

Kucing bengal telah dikenali secara rasmi bakanya melalui eksperimen daripada Persatuan Kucing Antarabangsa di Amerika Syarikat pada 1991. 

Menariknya, baka ini mempunyai cara hidup yang liar dan tiada jaminan untuk ia cepat mesra bersama tuannya. 

Hanya generasi kelahiran yang keempat sahaja dari spesies ini yang tidak terlalu agresif dan boleh dijinakkan. 

Ia mempunyai tenaga dan pergerakan yang aktif seperti hendak memburu dan pemiliknya perlu mempunyai teknik tersendiri ketika bermain bersama-sama. Saiznya boleh dikatakan sederhana besar dan mempunyai berat sehingga 7kg. 

Selain itu, ia juga mempunyai sifat melindungi keluarganya dan bijak dalam memberi reaksi terhadap sesuatu perkara. 

Menariknya, selain daripada mempunyai bulu yang pendek, struktur kaki belakang yang lebih tinggi daripada hadapan membolehkannya bergerak dengan pantas dan mempunyai langkah yang jauh.

Dengan purata jangka hayat maksimumnya sehingga 15 tahun, seekor kucing ini bernilai RM20,000 mengikut usia.

Gambar: vetstreet.com
Gambar: vetstreet.com

Savannah

Akhir sekali, kucing jenis baka Savannah juga adalah hasil daripada kacukan kucing liar dan domestik serta kelahiran pertama baka ini adalah pada 1986

Rupa dan warnanya boleh dikatakan seakan-akan kucing jenis Bengal namun corak tompoknya agak berbeza. Ia kelihatan seperti tompok harimau bintang dan mempunyai rupa yang comel. 

Selain itu, ia juga mempunyai sifat yang jinak dan mudah untuk bergaul. Mempunyai kaki yang tinggi, leher yang panjang dan telinga yang besar menampakkan badannya kelihatan besar akan tetapi saiznya sama sahaja seperti kucing domestik yang lain. 

Ia boleh memiliki berat sehingga 11.4kg dan mempunyai jangka hayat sehingga 20 tahun. 

Menariknya, harga bagi seekor baka generasi pertama kucing ini lebih mahal daripada generasi seterusnya. Ia boleh mencecah sehingga RM 100,000 dan merupakan antara baka kucing yang paling mahal di dunia. - Getaran, 20 Mac 2022

Sumber: Chicagomorningstar.com

Isu Pada

Jiwa Bebas Fauzi Baadila

19 Mar 2022

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 11 bulan yang lalu

Penuntut Malaysia Lakar Sejarah, Catat Markah Kedua Tertinggi Dunia

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Istana Pasir Tertinggi Dirasmikan Di Denmark

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi