Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Eksplorasi Makan-Makan Hujung Minggu

Hujung minggu waktu yang terbaik untuk memanjakan lidah. Sudah ada senarai tempat makan yang ingin dikunjungi? Kalau masih tercari-cari, jom semak senarai berikut.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 19 Mar 2022 3:28PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Hujung minggu adalah waktu yang paling sesuai untuk menjejaki lokasi selera tersembunyi atau menjadi bualan ramai. Maklumlah pada hari-hari biasa ramai yang tidak menang tangan dengan rutin kerja yang menuntut komitmen tinggi.

Benar, ramai yang masih bekerja dari rumah. Namun, jangan tak tahu, hendak berpisah dengan komputer riba untuk menjamu selera pun kadangkala tidak sempat.

Jadi, hujung minggulah waktunya untuk memanjakan lidah. Nikmati hidangan yang digemari bersama keluarga mahupun teman-teman sekepala. 

Sudah ada senarai tempat makan yang ingin dikunjungi? Kalau masih tercari-cari, jom semak senarai berikut.

 

1) Segalanya durian di D.MasKing

Gambar : dmasking.my
Gambar : dmasking.my

Pencinta raja buah, durian mesti tersenyum lebar apabila berada di kafe yang terletak di pusat beli-belah Lot 10 ini.

Apa tidaknya, di sini anda berpeluang untuk menikmati pelbagai juadah premium yang diperbuat daripada Musang King! Malah, anda juga boleh menikmati durian segar yang dibawa terus dari ladang yang terletak di Raub dan Bentong, Pahang.

Antara menu yang memanggil-manggil untuk dinikmati ialah kek mentega durian, piza durian, cendol durian, tat keju durian, roti durian, gelato durian dan kopi durian untuk menghilangkan dahaga.

Selain itu, terdapat juga set minum petang (hi-tea) yang boleh anda cuba jika sukar membuat pilihan.

Sebelum pulang, bolehlah bungkus beberapa menu bawa pulang untuk dikongsi bersama ahli keluarga atau teman-teman yang tidak dapat turut serta. Simpan untuk diri sendiri pun apa salahnya bukan? 

Ikuti D.MasKing di Instagram untuk maklumat lanjut. 

 

2) Ayam goreng berjus di Jollibee 

Gambar : Jollibee Malaysia
Gambar : Jollibee Malaysia

Sebaik sahaja dibuka pada Februari lalu di Sunway Pyramid, restoran makanan segera asal Filipina ini mendapat sambutan yang luar biasa daripada rakyat Malaysia.

Perkongsian warganet di laman-laman sosial menyaksikan ramai yang sanggup beratur panjang untuk menikmati hidangan yang tersedia di restoran ini terutamanya ayam goreng.

Menu paling terkenal di Jollibee ialah Chickenjoy, iaitu ayam yang digoreng rangup di luar, dengan perapan rahsia menjadikan teksturnya berjus di dalam.

Gambar : Jollibee Malaysia
Gambar : Jollibee Malaysia

Setiap ayam digoreng dengan tangan dan diperap hingga ke tulang untuk mendapatkan kemewahan rasa yang tiada tandingan. Seperti yang diuar-uarkan, anda tidak boleh berhenti hanya dengan sepotong Chickenjoy. 

Selain menghidangkan ayam, Jollibee turut menawarkan pilihan makanan lain seperti Jolly Spaghetti, Jolly Sausage, Nasi Lemak ChickenJoy, Aloha Yumburger dan juga kepingan isi ayam yang rangup.

Ikuti restoran makanan segera ini di Instagram untuk promosi terkini. 

 

3) Kopi tempatan di Kopi Jiran

Kedai kopi ini semakin menjadi bualan ramai terutamanya di kejiranan Kajang dan Bangi, Selangor. Diberi nama Kopi Jiran, lokasi menjamu selera ini hanya dibuka dari Khamis hingga Ahad dari jam 11.00 pagi hingga 5.00 petang. 

Beroperasi di Taman Kantan Permai, Kajang, Kopi Jiran menghidangkan kopi yang menggunakan cerek moka bagi mencipta kelainan buat pelanggan.

Keistimewaan cerek rekaan Itali ini ialah ia dapat menghasilkan air kopi yang lebih pekat. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mencipta suasana klasik. 

Lebih menarik, Kopi Jiran mengutamakan penggunaan biji kopi tempatan kerana percaya ia mempunyai rasa dan aroma yang lebih segar dan memikat selera.

Jadi, jika anda ke sini jangan lepaskan peluang menikmati Kopi 133, minuman signature di sini. Selain itu ada juga kopi bercitarasa luar negara seperti mocha, caramel latte, Americano, hazelnut latte dan pelbagai pilihan minuman bukan kopi.

Untuk kepuasan menjamu selera bolehlah pasangkan minuman anda dengan pelbagai sajian kuih-muih tradisi, nasi lemak, bihun goreng dan juga hidangan pastri seperti skon, croissant, canelé dan kek mentega.

 

4) Ayam panggang Korea di The Fire Authentic Korean Restaurant

Gambar : Rahayu Mat Nah
Gambar : Rahayu Mat Nah

Penggemar makanan Korea, restoran yang terletak di pusat membeli-belah Tropicana Gardens Mall ini mesti anda jejaki.

Sebab apa? Sebab makanan yang dihidangkan super lazat dan asli. Sekurang-kurangnya, terubat kerinduan menjamu selera di Korea Selatan yang sudah lama tidak dapat dilawati.

Biarpun harga untuk setiap hidangan bukanlah murah, tetapi anda tidak akan mengeluh kerana setiap hidangan yang dipesan pasti tidak mengecewakan.

Gambar : Rahayu Mat Nah
Gambar : Rahayu Mat Nah

Hidangan wajib cuba ialah ‘signature dish’ mereka iaitu set ayam panggang yang didatangkan bersama bebola nasi, k’salad, tiga jenis sos, kimchi dan sodduck-sodduck.

Sesuai dimakan untuk tiga ke empat orang, hidangan ini cukup memikat selera. Ayam panggangnya mewah berjus sehingga membuatkan kita terleka pada setiap gigitan. 

Selain itu, boleh juga cuba tteokbokki pedas yang seringkali membuatkan mata berair. Biarpun pedas, namun rasanya tetap memikat. Tak Korealah, kalau tidak cukup pedas!

Gambar : Rahayu Mat Nah
Gambar : Rahayu Mat Nah

Sepinggan tteokbokki boleh dikongsi bersama rakan supaya anda boleh mencuba lain-lain hidangan. Ada ramyun, ayam goreng keju, BBQ tongdak, bulgogi stew, bibimbap dan banyak lagi.

Satu fakta yang anda patut tahu ialah restoran ini turut menganjurkan kelas masakan Korea yang diadakan dari semasa ke semasa. Kalau anda mahu turut serta, boleh ikuti mereka di akaun Instagram @thefire_my.

 

5) Hidangan unik dan lazat di The Sumbs

Gambar : The Sumbs
Gambar : The Sumbs

The Sumbs pernah mencuri hati warga Shah Alam suatu ketika dahulu sebelum menghentikan operasinya kira-kira beberapa tahun lalu.

Kini restoran yang dirindui ramai ini telah mempunyai rumah baru di G-33, Jalan 8/35, Seri Bangi, Seksyen 8 Bandar Baru Bangi.

Sama ada anda suka masakan barat, tempatan mahupun ala-ala Itali, The Sumbs ada semuanya. Bahkan, setiap hidangan tampil unik kerana diolah mengikut selera tempatan.

Gambar : The Sumbs
Gambar : The Sumbs

Antara menu popular kat sini ialah black pepper chicken chop, chicken parmigiana, nasi goreng dendeng, nasi goreng kambing, Sumbs Spicy Pasta dan juga churros.

The Sumbs tidak menggunakan pinggan-mangkuk, sebaliknya menggunakan kotak untuk menghidang makanan.

Jangan risau, kotak ini selamat digunakan kerana ia diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi. Tiada bahan kimia dihasilkan apabila makanan panas dimasukkan.

The Sumbs dibuka pada setiap hari, kecuali Jumaat dari jam 12.00 tengahari hingga 10.30 malam. 

Selamat menjamu selera! - Getaran, 19 Mac 2022


 

Isu Pada

Jiwa Bebas Fauzi Baadila

19 Mar 2022

Berita Berkaitan

1

Selera 1 tahun yang lalu

Kopi Jiran Imbau Nostalgia Zaman Dahulu

2

TARA 1 tahun yang lalu

Pengalaman Gastronomi Hujung Minggu Di The Ritz-Carlton, Langkawi

3

TARA 1 tahun yang lalu

Nikmati Juadah Tradisi Sambil Menggamit Memori Di Wak Private Kitchen

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Selera @ Getaran Ep. 50 - Jom Makan: 3 Tempat Makan Menarik Di Pulau Pinang

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah