Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Charmaine Augustin – “Mengacara Bukan Untuk Menjadi Terkenal Semata” (Bahagian 2)

Minggu lepas, Charmaine Augustin bercerita tentang pengalamannya mengacarakan Muzik-Muzik bersama Azwan Ali. Minggu ini beliau bercerita tentang bekerja bersama bintang-bintang Hollywood pula. Jom baca.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Mar 2021 10:04AM

Bersama pelakon Catherine Zeta-Jones di acara 'launch party' filem 'Entrapment'

oleh

M.Zulkifli

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ikuti sambungan temubual Getaran bersama bekas pengacara Muzik-Muzik dan Juara Lagu pada tahun 1988-1990, Charmaine Augustin. Untuk membaca baca bahagian 1, klik sini.

Apakah antara persembahan di pentas Juara Lagu yang menjadi kegemaran Charmaine sendiri?

Saya sangat meminati Freedom dan lagu ‘Mulanya Di Sini’. Saya dan arwah Seha berkawan baik selepas mula kenal melalui Muzik-Muzik. Datuk M.Nasir pula seorang game changer dan saya kagum dengan lagu-lagunya yang menggabungkan elemen tempatan dan luar.

Tak mungkin juga boleh saya lupakan ‘Isabella’ oleh Search yang manjadi juara pada tahun 1989. Tapi yang saya paling minat adalah persembahan Wings dan lagu ‘Sejati’. Semuanya sempurna buat saya, termasuklah gitaris mereka Joe, yang saya rasa ramai wanita lain pun minat dengan aksi dan penampilan dia.

Bagaimanakah menjadi hos TV telah mengubah kehidupan Charmaine?

Tak dinafikan, saya dan keluarga memang tak bersedia untuk apa yang terjadi selepas saya dikenali ramai.

Ayah saya (Datuk Captain Patrick J.K. Augustin) selalu akan ceritakan apa yang terjadi kepadanya. Sebagai contoh, apabila pegawai di bank tahu yang dia merupakan bapa kepada Charmaine Augustin, dia terus mendapat layanan baik! Posmen yang hantar surat pun lebih suka nak berborak dengan dia akan tanya jika saya ada di rumah.

Tapi untuk saya sendiri, ada ketika memang saya tak tahu macam mana nak tangani keadaan. Orang tak dikenali sering muncul di rumah kami. Telefon akan berdering pukul 2,3 pagi tetapi bila diangkat, tiada siapa di talian.

Ada juga lelaki berpangkat Datuk yang datang ke rumah membawa bunga dan hadiah. Saya ingat lagi ayah saya pernah menegur seorang Datuk ini dengan berkata, “Datuk, kita ni sama umur, kan?”

Lebih berbahaya lagi, beberapa kali terjadi, sekumpulan peminat akan mengekor saya dengan kereta dan mereka akhirnya menghimpit kereta saya sehingga saya berhenti. Semuanya hanya untuk berjumpa dan meminta tandatangan. Bayangkan ketika itu tidak ada telefon bimbit. Kalau ada apa-apa terjadi, saya tak dapat menghubungi sesiapa.

Selain daripada Muzik-Muzik, apa lagi program yang Charmaine pernah kendalikan ketika itu?

Sebenarnya, saya juga diminta untuk menghadiri uji bakat membaca berita Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Tetapi mereka juga bimbing jika saya crossover dari hiburan ke berita, adakah penonton akan dapat menerima saya?

Ada yang kata ia mungkin merosakkan profil saya sebagai seorang pengacara rancangan hiburan. Namun begitu, saya tetap menghadiri sesi uji bakat, dan kemudian menjalani sesi latihan bersama Robert Lam.

Tapi kenapa penonton tidak pernah melihat Charmaine membaca berita?

Selepas saya menjalani latihan, saya telah mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke Boston, Amerika Syarikat. Saya mengambil kursus Broadcast & Film serta minor di dalam Bahasa Perancis di Boston University kerana cita-cita saya juga adalah untuk menjadi pengarah dokumentari.

Tidak rasa rugi sebab nama Charmaine Augustin sedang meningkat naik ketika itu?

It was overdue, sebenarnya. Bila saya pulang ke tanahair pada tahun 1994, saya menyertai Saluran 8, Metrovision yang juga baru bermula operasi ketika itu. Tetapi saya beralih dari produksi ke programming. Pada masa yang sama, saya telah diberi peluang untuk mengacarakan sebuah program berbentuk majalah yang bertumpu kepada isu alam sekitar, ‘On Track’. Rancangan itu berjaya memenangi anugerah di Asian Television Awards pada tahun itu.

Bagaimana dengan cita-cita untuk menjadi pembaca berita?

Oh ya, ketika itu juga saya ada membaca berita secara sambilan di RTM, tetapi tidak lama kerana suasana kerja yang kurang tidak sesuai buat diri saya.

"Di acara 'launch party' filem 'Entrapment' yang dibintangi oleh Sean Connery dan Catherine Zeta-Jones. Di tepi saya ialah Iain Smith, penerbit filem 'The Fifth Element' dan 'Out of Africa' "
"Di acara 'launch party' filem 'Entrapment' yang dibintangi oleh Sean Connery dan Catherine Zeta-Jones. Di tepi saya ialah Iain Smith, penerbit filem 'The Fifth Element' dan 'Out of Africa' "

Selepas Metrovision, difahamkan Charmaine telak memasuki dunia korporat. Boleh ceritakan pengalaman itu?

Saya berpeluang untuk sama ada menyertai Astro ataupun Multimedia Development Corporation (MDC) di bawah MSC dan saya memilih MDC.

Di sana, saya merupakan sebahagian daripada tim dipimpin Tan Sri Othman Yeop Abdullah yang menubuhkan kluster multimedia kreatif dan menumpukan perhatian kepada membawa masuk pelaburan dan produksi luar negeri yang menggunakan Malaysia sebagai lokasi penggambaran.

Kami melapor terus kepada YAB Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Saya juga telah diberi peluang untuk membuat pembentangan kepada Tun Mahathir mengenai visi industri kandungan dan apa yang diperlukan.

Di samping itu, kerja ini juga telah membawa saya ke serata dunia termasuk ke Cannes, Los Angeles, Hong Kong dan Hyderabad.

Apakah antara produksi antarabangsa yang berjaya ditarik masuk ke Malaysia ketika itu?

Antaranya termasuk produksi Hollywood Anna and the King dan Entrapment. Ketika itu kami berjaya membawa masuk pelaburan lebih daripada USD100 juta dan mencipta lebih daripada 250,000 peluang perkerjaan.

Saya ingat lagi, ada pelakon Malaysia yang dibayar USD250,000 untuk wataknya dalam Anna and The King. Memang lumayan! Pengalaman itu memang sangat berharga untuk industri tempatan itu sendiri di mana berlakunya transfer of skills and knowledge.

"Bersama para penerbit filem 'Anna and The King' dan pelakon Bai Ling di acara 'launch party' di Langkawi Yatch Club"
"Bersama para penerbit filem 'Anna and The King' dan pelakon Bai Ling di acara 'launch party' di Langkawi Yatch Club"

Jadi Charmaine sempat juga berjumpa dengan pelakon dan penerbit ikonik dari Hollywood?

Oh, ya. Saya dapat berjumpa dengan Catherine Zeta Jones, Sean Connery, Jodie Foster, Chow Yun Fat, penerbit filem Out of Africa, Iain Smith dan ramai lagi.

Bersama pelakon Chow Yun Fat
Bersama pelakon Chow Yun Fat

Selepas itu, Charmaine memang terus lupakan tentang bidang pengacaraan?

Saya pernah dijemput untuk ke sesi uji bakat menjadi VJ di Channel [V], tapi saya tidak pergi. Mungkin ada sedikit perasaan kesal ketika itu sebab saya tidak ada seorang mentor atau penasihat untuk member bimbingan dalam karier saya.

Saya pernah mempunyai agen, tetapi mereka hanya bantu membuat tempahan untuk job emcee, tak lebih dari itu.

Akhir sekali, apakah sedikit petua atau nasihat yang Charmaine boleh kongsikan buat barisan pengacara generasi baharu kini?

Treat it as a vocation. Bukan platform untuk menjadi terkenal semata. It’s not about you, it’s about doing your best for the show. Bagi kami dulu, ia adalah tanggungjawab besar yang kami galas.

Masih ingat lagi setiap kali lepas rakaman, saya akan tonton semula hasil kerja beribu kali untuk pastikan semuanya menepati kualiti yang diharapkan. Adakah skrip sesuai, intonasi suara, penampilan, semuanya kami tengok semula dan betulkan mana yang perlu.

Mungkin ketika itu peluang untuk berjaya dalam bidang sebegini memang tak banyak. Jadi kami tidak sia-siakan setiap peluang yang datang. Saya harap hos-hos pada masa kini juga mempunyai semangat dan etika kerja sebegitu. - Getaran, 14 Mac 2021

Semua gambar: Ihsan Charmaine Augustin

Isu Pada

Nuansa Baharu Hip Hop

13 Mar 2021

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 6 hari yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

2

Filem & TV 1 minggu yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

3

Sukan 1 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

4

Muzik 2 minggu yang lalu

'Cinta Tak Mungkin' Hadiah Raya Siti Nurhaliza

Sorotan

1

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

2

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

3

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

4

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

5

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

6

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu