Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Charmaine Augustin – “'Energy' Juara Lagu Sangat Luar Biasa” (Bahagian 1)

Nama Charmaine Augustin dan Muzik-Muzik era 80-an memang sinonim. Keletahnya mencuri hati para penonton, bicaranya bijak dan petah. Jom baca kisah awal penglibatannya dengan siri ikonik ini.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Mar 2021 9:00AM

oleh

M.Zulkifli

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sesiapa saja yang berbicara tentang kemunculan awal stesen TV swasta negara pertama TV3 pada tahun 1984, pasti akan memuji barisan bakat di hadapan kamera yang mencetuskan fenomena ketika itu. Ini termasuklah pembaca berita, hos rancangan berbentuk majalah, serta personaliti yang mengendalikan program hiburan. 

Dengan keterampilan yang menarik dan gaya penyampaian yang unik dan tersendiri, nama-nama seperti Wan Zaleha Radzi, Christine Ling dan Allahyarham Dato’ Mahadzir Lokman cukup disegani ramai dan menjadi tanda aras dunia penyiaran.

Kemunculan mereka dianggap segar, mencetus aspirasi dan sesuatu yang memang lama dinantikan penonton TV tempatan secara amnya.

Seorang lagi bakat yang tak kurang hebat dan berjaya mencuri hati penonton dengan gaya penyampaian penuh yakin dan keterampilan yang sentiasa anggun dan mengikut trend adalah Charmaine Augustin.

Berbangsa kacukan Serani dan Cina, Charmaine merupakan pengacara bersama program carta lagu popular, Muzik-Muzik dan Anugerah Juara Lagu dari tahun 1988-1990.  

Berusia hanya 18 tahun ketika beliau pertama muncul di kaca televisyen, jelitawan dari Kuala Lumpur ini masih ingat dengan jelas momen beliau terpilih dari lebih daripada 2,000 orang yang menghadiri uji bakat anjuran  TV3 pada tahun 1987.

“Saya baru habis SPM dan sedang menunggu keputusan ketika itu,” kata Charmaine. “Ibu saya yang galakkan saya untuk mencuba nasib. Sebelum itu saya hanya pernah menyertai sekolah peragawati, jadi pengacaraan memang sesuatu yang baharu buat saya.” 

Proses uji bakat tersebut mengambil masa lebih seminggu dan di penghujungnya, Charmaine serta seorang lagi peserta wanita, May, diberikan berita yang dinanti-nantikan. “Apabila saya terpilih, memang saya menjerit kegembiraan,” kata Charmaine, tersenyum. “Lebih istimewa, (Tan Sri Dato’) Ahmad Merican, pengurus program TV3 ketika itu yang memilih saya.”

Pintu kini terbuka, Charmaine menerjah masuk dan menanam azam untuk memberikan komitmen tak berbelah bahagi dalam setiap tugasan yang digalasnya. “Memang langsung tak terfikir pasal glamor ataupun wang,” katanya. “Ia merupakan vocation bagi saya dan tumpuan saya hanya untuk memberikan hasil kerja yang cemerlang.”

Ikuti temubual eksklusif Getaran bersama Charmaine yang kini bertugas sebagai pengarah kepimpinan dan pengurusan di sebuah insituti pengajian tinggi bertaraf antarabangsa di Kuala Lumpur. 

Apakah reaksi keluarga apabila Charmaine terpilih untuk menyertai TV3 pada usia yang cukup muda ketika itu?

Terlebih dahulu, saya memang tak sangka langsung akan diberikan peluang itu. Pilihan saya ketika itu adalah untuk meneruskan pelajaran ke kolej ataupun menyertai sekolah setiausaha.

Ketika itu juga, saya dan keluarga tinggal di Pulau Pinang, jadi saya terpaksa pindah ke Kuala Lumpur dan menginap di rumah nenek untuk bertugas di Jalan Liku, Bangsar. Memang saya dan keluarga sangat teruja sebab TV3 masih baharu dan menjadi talk of the town dengan pendekatan yang baharu dan berlainan. 

Apakah tugasan pertama Charmaine di TV3?

Ingat lagi akan program Intisari Rancangan? Itulah kerja saya pada mulanya; sebagai booth announcer, membaca senarai program yang ada di TV3 untuk beberapa minit setiap hari. Tapi dari awal lagi saya berani pergi off-script. Contohnya saya akan tambahkan pesanan masyarakat di penghujung program.

Tapi penerbit saya tidak pernah bantah, jadi saya gunakan peluang itu untuk menunjukkan personaliti saya. Pada peringkat awal itu juga, saya sering dijemput oleh TV3 untuk menjadi gadis penyeri pentas serta menyampaikan trofi kepada VIP. (ketawa)

Memang Charmaine petah berbahasa Melayu dari sekolah lagi?

Ya. Dan apabila saya sertai TV3, saya diberi latihan oleh Habibah Omar. Saya kemudian dihantar ke British Council untuk menjalani latihan di dalam Bahasa Inggeris. 

Bagaimana pula Charmaine dapat peluang untuk mengacara program Muzik-Muzik?

Saya masih ingat ketika saya menunggu untuk menyampaikan intisari rancangan, saya akan lihat di kaca TV di dalam studio program Muzik-Muzik dan berkata pada diri saya yang satu hari nanti, tempat itu akan menjadi milik saya. Dan selepas bertugas lebih kurang sembilan bulan di sana, saya dijemput untuk menghadiri uji bakat program itu. Tidak lama selepas itu, saya diberitahu yang saya merupakan hos baharu Muzik-Muzik.

Dan terus Charmaine digandingkan dengan ND Lala?

Ya, betul.  Tapi terus terang, memang rasa agak kekok pada mulanya kerana jurang perbezaan umur yang agak besar. Dia pun telah dikenali ramai. Walaupun ND ketika itu baru berusia 26 tahun dan saya pula 18 tahun, saya menganggapnya sebagai seorang uncle kerana perwatakannya yang agak konservatif. Dia banyak juga memberi saya tunjuk ajar, tapi saya akui saya sedikit rebellious ketika itu, dan gemar untuk mengikut kepala saya sendiri. (ketawa)

Bagaimana pengalaman mengacara Juara Lagu di penghujung tahun itu di PWTC?

Walaupun Juara Lagu baru masuk tahun ketiga pada tahun 1988 itu, saya dan semua yang terlibat rasa sangat teruja menjadi sebahagian daripada acara yang kian mendapat tempat di hati peminat. Energy Juara Lagu sangat luar biasa. Persediaannya sangat teliti dan mengambil masa yang lama.

Tapi pada malam anugerah itu, sejujurnya saya tidak gementar. Mungkin sebab telah biasa berhadapan dengan audiens untuk Muzik-Muzik. Sebenarnya, yang nervous pada malam itu adalah pihak penerbit! Mereka bimbang saya pergi off-script, sedangkan kami memang tidak boleh membuat sebarang kesilapan untuk menjaga masa. Tapi semuanya telah berjalan dengan baik.

Tahun berikutnya Charmaine mula digandingkan dengan Azwan Ali. Tentu ramai yang ingin tahu pengalaman bekerja dengan beliau.

Ya, mungkin penerbit pun dapat rasakan yang chemistry di antara saya dan ND tidak begitu baik, jadi mereka menguji bakat tiga orang untuk mengambil alih tempatnya; Azwan Ali, Ferry Anugerah Makmur dan Zainol McWilson.

Akhirnya, Azwan yang terpilih dan kami berjaya membina gandingan yang sangat memberi kepuasan buat diri saya, sekurang-kurangnya. Dari awal lagi chemistry kami sangat baik. Sangat berbeza dengan gandingan saya dengan ND, di mana semuanya perlu mengikut skrip, termasuklah lawak yang kami sampaikan.

Saya dan Azwan pula biasanya akan bermula dengan sebuah idea, kemudian kami akan banter secara spontan. Sebab itu saya rasa interaksi kami sangat natural. Saya selalu memainkan watak yang suka menyindir Azwan dan dia pula akan memberi respon. Memang seronok. 

Ketika itu Azwan Ali tidak emosi?

Dia okey! Pernah sekali, kami membuat penggambaran di Tanjung Karang dan sebagai gimik, saya cadangkan kepada krew untuk saya memanjat pokok kelapa dan membaling buah ke arah Azwan.

Apa yang terjadi adalah buah kelapa itu terjatuh di atas kepala Azwan. Terkedu dan terpening dia sebentar, tapi dia tetap sporting – semuanya demi memberikan kelainan.

Tetapi ada juga pengkritik yang kata kami terlalu mengada-ngada dan over. Namun, yang penting bagi kami, (Tan Sri Dato’) Ahmad Merican suka dengan gelagat kami dan jumlah penonton ketika itu meningkat naik.

Rasanya penonton Muzik-Muzik ketika itu pasti akan ingat bagaimana Charmaine dan Azwan begitu komited kepada penyampaian dan pengisian program ini.

Setiap hari kami berinteraksi dengan komposer, penulis lirik dan artis untuk memahami proses kreatif mereka dan apa yang cuba disampaikan melalui lagu mereka. Kami juga sangat rapat dengan personaliti seperti arwah Mama Juwie, yang begitu ramah dan gemar berborak.

Cerita cinta, harga diri dan cita-cita mereka sangat dalam dan bermakna. Sebab itu kami sendiri terasa teruja untuk kongsikan dengan penonton semua. Tetapi komposer seperti M.Nasir yang dikenali sebagai seorang yang radikal dan kontroversial pula, agak sukar untuk kami dapatkan jawapan langsung. Beliau pandai mengelak soalan sampai kami pernah terpaksa membuat 20 take!

Ikuti bahagian kedua wawancara eksklusif ini pada minggu hadapan. - Getaran, 7 Mac 2021

Semua gambar: Ihsan Charmaine Augustin

Isu Pada

Mizz Nina

06 Mar 2021

Berita Berkaitan

1

Sukan 5 hari yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Luar Negara 2 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

4

Sukan 3 minggu yang lalu

Beraksi Di Laman Sendiri Gagal Bantu Harimau Malaya Saingi Kehebatan Oman

Sorotan

1

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM

2

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

3

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

4

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

5

200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini

6

Penumpang Terkandas Di Lapangan Terbang Selepas Letusan Gunung Berapi Menyebabkan Pembatalan Penerbangan