web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


589 Seniman Sektor Seni, Budaya, Hiburan Terima Manfaat Inisiatif Pemulihan CENDANA

Setakat 4 Feb lepas, kerajaan telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM6.71 juta kepada 589 pemohon Inisiatif Pemulihan Agensi Pembangunan Ekonomi Seni Budaya (CENDANA).

TARA Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Feb 2022 9:15AM

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kerajaan menyalurkan peruntukan sebanyak RM6.71 juta kepada 589 pemohon Inisiatif Pemulihan Agensi Pembangunan Ekonomi Seni Budaya (CENDANA), dalam usaha menyokong golongan seniman dalam sektor seni, budaya dan hiburan, setakat 4 Feb lepas.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata penggiat industri kreatif adalah disaran, untuk menggunakan peluang kemudahan yang disediakan dan boleh memohon bantuan dari agensi berkaitan.

Sebelum ini, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM10 juta, yang dijangka akan memanfaatkan 3,000 penerima dalam kalangan seniman dan organisasi di dalam sektor seni dan budaya di negara ini.

“Penerima akan menerima saiz geran yang berbeza, bergantung kepada permohonan dan program yang disasarkan,” katanya dalam laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) Ke-84 yang dikeluarkan hari ini.

Sementara itu, beliau berkata sebanyak 376 permohonan pembiayaan sektor pelancongan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan PKS Mikro yang terkesan akibat pandemik COVID-19, telah diluluskan dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM75.5 juta.

Secara keseluruhan, sebanyak 730 permohonan diterima bagi pembiayaan tersebut, setakat 4 Feb lepas.

Tengku Zafrul berkata sejumlah RM90.5 juta telah disalurkan kepada 13,891 perniagaan dalam bentuk geran dan pinjaman, untuk langganan perkhidmatan digitalisasi.

Beliau berkata peruntukan itu diberikan dalam usaha menyokong penggunaan teknikal dan digital bagi PKS dan syarikat diperingkat pertengahan (MTC), di bawah PENJANA di mana sebanyak RM700 juta diperuntukkan bagi membantu dan menggalakkan PKS dan MTC ke arah pendigitalan operasi dan saluran perdagangan.

Selain itu, katanya kerajaan bersetuju memberikan subsidi tambahan sebanyak RM130 juta sebulan, bagi mengurangkan kos ayam dan telur berhubung kenaikan kos pengeluaran barangan itu.

“Ini bagi memastikan harga siling ayam kepada pengguna dikurangkan daripada RM9.10 sekilogram kepada RM8.90 sekilogram dan harga telur bagi semua gred kekal,” katanya.

Sebelum ini, kerajaan telah memberi subsidi kepada penternak ayam sebanyak RM0.60 sen sekilogram dan RM0.05 bagi sebiji telur, dengan mengambil kira harga ayam hidup di peringkat ladang dan harga runcit ayam standard.

Sementara itu Tengku Zafrul berkata sejumlah RM3.5 bilion tambahan perbelanjaan diperuntukkan untuk lebih 11,000 jawatan lantikan tetap di Kementerian Kesihatan bagi tahun 2022 hingga 2025, termasuk 4,186 jawatan lantikan tetap untuk pegawai perubatan, pegawai pergigian serta pegawai farmasi untuk tahun 2022. - Bernama

Isu Pada

Rahsia Seni Halus Busur Panah

12 Feb 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Zafrul Nafi Tahu Dakwaan Sumbangan Politik Jana Wibawa

2

Jelajah 1 tahun yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

3

Semasa 2 tahun yang lalu

JWP Gerakkan Usaha Promosi Produk Pelancongan Domestik - Dr Zaliha

4

Ekonomi 2 tahun yang lalu

 Malaysia Ratifikasi Perjanjian WTO Mengenai Subsidi Perikanan

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa