web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘The Ampang Girls’ - Koleksi Syomirizwa Gupta Untuk Aidilfitri

Dibintangi oleh sepuluh personaliti dari Ampang yang penuh bergaya, Syomirizwa Gupta tahun ini mempersembahkan koleksi Aidilfitri dengan tema ‘The Ampang Girls’.

TARA Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Mar 2021 10:10AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mengambil inspirasi daripada nostalgia lama dan juga situasi kini daerah Ampang yang begitu berkait rapat dengan sejarah Kuala Lumpur, koleksi terbaharu Syomirizwa Gupta yang bernama ‘The Ampang Girls’ gah dengan sepuluh rekaan terbaharu terdiri daripada baju kurung tradisional dan moden, kebaya, rekaan kaftan yang begitu popular, baju Kedah dan beberapa ceraian yang boleh digayakan bersama item-item lain di dalam koleksi persendirian anda.

Jenama yang amat dikenali dengan penggunaan warna serta corak terang, segar dan bersemangat ini terus mengekalkan elemen-elemen tersebut yang nyata amat sinonim dengan DNA Syomirizwa Gupta. 

Nama ‘Ampang’ berasal dari perkataan ‘empangan’ dalam Bahasa Malaysia.

Pada tahun 1857, Raja Abdullah, seorang wakil dari Kesultanan Selangor, telah membuka Lembah Klang sebagai pusat perlombongan bijih timah di mana pelombong Cina telah meneroka kawasan ini melalui hutan belantara dan mendapati bahawa daerah Ampang mempunyai prospek yang amat cerah.

Ternyata industri perlombongan amat berjaya di daerah tersebut justeru menjadi penyumbang utama kepada pembangunan Kuala Lumpur. Daerah itu dinamakan Ampang merujuk kepada empangan para pelombong yang mula berpusu-pusu mendiaminya. 

"Saya amat meminati sejarah dan faktor ini seringkali menjadi inspirasi buat saya dalam rekaan koleksi-koleksi yang terdahulu."

"Daripada bangunan kolonial selepas perang yang membarisi Ampang Road, gabungan terawal cara kehidupan di antara golongan ekspatriat dan penduduk asal di Kuala Lumpur, Selangor Turf Club yang merupakan lokasi perlumbaan kuda yang suatu masa dahulu merupakan mercu tanda yang amat dikenali di Ampang sehinggalah kelab-kelab hiburan ikonik yang menjadi sebutan seperti Tin Mine yang begitu popular di kalangan selebriti dan hiburan tanah air sekitar tahun 1980an."

"Selain itu, siapa yang dapat melupakan kesesakan trafik yang tiada akhirnya di Jalan Ampang, bangunan-bangunan kedutaan, pusat membeli-belah Ampang Park yang mendahului zamannya, kelazatan Yong Tau Fu Ampang yang dikenali seantero dunia, dan yang paling saya minati – bangunan Rubber Research Institute berkonsep art-deco yang direka oleh Arthur Oakley Coltman pada tahun 1936, kesemuanya begitu dekat dengan hati dan memori seluruh rakyat Malaysia."

"Jika diteliti terdapat satu transisi yang ketara daripada corak geometrik ke floral dan padanan warna. Ini adalah di antara jiwa daerah Ampang yang ingin saya tampilkan di dalam koleksi ‘The Ampang Girls’ ini," kata Syomir, sebagai pemilik dan Pengarah Kreatif jenama Syomirizwa Gupta. 

Bagi kempen ini, Syomir dan pasukan kreatifnya telah memilih teliti sepuluh personaliti yang pada mereka mewakili semangat Ampang, dan merupakan jelitawan-jelitawan yang kini sememangnya bermastautin di Ampang. Sharifah Ervinna, Natasha Ozier, Iman Moy, Mizar Hamzah, Raja Hazlyn, Datin Eileen Unwin, Emma, Azalea a.k.a Cho dan adik-beradik iaitu Mawar dan Melati Proehoeman ditampilkan dalam sesi fotografi penuh glamour hasil karya jurugambar fesyen tanah air yang begitu terkenal iaitu, Bibo Aswan.

"Mereka merupakan wanita-wanita pilihan kami yang kesemuanya mempunyai latar belakang yang berbeza. Namun mereka mempunyai satu persamaan yang ketara iaitu naluri fesyen yang sangat hebat lantas menjadikan penampilan mereka sentiasa istimewa."

"Oleh kerana kekangan pergerakan, kami telah menjalankan sesi penggambaran ini di pangsapuri saya di Keramat, tidak jauh dari Ampang. Perancangan ini amat sempurna sekali kerana ia bertepatan dengan pesanan ‘duduk di rumah’ oleh pihak kerajaan. Namun ini tidak patut dijadikan halangan untuk kelihatan bergaya dan elegan untuk menyambut perayaan Aidilfitri di rumah bersama keluarga dan sahabat handai."

"Untuk koleksi ini, saya menggunakan fabrik seperti crepe blend, kain kapas dan rayon sutera. Fabrik-fabrik ini bukan sahaja selesa dan menyejukkan, malah ia memudahkan pergerakan," jelas Syomir lebih lanjut. 

Dengan harga bermula dari RM290 dan saiz dari S ke XL, baju Raya dari koleksi ini sememangnya direka untuk wanita segala musim. Ia adalah terhad dan tempahan boleh dilakukan bermula 5 Mac 2021 secara eksklusif di laman sesawang www.syomirizwagupta.com 

"Koleksi ini saya cipta untuk semua wanita. ‘The Ampang Girls’ adalah satu penghargaan dari kami kepada cinta dan kehidupan. Ia melambangkan sinar positiviti yang manusia perlukan untuk menempuh pelbagai cabaran hidup dan muncul sebagai pemenang."

"Ini juga adalah kualiti yang simbolik kepada cabaran umat Islam di bulan Ramadan dan sambutan kemenangan di bulan Syawal. Samada dari segi peribadi, perniagaan, mental dan emosi, kita semua berada di dalam situasi yang penuh tanda tanya dan saya ingin menekankan peri pentingnya ketabahan untuk menempuh hari-hari yang mendatang. Jadi, apa salahnya kita lakukan semua ini dengan gaya yang hebat agar keyakinan kita lebih terserlah?" tegas Syomir sambil tersenyum. 

Ikuti perkembangan terkini Syomirizwa Gupta dengan mengikuti profil Instagram dan Facebook dengan nama yang sama. Untuk keterangan lanjut, sila lawati www.syomirizwagupta.com - Getaran, 13 Mac 2021

Semua gambar: Ihsan Syomirizwa Gupta/JCPR

Isu Pada

Nuansa Baharu Hip Hop

13 Mar 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Kolum 2 bulan yang lalu

Hari Raya Aidil Fitri: Melangkaui Toleransi — Seruan Untuk Penerimaan

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

4

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini