Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Mahu Bercuti Ke Bali, 2 Hotel Ini Boleh Jadi Pilihan

Mencari hotel atau tempat penginapan bukanlah satu isu jika mahu ke Bali. Cuma pada musim pandemik ini anda harus bijak membuat pilihan.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 06 Feb 2022 8:49AM

Gambar: Unsplash

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pulau Dewata Bali secara rasminya telah dibuka kepada pelancong antarabangsa bermula 4 Februari lalu. Berita yang ditunggu-tunggu ramai ini cukup menggembirakan walaupun pelancong perlu menjalani kuarantin lima hingga tujuh hari sebelum bebas bercuti di sana.

Selain itu, pelancong juga perlu melengkapkan dos vaksin untuk mengekang penyebaran virus COVID-19.

Getaran percaya ramai di antara rakyat Malaysia juga tidak terkecuali ingin cepat-cepat terbang ke sana. Maklumlah pulau ini menjanjikan keindahan alam mempesona. 

Biarpun keindahannya semakin terhakis dek pembangunan, namun Bali tetap punya aura tersendiri.

Dikhabarkan Bali sudah ‘memulihkan diri’ sepanjang tempoh dua tahun ini. Jadi, ini menjadi salah satu sebab lain ramai yang mahu membawa diri ke pulau yang berjaya menarik kedatangan 6.2 juta pelancong pada 2019 ini. 

Gambar: Unsplash
Gambar: Unsplash

Mencari hotel atau tempat penginapan bukanlah satu isu jika mahu ke sini. Mengikut rekod, jumlah penginapan di Bali mencecah 130,000 buah dengan jumlah bilik mencapai 47 juta. Rekod ini untuk hotel berbintang lima sehinggalah ke rumah penginapan yang tidak berbintang.

Cuma pada musim pandemik ini anda harus bijak membuat pilihan. Carilah maklumat yang tepat tentang prosedur operasi standard (S.O.P) yang digunapakai oleh setiap hotel.

Selain itu, lihat poket sendiri. Ingat, anda perlu ambil kira kos kuarantin yang mengambil masa berhari-hari. Jika poket tebal, boleh pilih hotel berbintang empat hingga enam. Jika bajet cukup makan, pilihlah penginapan yang ideal. 

Berikut dua buah hotel bajet yang boleh dijadikan pilihan!

 

1) MaxOne Hotel Ubud

Jika merancang untuk menginap di daerah Ubud yang terkenal dengan hamparan sawah pagi menghijau dan kurang tumpuan pelancong, apa kata anda memilih MaxOne Hotel Ubud yang terletak di Jalan Raya Pengosekan Ubud, Ubud, Kabupaten Gianyar, Bali. 

Hotel yang baru dibuka pada awal 2017 ini menawarkan 66 buah bilik dengan menampilkan dekorasi berkonsep pop art.

Sempena meraikan pembukaan Bali kali ini, hotel ini menawarkan harga bilik serendah Rp 186,531.20 tanpa sarapan pagi.  Sementara bilik dengan sarapan pagi untuk dua orang berharga Rp 656,800.00

Terdapat tiga jenis bilik yang tersedia iaitu Happiness & Max Happiness Room, Warmth Room dan Max Warmth Room.

Setiap bilik punya kelengkapan yang lebih kurang sama, cuma Warmth Room dan Max Warmth Room bersaiz lebih luas. Sesuai untuk mereka yang berkeluarga kecil.

Bahkan, bilik Max Warmth Room boleh dihias mengikut tema bulan madu jika anda merancang untuk berbulan madu di sini. Cuma hubungi hotel untuk membuat tempahan awal. 

Biarpun rangkaian hotel Max One terkenal sebagai hotel bajet, tetapi kualiti perkhidmatan dan kelengkapan yang tersedia menjanjikan keselesaan tetamu.

Satu perkara yang perlu anda tahu, Roof Top Max One Hotel Ubud punya Sky Pool yang menawarkan pemandangan ‘sunset’ memukau.

Sambil berenang bolehlah menikmati magis alam ini dengan suasana tenang. Tambah memikat jika padi sedang menghijau atau berwarna keemas-emasan.

Roof Top ini jugalah menempatkan Max Bistro yang menyediakan sarapan pagi secara bufet. Pilihan menu agak terhad tetapi cukup untuk mengalas perut sebelum anda menikmati hidangan makan tengahari bercitarasa tempatan.

Bagaimanapun, terdapat juga menu ala carte yang boleh ditempah untuk makan tengahari atau makan malam. 

Sesuainya dengan mood ceria yang diketengahkan, beberapa sudut atau ruangan di hotel ini sangat Instagrammable. Rugi kalau tidak bergambar untuk dijadikan kenangan. Ada empat ‘spot’ yang tidak boleh dilepaskan.

Pertama, sudah tentu di Sky Pool. Kedua, di ruangan santai yang terletak di tingkat yang sama. Ruangan yang menempatkan tiga unit sofa patchwork ini turut dihiasi dengan hiasan dinding yang mempunyai kata-kata motivasi.

Selain bergambar, boleh juga bersembang bersama teman di sini. 

Ruang ketiga yang punya Instagram value terletak di tingkat tiga. Ruang ini dihias dengan beberapa lukisan mempamerkan budaya masyarakat Bali. Lukisan wanita Bali dalam pakaian tradisi tambah menghidupkan mood ruangan. 

Ruangan terakhir berada di kawasan lobi hotel. Ada sofa warna-warni dengan latar belakang mural yang sangat cute. Ada gambar beberapa ekor monyet dan seorang wanita Bali yang seakan-akan mengalu-ngalukan kedatangan tetamu. 

Pendek kata, Max One Hotel Ubud sangat berbaloi untuk wang. Jika info yang diberikan masih tidak mencukupi, anda boleh melayari www.maxoneubud.com untuk keterangan lanjut

 

2) Harris Hotel Seminyak Bali 

Jika anda lebih suka bermalam di kawasan yang lebih ‘hidup’ dan berhampiran dengan pantai Kuta, Seminyak mungkin untuk anda.

Di sini terdapat satu hotel bertaraf empat bintang yang boleh membuatkan anda tersenyum lebar. Mengapa begitu? Kerana biliknya boleh ditempah di bawah Rp300,000.

Biarpun tidak menawarkan bilik dengan pemandangan laut tetapi ia menjanjikan penginapan selesa dengan pelbagai servis praktikal. Jika anda seorang pengembara atau pelancong yang tidak gemar menghabiskan masa di hotel, Harris Hotel Seminyak Bali sangat ideal untuk anda.

Ini kerana setelah seharian melakukan pelbagai aktiviti di luar, anda boleh mendapatkan tidur yang lena kerana tilam dan bantal yang tersedia setanding hotel bertaraf lima bintang. 

Tampil dengan konsep moden minimalis, hotel di bawah rangkaian Tauzia Hotel ini menawarkan lebih 200 buah bilik. Setiap bilik mempunyai keluasan memuaskan dan setiap tetamu boleh mengakses kemudahan internet secara percuma. 

Ada beberapa jenis bilik yang boleh dipilih iaitu Harris Room, Standard Room dan Unique Room.  Perbezaan bilik-bilik ini adalah pada keluasan bilik serta dekorasinya.

Harris Room contohnya tampil lebih kecil dengan dekorasi ringkas, manakala Unique Room lebih luas dengan ciri lebih elegan, sesuai untuk tetamu yang datang atas urusan perniagaan.

Bercerita tentang kemudahan yang tersedia, Harris Hotel Seminyak Bali sudah semestinya tidak mahu ketinggalan dengan hotel-hotel berdekatan.

Oleh itu, hotel ini turut dilengkapi dengan kolam renang, gimnasium, spa, Dino Kids Corner (sudut kanak-kanak) dan juga butik yang menjual barangan istimewa, Harris Merchandise.

Untuk maklumat lanjut serta melihat promosi pembukaan hotel ini, anda boleh melayari laman sesawang hotel ini di sini.

Selamat merancang percutian dengan bijak. - Getaran, 6 Februari 2022

Gambar: Ihsan setiap hotel kecuali tertera

Isu Pada

Di Sebalik Kepetahan Haziq

05 Feb 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

JWP Gerakkan Usaha Promosi Produk Pelancongan Domestik - Dr Zaliha

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Acara Pelancongan Negeri Sembilan Perlu Beri Impak Maksimum - Aminuddin

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Pengeboman Di Bali: 2 Rakyat Malaysia Di Guantanamo Mengaku Bersubahat

4

Selebriti 4 bulan yang lalu

Bunga Selamat Bernikah Dengan Tiko Aryawardhana

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah